Sejuk mata memandang suri hati Dato’ Adi Putra. Raut wajah anggun dan senyuman yang lekang di bibir membuatkan Datin Aida Yusof sering menjadi perhatian khalayak khususnya peminat suami tercinta.
Pejam celik, pasangan romantis ini sudah 20 tahun mendirikan rumah tangga. Tanggal 18 Januari lalu genap dua dekad usia perkahwinan Dato’ Adi Putra dan Datin Aida. Ternyata ia bukan satu tempoh yang singkat dan pastinya bermacam-macam dugaan telah dilalui mereka.
Berkat kesabaran dan saling menghargai, mereka kian bahagia melayari alam rumah tangga. Meskipun belum dikurniakan rezeki untuk timang anak sendiri. Enggan meratap hiba, Datin Aida dan Dato’ Adi bagaimana pun reda menerima apa jua ketentuan ilahi.
Ads
Tidak menjadikan ‘anak’ sebagai penghalang kebahagiaan, kedua-duanya mengecap bahagia dengan cara tersendiri. Ke mana saja pergi pasti kelibat isteri atau suami ada di sisi.
Terbaharu, Datin Aida Yusof dilihat teruja dan ceria turun padang membantu bisnes Dato’ Adi Putra sempena penganjuran Absolut Singapura. Selama tiga hari pasangan ini ‘berkampung’ di sana dan menjual produk keluaran Dato’ Adi Putra seperti Kurta dan sebagainya.
Kadangkala bila hidup terlihat serba sempurna, itulah waktu dimana kita sering alpa dan semakin menjauh dari yang maha esa! Itulah juga apa yang dialami oleh usahawanita yang juga pengasas Mutyara, Tya Arifin.
Menurutnya, meski dikurniakan segalanya dalam kehidupan, namun dia tetap mempunyai ruang kosong dalam diri yang sering meminta untuk diisi.
Justeru, tidak mahu menjadi hambaNya yang kufur nikmat, ibu kepada dua anak ini mendedahkan, dia mula memikirkan secara mendalam soal rohani selepas melihat perubahan suami yang kian mendalami ilmu agama Islam.
“Sebab terbesar saya memutuskan untuk menutup aurat ialah saya mahu berhijrah. Alhamdulillah Allah telah berikan saya pelbagai nikmat, keluarga, anak-anak dan perniagaan yang berjaya walau berhijrah dari Palembang ke Malaysia.
“Apa lagi yang Allah tidak kurniakan? Saya tidak mahu jadi wanita dan hamba yang kufur nikmat.
“Allah telah berikan lebih daripada apa yang saya minta, tapi sentiasa ada satu yang kurang. Saya berjaya menolong orang melalui perniagaan namun saya tidak mampu menolong diri sendiri.
“Dalam rumah tangga ada masa kita diuji dan ia menguatkan saya untuk berubah. Suami pula semakin dekat dengan ajaran Islam dan berubah menjadi lebih baik. Jadi tidak adil jika saya tidak mahu berubah.
“Allah sentiasa ada bersama saya di saat saya memerlukan pertolongan dan Allah berikan yang terbaik untuk saya. Sampai satu masa saya terfikir, Allah begitu baik dengan saya.
“Bila difikirkan ada satu titik yang belum dibuat iaitu saya tidak menjadi seorang Muslimah yang sempurna. Saya tidak menjadi hamba Allah yang baik,” ulasnya panjang lebar.
Tegasnya, jika terbit niat untuk berbuat baik dan memakai tudung, cuba segerakan niat.
“Sebelum ini saya fikirkan manusia yang bertudung dan menutup aurat ialah perkara biasa. Saya fikirkan untuk berhijab, nanti dahulu, akan datang hidayah.
“Saya mahu baikkan hati dahulu. Tapi sekarang saya fikirkan, alangkah baiknya andai saya cepatkan keputusan ini dahulu.
“Saya juga sedar saya tidak mahu suami menanggung dosa dan Prof Muhaya juga banyak menasihati saya mengenainya.
“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada orang sekeliling. Hijrah ini kerana saya dan Allah, Allah terlalu baik dengan saya. Saya tidak mahu menjadi contoh yang tidak baik kepada pengikut.
“Saya mahu menjadi ibu yang baik kepada anak-anak, isteri yang baik untuk suami dan contoh yang baik buat peminat kerana sebaik-baik manusia adalah yang memberikan manfaat kepada orang lain,” katanya lagi.
Akur akan trend selebriti membuka hijab, jelasnya dia perlu mengawal diri sendiri agar dapat terus istiqamah dengan perubahan.
“Dalam dunia ini ada dua, perkara yang boleh dikawal dan tidak boleh dikawal. Kita boleh mengawal diri sendiri dan tidak mampu mengawal orang lain.
“Jadi sangat penting untuk saya tahu, saya mampu mengawal diri sendiri. Jika kita mahu fikir mengenai orang tidak sukakan kita, kita akan penat.
“Penghijrahan saya satu proses yang sangat panjang, selama 25 tahun baru saya mendapat hidayah dan tidak semudah itu untuk terus berubah.
Dia turut berkongsi tiga tips kepada wanita lain yang turut punyai rasa untuk berubah ke arah yang lebih baik.
“Pertama berubah kerana Allah, kedua kena cepat membuat tindakan, jika mahu memakai tudung, terus segerakan. Dan ketiga, yakin kepada rezeki yang Allah tetapkan,” titip Tya.
Untuk rekod, tatkala berkongsi kisah hijrahnya, pelakon dan usahawan Tya Arifin merasa sebak kerana pada mulanya dia langsung tiada perancangan untuk berhijab, namun Februari 2020 merupakan titik perubahan terindah dalam kehidupanya!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Pasangan usahawan serta pempengaruh, Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina meluahkan rasa bersyukur dapat semua pekerja mereka menunaikan ibadah umrah bersama.
Menerusi perkongsian di Instagram yang dikongsikan baru-baru ini, Hafiz menyatakan impiannya ingin menempah sebuah kapal terbang khas untuk membawa pekerja di bawah syarikat Ainaa Beauty menjalankan ibadah umrah bersama telah tercapai.
“Jujur, apa perasaan awak tengok ni? Ya Allah, saya tak tahu nak tulis apa. Ini perkara yang saya cakap dekat isteri dulu, ‘Yang, satu hari nanti, satu kapal terbang tu kita mampu bawa orang ke Umrah.’
“Sebelum ni, setiap tahun kita bawa team. Dari awal niaga dua orang ke Umrah lepas tu meningkat jumlah setiap tahun ke Umrah,” tulisnya.
Dalam perkongsian tersebut, Hafiz turut menyatakan rasa terharu selepas melihat ramai ibu bapa pekerjanya yang hadir untuk meraikan keberangkatan mereka ke Tanah Suci Makkah bersama.
“Bila dekat Airport semalam, saya terkejut sebab terlalu ramai yang datang. Ada parents mereka datang, mengalir air mata ucapkan terima kasih. Ada team yang dia hadiahkan juga mak ayah dia ikut sekali, masya-Allah hebat sangat.
“Tahun depan, saya nak bawa ramai lagi dengan izin Allah. Nak mereka rasa kenangan dan rasa rindu bumi Allah nanti. Doakan rezeki perniagaan melimpah ruah.
“Kita bawa team yang berniaga dengan kita dan staff. Ada juga anak yatim, customer @ainaabeautyofficial dalam trip ke Umrah tahun ni. Sama sama kita rasa perasaan di bumi Allah ni. Perasaan apa? Kejayaan Demi Kebahagiaan,” katanya.
Perkongsian Hafiz tersebut mendapat pelbagai reaksi positif netizen yang mendoakan semoga pasangan ini dimurahkan rezeki untuk dikongsikan bersama kakitangan serta stokis di bawah jenama Ainaa Beauty. Semoga perkongsian ini menjadi pembuka mata buat majikan lain supaya lebih memberi perhatian terhadap aspek kebajikan kakitangan!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak ada seorang ibu pun sanggup melihat anaknya ‘pergi meninggalkan’ dirinya buat selama-lamanya dan tidak ada seorang ibu pun sanggup menziarahi pusara anaknya sendiri. Namun siapa kita sebagai manusia untuk menidakkan ujian daripada Allah SWT. Raja Nadia Sabrina sebuah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi juga tidak terkecuali diuji dengan kehilangan anak sulungnya beberapa jam selepas kelahirannya.
Menyelami perasaan ibu muda ini tentang kecintaan terhadap anak-anak dan keluarga tercinta mampu menjentik hati semua wanita yang bergelar seorang ibu. Kekuatan dan kesabaran yang dimiliki oleh pengasas jenama Aere ini ketika menempuh ujian bukan calang-calang wanita boleh menghadapi sepertinya.
Menyelinap seribu satu rasa keinsafan saat figura wanita anggun ini menelusuri setiap pelosok kehidupan yang begitu daif. Raja Nadia Sabrina sebuah nama yang begitu indah selaras dengan jiwa nurani dibasahkan dengan memperjuangkan hak kemanusiaan yang dinafikan. Walau tampil moden namun keluhuran budi yang terpamer memperlihatkan prinsip hidup yang bukan mainan.
“Pengalaman mendekati dan memahami isu-isu dan masalah sebuah masyarakat yang teramat daif dan amat memerlukan bantuan telah memberi kesan yang sangat mendalam kepada diri saya,” tutur wanita yang berusia 34 tahun ini lembut memulakan bicara.
“Sukar diungkap dengan kata-kata apabila pandangan mata kasar bersatu dengan mata hati saat melihat sendiri sebuah kehidupan yang telah dinafikan haknya. Baru-baru ini saya terlibat sebagai seorang ikon yang terpilih untuk menyertai misi kemanusiaan pertama saya, iaitu misi membina sebuah sekolah perempuan di Godda, Jharkhand, India anjuran Islamic Relief Malaysia dan Ukhwwah4Ummah.
I had an amazing eye-opening, humbling, life-changing experience going there for humanitarian works and connecting, bonding with the kids that we aim to help over there. Saya benar-benar bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah SWT untuk menyaksikan sendiri sisi kedaifan manusia yang tidak didendangkan ini.
Justeru semangat terus berkobar-kobar untuk melihat mereka menikmati kehidupan yang lebih baik melalui pendidikan yang lebih formal. Hanya melalui pendidikan, sesebuah masyarakat boleh berubah ke peringkat yang lebih tinggi dan membasmi kemiskinan demi masa depan generasi akan datang. Lantas saya memainkan peranan untuk menyebarkan kesedaran dan mengutip dana yang diperlukan untuk masa depan kanak-kanak yang miskin dan daif di sana. Saya menyeru orang ramai untuk menyokong misi kami untuk mengubah kehidupan mereka,” tutur wanita yang dilahirkan di Kota London ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Suami Saya Bukan Muda Lagi,” luah isteri Datuk Azizulhasni Awang selepas jaguh berbasikal negara itu merangkul emas keirin di Piala Dunia Trek Perth pada usia 38 tahun.