15 Idea Aktiviti Keluarga Ini Boleh Dilakukan DI RUMAH Sepanjang Tempoh LOCKDOWN

Esok bermulalah total lockdown fasa pertama seluruh Malaysia selama 14 hari iaitu pada 1-14 Jun 2021 bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang semakin bimbangkan.

Oleh itu, kekal duduk di rumah jika tiada urusan yang benar-benar mustahak untuk kita keluar. Tidak dinafikan, hari-hari yang dilalui saat ini membuatkan kita tidak keruan. Pun begitu, banyak sebenarnya aktiviti yang boleh kita lakukan bersama keluarga di rumah sepanjang lockdown.

15 idea ini boleh dilakukan oleh anda dan anak-anak dirumah :-

1. Buat satu diari untuk mencatat aktiviti harian anda sekeluarga. Kalau boleh lantik seorang untuk mencatatnya.
2. Inilah masanya untuk anda membuat kek, biskut atau roti sambil dibantu oleh anak-anak. Mana tahu, kalau sedap anda mungkin boleh menjana pendapatan baru.
3. Memasak atau buat penyediaan makanan awal. Ini sangat penting bagi yang perlu bekerja dari rumah (WFH) kerana lebih menjimatkan masa ketika perlu menyediakan makan tengah hari.

4. Menonton filem di rumah. Setiap malam, seorang dari ahli keluarga diberi peluang untuk memilih satu filem untuk ditonton bersama.

5. Bersenam di rumah bersama keluarga. Jika yang belum pernah mencuba, bolehlah bermula dari sekarang! Badan sihat, hubungan juga lebih rapat.

6. Bantu anak-anak dalam menyudahkan tugasan termasuk memberi sokongan terhadap kelas dalam talian (online) yang perlu mereka hadapi sepanjang lockdown. Tentu lebih mencabar.

7. Untuk anak-anak kecil, bermain teka-teki atau bina sesuatu dari bahan-bahan seperti lego.

8. Selongkar barangan tidak terpakai dan ketepikan untuk pemberian bantuan kebajikan.

9. Lakukan kerja-kerja rumah bersama ahli keluarga.

10. Hias rumah agar lebih kemas dan selesa.

11. Berkelah atau berkhemah di laman rumah sendiri bersama keluarga.

12. Buat panggilan video bersama rakan-rakan, saudara mara atau keluarga di kampung. Berada di rumah tidak bermakna anda tidak boleh bersosial.

13. Mulakan aktiviti berkebun di rumah.

14. Cipta satu filem keluarga di rumah. Idea ni memang kreatif dan memerlukan Kerjasama semua ahli. Menarik!

15. Reka satu peta bagi tempat-tempat yang anda ingin lawati setelah tamat tempoh ini.

Lakukan aktiviti-aktiviti tersebut sepanjang melalui tempoh sukar ini. Dengan ini, anda sekeluarga boleh mengelakkan rasa bosan. Pada masa sama, dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Namun, jika anda merasa tidak sihat dan memerlukan perhatian perubatan anda dinasihatkan terus ke pusat perubatan atau hospital terdekat bagi melakukan saringan. Ambil perhatian tentang keadaan dan kesihatan diri serta ahli keluarga.

Jika terdedah dengan pesakit atau tempat penularan COVID-19 dan anda menghadapi simptom selsema, batuk, sesak nafas dan demam melebihi 37.5° sila ambil inisiatif untuk kuarantinkan diri di rumah. Segera hubungi Kementrian Kesihatan Malaysia bagi mendapatkan nasihat dan langkah seterusnya.

Jangan terus ke klinik berhampiran kerana anda boleh menyebarkannya kepada orang lain. Berhati-hati dan duduk di rumah. Anda boleh menyelamatkan diri sendiri dan orang lain.

Sumber: Tourism Selangor

IKLAN
Share