Esok bermulalah total lockdown fasa pertama seluruh Malaysia selama 14 hari iaitu pada 1-14 Jun 2021 bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang semakin bimbangkan.

15 Idea Aktiviti Keluarga Ini Boleh Dilakukan DI RUMAH Sepanjang Tempoh LOCKDOWNOleh itu, kekal duduk di rumah jika tiada urusan yang benar-benar mustahak untuk kita keluar. Tidak dinafikan, hari-hari yang dilalui saat ini membuatkan kita tidak keruan. Pun begitu, banyak sebenarnya aktiviti yang boleh kita lakukan bersama keluarga di rumah sepanjang lockdown.

IKLAN

15 Idea Aktiviti Keluarga Ini Boleh Dilakukan DI RUMAH Sepanjang Tempoh LOCKDOWN15 idea ini boleh dilakukan oleh anda dan anak-anak dirumah :-

1. Buat satu diari untuk mencatat aktiviti harian anda sekeluarga. Kalau boleh lantik seorang untuk mencatatnya.
2. Inilah masanya untuk anda membuat kek, biskut atau roti sambil dibantu oleh anak-anak. Mana tahu, kalau sedap anda mungkin boleh menjana pendapatan baru.
15 Idea Aktiviti Keluarga Ini Boleh Dilakukan DI RUMAH Sepanjang Tempoh LOCKDOWN3. Memasak atau buat penyediaan makanan awal. Ini sangat penting bagi yang perlu bekerja dari rumah (WFH) kerana lebih menjimatkan masa ketika perlu menyediakan makan tengah hari.

4. Menonton filem di rumah. Setiap malam, seorang dari ahli keluarga diberi peluang untuk memilih satu filem untuk ditonton bersama.

5. Bersenam di rumah bersama keluarga. Jika yang belum pernah mencuba, bolehlah bermula dari sekarang! Badan sihat, hubungan juga lebih rapat.

15 Idea Aktiviti Keluarga Ini Boleh Dilakukan DI RUMAH Sepanjang Tempoh LOCKDOWN6. Bantu anak-anak dalam menyudahkan tugasan termasuk memberi sokongan terhadap kelas dalam talian (online) yang perlu mereka hadapi sepanjang lockdown. Tentu lebih mencabar.

7. Untuk anak-anak kecil, bermain teka-teki atau bina sesuatu dari bahan-bahan seperti lego.

15 Idea Aktiviti Keluarga Ini Boleh Dilakukan DI RUMAH Sepanjang Tempoh LOCKDOWN

8. Selongkar barangan tidak terpakai dan ketepikan untuk pemberian bantuan kebajikan.

9. Lakukan kerja-kerja rumah bersama ahli keluarga.

15 Idea Aktiviti Keluarga Ini Boleh Dilakukan DI RUMAH Sepanjang Tempoh LOCKDOWN10. Hias rumah agar lebih kemas dan selesa.

IKLAN

11. Berkelah atau berkhemah di laman rumah sendiri bersama keluarga.

15 Idea Aktiviti Keluarga Ini Boleh Dilakukan DI RUMAH Sepanjang Tempoh LOCKDOWN12. Buat panggilan video bersama rakan-rakan, saudara mara atau keluarga di kampung. Berada di rumah tidak bermakna anda tidak boleh bersosial.

13. Mulakan aktiviti berkebun di rumah.

15 Idea Aktiviti Keluarga Ini Boleh Dilakukan DI RUMAH Sepanjang Tempoh LOCKDOWN14. Cipta satu filem keluarga di rumah. Idea ni memang kreatif dan memerlukan Kerjasama semua ahli. Menarik!

IKLAN

15. Reka satu peta bagi tempat-tempat yang anda ingin lawati setelah tamat tempoh ini.

Lakukan aktiviti-aktiviti tersebut sepanjang melalui tempoh sukar ini. Dengan ini, anda sekeluarga boleh mengelakkan rasa bosan. Pada masa sama, dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

15 Idea Aktiviti Keluarga Ini Boleh Dilakukan DI RUMAH Sepanjang Tempoh LOCKDOWNNamun, jika anda merasa tidak sihat dan memerlukan perhatian perubatan anda dinasihatkan terus ke pusat perubatan atau hospital terdekat bagi melakukan saringan. Ambil perhatian tentang keadaan dan kesihatan diri serta ahli keluarga.

15 Idea Aktiviti Keluarga Ini Boleh Dilakukan DI RUMAH Sepanjang Tempoh LOCKDOWNJika terdedah dengan pesakit atau tempat penularan COVID-19 dan anda menghadapi simptom selsema, batuk, sesak nafas dan demam melebihi 37.5° sila ambil inisiatif untuk kuarantinkan diri di rumah. Segera hubungi Kementrian Kesihatan Malaysia bagi mendapatkan nasihat dan langkah seterusnya.

Jangan terus ke klinik berhampiran kerana anda boleh menyebarkannya kepada orang lain. Berhati-hati dan duduk di rumah. Anda boleh menyelamatkan diri sendiri dan orang lain.

Sumber: Tourism Selangor

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI