Untitled design - 1

Met Gala adalah acara berprestij yang paling dinanti-nantikan dalam dunia fesyen. Pada majlis ini, ramai selebriti terkenal tampil dengan gaya fesyen terbaik masing-masing yang penuh dengan keindahan dan kemewahan.

150 Helai Pakaian Rekaan Karl Lagerfeld Bakal Dipamerkan Di Met Gala 2023

IKLAN

Pun begitu, terdapat peraturan yang ‘mewajibkan’ setiap jemputan memakai pakaian mengikut tema ditetapkan. Met Gala 2023 membawa tema “Karl Lagerfeld: A line of Beauty” yang bermaksud penghormatan kepada pereka legenda yang meninggal dunia pada 2019.

150 Helai Pakaian Rekaan Karl Lagerfeld Bakal Dipamerkan Di Met Gala 2023

Setiap tahun, tokoh terkenal dalam bidang muzik, hiburan, fesyen dan pawagam bertaraf dunia dijemput menghadiri Met Gala. Acara pengumpulan dana ini adalah inisiatif Institut Kostum Seni Muzium Metropolitan, New York, Amerika Syarikat.

Berikut 5 fakta menarik Met Gala 2023:-

Penghormatan Kepada Karl Lagerfeld
Selama 65 tahun dalam industri fesyen, Lagerfeld telah mengukir nama sebagai pereka fesyen berjenama mewah terkenal dunia. Ia termasuklah Balmain, Patou, Chloe, Fendi dan Chanel. Dalam couturier terakhirnya, pereka kelahiran Jerman ini berkhidmat sebagai Pengarah Kreatif Fendi dan Chanel dari 1983 sehingga kematiannya pada 2019.

150 Helai Pakaian Rekaan Karl Lagerfeld Bakal Dipamerkan Di Met Gala 2023
Karl Lagerfeld.

Walaupun reka bentuknya berbeza-beza dan banyak, setiap rekaan Lagerfeld mempunyai kelas tersendiri serta sentuhan istimewa pada setiap selebriti yang memakainya. Sosok Lagerfeld juga sangat ikonik kerana terkenal dengan ekor kuda, cermin mata hitam, sarung tangan dan pakaian berkolar tinggi.

150 Helai Pakaian Rekaan Lagerfeld Dipamerkan
Pameran bagi menghormati mendiang Karl Lagerfeld akan dipertontonkan kepada umum bermula 5 Mei sehingga 16 Julai 2023.

150 Helai Pakaian Rekaan Karl Lagerfeld Bakal Dipamerkan Di Met Gala 2023

Memetik laporan Vogue, sekitar 150 helai pakaian yang direka oleh Lagerfeld untuk pelbagai rumah fesyen akan dipamerkan bersama lakaran asal yang diciptanya.

Kod Pakaian
Pakaian yang menjadi tema besar pada Met Gala 2023 sudah tentu berkaitan dengan penghormatan kepada Karl Lagerfeld. Setiap selebriti perlu memilih salah satu daripada tiga pilihan pakaian yang disyorkan oleh penganjur.

IKLAN

150 Helai Pakaian Rekaan Karl Lagerfeld Bakal Dipamerkan Di Met Gala 2023

150 Helai Pakaian Rekaan Karl Lagerfeld Bakal Dipamerkan Di Met Gala 2023

150 Helai Pakaian Rekaan Karl Lagerfeld Bakal Dipamerkan Di Met Gala 2023

Antaranya ialah bertemakan vintaj yang direka oleh Lagerfeld, seperti ensembel Chanel Willow Smith dari Met Gala 2016. Terdapat juga rekaan fesyen bertemakan kontemporari seperti Fendi atau Chanel, dua daripada rumah fesyen yang paling ikonik. Pilihan lain ialah memilih sut hitam dan tali leher, sarung tangan atau cermin mata hitam yang serupa dengan gaya tandatangan Lagerfeld.

IKLAN

Tetamu Jemputan Eksklusif
Beberapa tokoh yang telah bekerja rapat dengan Lagerfeld dijangka hadir. Salah seorangnya ialah keluarga Kardashian-Jenner seperti Kim. Kendall Jenner juga bakal memeriahkan Met Gala 2023. Selain itu, Dua Lipa, Roger Federer, Penelope Cruz dan Michaela Coal dipilih sebagai hos bersama.

150 Helai Pakaian Rekaan Karl Lagerfeld Bakal Dipamerkan Di Met Gala 2023

Kemunculan sulung Rose Blackpink pada Met Gala tahun lepas merupakan antara bintang K-pop pertama yang menghadiri Met Gala. Rose dan Jennie mencetuskan spekulasi bahawa mereka berdua akan menghadiri Met Gala 2023. Selain selebriti terkenal, antara tetamu jemputan bertuah yang dapat menghadiri Met Gala 2023 ialah mereka yang sering menghulurkan sumbangan kepada Institut Kostum.

Harga Tiket
Melancarkan halaman Yahoo Life, harga tiket Met Gala 2023 boleh mencecah AS$30,000. Hasil jualan tiket ini akan disumbangkan kepada Institut Kostum yang merupakan satu-satunya institusi muzium yang perlu membiayai operasinya sendiri.

Kredit Foto: Instagram The Met Gala Offical

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI