Sekarang ni kebanyakan majikan memberi kelonggaran kepada para pekerjanya untuk bekerja dari rumah atau ‘Work from Home’ (WFH). Tak dinafikan apabila duduk di rumah dalam jangkamasa yang lama, perut mula minta diisi dengan makanan. Apabila menimbang berat badan, barulah tersedar untuk mengurangkan lebihan berat badan dan kembali menjaga pemakanan.

IKLAN

Elak Makanan Yang Diproses, Amalkan Diet Clean Eating. Mudah, Segar & Mengenyangkan!Kaedah diet Clean Eating ini antara saranan yang paling sesuai diamalkan, selain mudah dan dijamin akan mengenyangkan anda. Makan secara bersih, bermaksud pilihan makanan yang segar dan bebas sumber tiruan. Cara masakan dan penyajian juga seharusnya natural bagi mengekalkan gizi serta nutrien baik di dalamnya.

Elak Makanan Yang Diproses, Amalkan Diet Clean Eating. Mudah, Segar & Mengenyangkan!Di Hollywood, ia menjadi pilihan selebriti Gwyneth Paltrow agar kelihatan sentiasa langsing. Konsepnya ringkas. Elakkan mengambil makanan yang diproses.

Elak Makanan Yang Diproses, Amalkan Diet Clean Eating. Mudah, Segar & Mengenyangkan!
Selebriti terkenal, Gwyneth Paltrow.

Makanan yang dibenarkan ialah pelbagai jenis bijirin, buah-buahan organik, sayuran organik, daging pejal tanpa lemak, produk tenusu rendah lemak dan sumber lemak sihat. Manakala makanan yang patut dielakkan ialah semua jenis lemak tepu dan lemak trans, makanan yang diproses, makanan yang ditapis berkali-kali seperti tepung dan gula, minuman berkarbonat, jus segera serta alkohol.

Elak Makanan Yang Diproses, Amalkan Diet Clean Eating. Mudah, Segar & Mengenyangkan!Nona menyarankan agar sumber makanan dibeli dari pasar tani atau jika ke pasar raya, pilihlah makanan yang bahan kandungannya boleh difahami. Elakkan makanan di dalam kotak kerana ia mengandungi bahan pengawet yang tinggi.

Peraturan diet yang perlu dipatuhi:

IKLAN

MAKAN MAKANAN SEBENAR
Elakkan sama sekali makanan yang diproses. Kalau membeli-belah di pasar raya, pilih makanan yang tertulis bahan kandungan segar atau bahan yang mungkin akan anda gunakan jika membuatnya sendiri di rumah.

Elak Makanan Yang Diproses, Amalkan Diet Clean Eating. Mudah, Segar & Mengenyangkan!SEDIAKAN SAJIAN MUDAH
Makanan yang sedap dan berkhasiat tidak bermakna anda patut masak berjam-jam di dapur. Sediakan bahan yang minimum dan sertakan bijirin, protein serta lemak baik dalam satu hidangan. Contohnya sayur tumis bersama ayam yang dimakan dengan beras perang.

IKLAN

Elak Makanan Yang Diproses, Amalkan Diet Clean Eating. Mudah, Segar & Mengenyangkan!KUNYAH DENGAN PERLAHAN
Kajian menunjukkan lebih cepat kita makan, lebih banyaklah kalori yang diambil. Jadi kunyah secara perlahan, nikmati rasa makanan di dalam mulut dan jangan ‘ganggu’ waktu makan dengan aktiviti seperti menghadap telefon bimbit.

Elak Makanan Yang Diproses, Amalkan Diet Clean Eating. Mudah, Segar & Mengenyangkan!MAKAN PADA MASA YANG DITETAPKAN
Jangan biarkan jarak masa melebihi 4 jam di antara waktu makan utama dan waktu snek. Ini dapat mengimbangi paras gula darah yang memberi tenaga dan mengawal selera dengan lebih baik.

Elak Makanan Yang Diproses, Amalkan Diet Clean Eating. Mudah, Segar & Mengenyangkan!FAHAMI ISYARAT TUBUH
Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI