Wanita dan fesyen memang sukar untuk dipisahkan. Menjadi lumrah bagi seorang wanita untuk kelihatan cantik dan menawan. Namun, bentuk badan seringkali menjadi halangan untuk wanita terus bergaya.

IKLAN

10 Trik FESYEN Yang boleh Dicuba Bagi Wanita Yang Memiliki Perut BuncitLebih-lebih lagi wanita yang memiliki perut buncit. Mereka berasa kurang yakin untuk tampil bergaya disebabkan masalah ini.

NONA kongsikan 10 trik fesyen yang boleh dicuba buat mereka yang mengalami dilema ini:

1. Pilih skirt jenis A-line kerana ia membantu untuk menyembunyikan masalah perut buncit. Ini kerana potongan skirt yang luas di bahagian bawah amat sesuai untuk menyembunyikan bahagian pinggang anda.

10 Trik FESYEN Yang boleh Dicuba Bagi Wanita Yang Memiliki Perut Buncit2. Seluar ala Aladin atau seluar nelayan Thai dapat menyembunyikan perut anda yang berlipat kerana mata akan tertumpu pada rekaan seluar yang unik itu.

10 Trik FESYEN Yang boleh Dicuba Bagi Wanita Yang Memiliki Perut Buncit3. Pakai tali pinggang yang besar dan luas di pinggang anda. Ikat tali pinggang 1 inci lebih tinggi daripada paras pinggang anda untuk menutup bahagian perut buncit.

10 Trik FESYEN Yang boleh Dicuba Bagi Wanita Yang Memiliki Perut Buncit4. Pakai skirt jenis pleated atau skirt kipas menegak ke bawah untuk memberi visual pinggang anda kelihatan lebih langsing. Sebaiknya cari skirt yang bercorak untuk menutup kekurangan ada.

10 Trik FESYEN Yang boleh Dicuba Bagi Wanita Yang Memiliki Perut Buncit5. Elakkan memasukkan baju ke dalam pinggang untuk memberikan kesan ilusi badan yang lebih langsing.

IKLAN

6. Elakkan memakai jean jenis low-waist sebaliknya pilih jean atau seluar jenis high waist atau berpinggang tinggi. Ia boleh membuatkan anda tampak lebih langsing dan lampai. Jangan lupa padankan bersama baju bercorak gelap.

IKLAN

10 Trik FESYEN Yang boleh Dicuba Bagi Wanita Yang Memiliki Perut Buncit7. Pilih material pakaian yang tidak jarang kerana ia akan membuatkan perut anda nampak buncit. Sebaiknya pilih baju yang mempunyai material dari sutera atau yang berwarna terang.

8. Elakkan memakai baju yang mempunyai corak horizontal atau melintang kerana ia akan menyebabkan perut anda kelihatan lebih buncit. Bagi menyembunyikan masalah tersebut, pilih pakaian yang ada rekaan wrap top atau baju yang mempunyai tali atau ikatan di bahagian bawahnya.

10 Trik FESYEN Yang boleh Dicuba Bagi Wanita Yang Memiliki Perut Buncit9. Penggunaan baju jenis leher bentuk V atau kurung moden yang mempunyai manik dan jemeki yang dijahit dalam bentuk V juga boleh mengurangkan tumpuan mata pada bahagian perut anda.

10. Selain itu, anda juga boleh tonjolkan bahagian lain badan anda yang dirasakan menarik seperti lengan atau kaki anda. Yang penting, pastikan anda memilih pakaian yang bersesuaian dan menepati tuntutan syariah.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI