2 Kali Terima Jemputan Haji, Tahun Ini Giliran ALIF SATAR & ISTERI Jadi Tetamu Allah.

Tahun lalu, usahawan, pelakon dan penyanyi popular Alif Satar berkongsi mengenai ibu bapanya yang berpeluang menunaikan ibadah Haji ketika musim haji tahun lalu. Alif sendiri pernah berkongsi bahawa sebelum ini, Alif atau nama sebenarnya, Muhammad Alif Mohd Satar dua tahun berturut-turut mendapat jemputan menunaikan fardu haji, namun, belum rezeki. Alif tidak dapat pergi di  atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Nampaknya, hajat Alif untuk menunaikan rukun Islam kelima itu dimakbulkan apabila dia dan isteri tercinta, Shadila Halid berlepas ke tanah suci hari ini untuk menjadi tetamu Allah untuk musim haji tahun ini. Perkongsian Alif Satar di laman Instagram miliknya menunjukkan dia dan isterinya bakal menjadi tetamu Allah hari ini.

Tahun lalu, penyanyi lagu Akan Tiba

dan Lelaki Seperti Aku itu bersyukur doanya di bawah pancur emas Kaabah ketika menunaikan umrah memohon agar ibu bapanya terlebih dahulu menjadi tetamu Allah mengerjakan haji termakbul.

Sebagai anak, sudah tentunya Alif melahirkan rasa penuh kesyukuran dapat menghantar  ibu bapanya, Nor Hafiza Mohammed dan Mohd Satar Ramli menunaikan Haji tahun lalu.  Setahun selepas kedua ibu bapanya itu bergelar Haji dan Hajjah, kini tiba giliran Alif dan isterinya, Shadila Halid pula dijemput menjadi tetamu Allah untuk musim haji 1444 hijrah.

Ramai rakan-rakan selebriti menitipkan ucapan untuk pasangan ini yang bakal berlepas ke tanah suci hari ini untuk menjadi tetamu Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan buat pasangan ini dan mendapat haji yang mabrur!

 

 

 

IKLAN
Share