Suka tengok penampilan dan gaya sopan Farah Diana Anuar. Makin menginjak usia, makin terserlah keayuan figura ini dan tampil berseri-seri. Mula dikenali ramai sejak menyertai program realiti Akademi Fantasia musim kedua, Farah kini bahagia memegang status isteri dan ibu kepada tiga orang cahaya mata.
Genap berusia 39 tahun pada 25 Januari lalu, Farah atau lebih dikenali dengan gelaran Farah AF2 atau Farah Breep Breep merupakan seorang penyanyi dan pengacara. Ketika menyertai program realiti popular berkenaan, Farah berjaya menduduki tempat keempat.
Antara rakan artis yang ‘lahir’ daripada Akademi Fantasia musim kedua termasuklah Zahid, Zarina Zainoordin, Adam dan Linda Nanuwil.
Sepanjang pembabitannya dalam industri muzik, isteri Johan Johari ini sudah menghasilkan dua buah album solo dan dua album kompilasi iaitu Antara Dua pada tahun 2005, Fantasia 2009.
Ads
Manakala album kompilasi pula ialah Album Kompilasi Evo 01 AF dan The Best of Farah Breep Breep.
Farah Diana Anuar juga banyak menerima tawaran dalam bidang pengacaraan dan aktif mengendalikan pelbagai program di kaca televisyen mahupun majlis rasmi pihak swasta dan kerajaan.
Ads
Baru-baru ini, Farah turut menyerikan Salam Baitullah di TV1. Malah, dia juga diberi kepercayaan mengendalikan program Assalamualaikum, Nasi Lemak Kopi O dan Pendakwah Muslimah di TV AlHijrah.
Hasil perkongsian hidup selama 13 tahun, pasangan ini dikurniakan tiga anak perempuan iaitu Elsa Johan yang bakal berusia 12 tahun, Mya Johan umur lapan tahun dan Ara Johan berusia tiga tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Merafak sembah tahniah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah sempena ulang tahun hari kelahiran pada 4 Syaaban 1444 Hijrah bersamaan 25 Februari lalu.
Ternyata DYMM Sultanah Nur Diana Petra memiliki aura dan kecantikan yang tiada tandingan!
Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenaan mengisytihar DYMM Sultanah Nur Diana Petra Abdullah iaitu isteri Baginda dengan gelaran Sultanah Kelantan pada 2 Ogos 2022.
Pengisytiharan itu dibuat Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Istana Balai Besar.
Kemunculan pertama Sultanah Nur Diana Petra di khalayak pada tahun lalu nyata meraih perhatian rakyat. Apatah lagi raut wajah cantik semula jadi dan kelembutan yang dimiliki Baginda telah menambat hati masyarakat.
Menerusi perkongsian media rasmi Istana Kelantan, Sultanah Kelantan pada 12 November 2022 berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena meraikan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhamad V dan ulang tahun perkahwinan Baginda berdua di Istana Negeri Kubang Kerian.
Dalam majlis itu, Sultanah Nur Diana Petra kelihatan cukup anggun dalam persalinan tradisi dan berselendang biru.
Sempena ulang tahun keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-53 lalu juga, DYMM Sultanah Kelantan turut dikurniakan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Al-Yunusi (DK).
Semoga Allah lanjutkan usia Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pesona dan aura primadona, Ogy Ahmad Daud masih memukau. Meskipun mempunyai nama besar dalam industri seni tanah air namun figura ini cukup merendah diri.
Saat ramai yang memuji kecantikan dan bakat lakonan yang dimiliki, Ogy hanya tersenyum manis dan mengungkap kata syukur. Jauh sekali, melihat dia mendabik dada dengan segala kejayaan dan kurniaan yang diraih selama ini.
Bersandarkan peribadi yang menyenangkan tersebut, tidak hairanlah pada usia mencecah 61 tahun Ogy atau nama sebenarnya Fauziah Dato’ Ahmad Daud masih menjadi perhatian dan kesayangan peminat.
Lebih bertuah, anak kepada seniman Dato’ Ahmad Daud dan seniwati Datin Saadiah ini turut dikurniakan cahaya mata perempuan yang makin menginjak usia remaja.
9 November lepas, permata hati Ogy yang diberi nama Nur Aminah Aishah genap berumur 16 tahun. Biarpun bergelar anak selebriti, namun Aminah enggan meraih populariti dan selesa hidup jauh daripada dunia glamor ibu tersayang.
Daripada perkongsian Ogy mengenai Aminah di media sosial sebelum ini, gadis berkenaan disifatkan seorang yang pemalu dan sangat disayangi bintang Filem Azura tersebut.
Mengulas peribadi anak tersayang, Ogy mendedahkan Aminah seorang anak yang baik dan rajin belajar. “Alhamdulillah, dia jump kelas dua tahun. Syukur alhamdulillah. Saya sangat strict seperti arwah ayah dari segi pelajaran.
Education is very important sebab ilmu itu sangat penting. Saya bersyukur dia tak terlibat dalam bidang seni. Dia tak meminati langsung dan tiada social media.
Dia bukan seorang introvert tapi terus-terang dia ialah anak yang tidak suka mengikuti saya ke lokasi penggambaran. Dia tak suka sangat. Dia lebih suka buku, belajar.
Saya pernah test, tak payahlah pergi sekolah. Tapi dia suka belajar. Saya syukur sangat-sangat. Impian saya nak dia melanjutkan pembelajaran ke luar negara.”
Sementara itu bercerita mengenai perwatakan dirinya yang sentiasa tampil ceria dan bertenaga, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 1985 dan 1986 ini sambil ketawa menyusun bicara.
“Saya tak pernah mewujudkan dinding bahawa bila naik usia lima atau enam angka you dah masuk golongan tua-tua. Saya tidak pernah ada stigma sebegitu dalam kehidupan. Selagi Allah bagi nafas dan nyawa, just go with the flow.
Saya ialah orang yang penuh positivity vibes dalam diri saya. Ada masalah, saya hadap masalah itu saya tidak akan sembunyi. Saya memang orang yang suka bekerja. Saya kalau tak bekerja satu hari macam tepu otak.”
Tambahnya lagi, “Saya seorang yang suka berfikir but not overthinking. Berfikir dari sudut explore ilmu. Benda-benda itu buat saya jadi energetik dan saya tak suka flash back kisah silam.”
Antara lakonan Ogy yang masih menjadi bualan sampai hari ini termasuklah filem Azura, Ali Setan dan Suara Kekasih.
Jelitawan ini juga pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 1990 bersama seniman, Eman Manan selama 13 tahun namun berpisah pada tahun 2003.
Selain masih aktif mewarnai dunia seni lakonan, Ogy juga ligat mengusahakan bisnes Ogy’s Food Biz yang menjual Sambal Goreng Saadiah dan Sambal Kurau Masin Berlado.
Setiap wanita memiliki aura positifnya yang tersendiri. Namun ada sesetengahnya yang tidak tahu bagaimana untuk menonjolkannya. Aura adalah tenaga yang tersimpan dalam diri seseorang yang dapat meningkatkan daya tarikan bagi yang melihatnya. Aura sangat berpengaruh terhadap kehidupan seseorang.
Untuk memiliki pancaran aura keseimbangan kecantikan luaran dan dalaman, anda perlu tahu cara untuk membuka aura tersebut. Salah satunya ialah menghilangkan hal-hal negatif dan melakukan hal-hal positif. Bagi anda yang kurang percaya diri, ini caranya untuk membuka aura wajah yang selama ini tersembunyi.
CUCI WAJAH SETIAP PAGI
Ketika bangun pagi biasakan untuk mencuci wajah anda dengan air suam sambil memberikan sedikit urutan lembut pada wajah. Pastikan anda melakukannya sebelum memulakan aktiviti pagi.
URUTAN LEMBUT
Tenangkan wajah dengan urutan menggunakan pembersih atau lembap yang sesuai dengan jenis kulit anda. Bilas dengan air suam menggunakan kain atau tuala bersih. Setelah dibersihkan tutup wajah menggunakan kain basah yang telah direndam dengan air suam. Biarkan lebih kurang lima minit. Ulangi 3-5 kali kemudian urut dengan lembut agar otot wajah lebih tenang.
BERSENAM
Bersenam secara rutin dan teratur. Tidak perlu senaman yang berat setiap hari kerana anda boleh lakukan di mana saja. Lakukan dua kali seminggu. Pilih senaman yang dapat mengeluarkan peluh kerana peluh yang keluar adalah racun yang terkumpul dalam badan. Jika tidak dikeluarkan akan mengganggu aliran pembuluh darah.
TIDUR DAN ISTIRAHAT SECUKUPNYA
Waktu yang terbaik iaitu pada malam hari. Semasa anda tidur kulit wajah akan membuang sel-sel kulit mati dan radikal bebas. Sel-sel kulit baru akan muncul seterusnya berlaku proses pengencangan. Bintik-bintik hitam dan garis hilang akan berkurangan.
ELAK SIFAT NEGATIF
Hindari sifat dan perbuatan yang mengandungi aura negatif seperti marah, iri hati, bersedih yang berlarutan, melukai perasaan orang lain, dendam cemburu dan sebagainya. Amalkan sikap ramah dan lemah lembut. Jangan lupa sentiasa sedekahkan senyuman kerana aura positif akan mematikan aura negatif yang ada. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terus bangkit memperkasakan masyarakat, kerjasama strategik yang termeterai di antara RichWorks dan Astro mampu mewujudkan peluang serta bimbingan terbaik untuk jadi wanita sukses.