Datuk Aaron Aziz dan Datin Diyana Halik antara pasangan selebriti tanah air yang tidak pernah terlepas daripada perhatian peminat industri seni. Bukan hanya kerana bakat yang dimiliki aktor tersebut, bahkan keserasian suami isteri ini melayari bahtera perkahwinan tanpa kontroversi membuatkan mereka dilihat sebagai pasangan romantis dan sepadan.

Awal Ogos lalu genap 22 tahun Datuk Aaron dan Datin Diyana bergelar suami isteri. Satu tempoh yang cukup panjang dan pastinya pelbagai kisah suka duka dilalui mereka namun semuanya tersimpan kemas dalam diri pasangan ini tanpa perlu menjaja kisah peribadi.

Artikel https://www.nona.my/anak-sulung-cecah-usia-29-tahun-datin-arianie-titip-doa-buat-anak-kejelitaan-isteri-dato-hattan-usia-53-ini-raih-tumpuan/

Datin Diyana Halik Syukur Rumah Tangga Bahagia

22 Tahun Bahagia Jadi Isteri & Tulang Belakang Datuk Aaron Aziz, Jiwa Kental Usahawan Berjaya Datin Diyana Halik Cetus Inspirasi! 22 Tahun Bahagia Jadi Isteri & Tulang Belakang Datuk Aaron Aziz, Jiwa Kental Usahawan Berjaya Datin Diyana Halik Cetus Inspirasi!

22 Tahun Bahagia Jadi Isteri & Tulang Belakang Datuk Aaron Aziz, Jiwa Kental Usahawan Berjaya Datin Diyana Halik Cetus Inspirasi!

22 Tahun Bahagia Jadi Isteri & Tulang Belakang Datuk Aaron Aziz, Jiwa Kental Usahawan Berjaya Datin Diyana Halik Cetus Inspirasi!

Bersempena ulang tahun perkahwinan tersebut, Datin Diyana Halik yang merupakan usahawan tudung dan produk muslimah tidak ketinggalan menitipkan ucapan istimewa buat suami tercinta.

“MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulilah. Dear Dar, this world will fade. The stars will one day fall. But our love and marriage that we built on prayers, mistakes, stumbles, patience, and purpose is our journey and test to Jannah.

I pray and hope that God will grant us mercy and reunite us in Jannah, and I pray and hope that we will appreciate each other more, make full use of whatever time that we have. Time that was never guaranteed, time that was never promised.

Ads

May Allah SWT make me comfort to your eyes and warm for your heart and may you say you are happy and pleased with me when the time arises, for my Jannah.

Alhamdulilah for the 22 years, my amanah and my blessing. Alhamdulilah terima kasih for all your love and sacrifices that I can never repay and may those ihsan be the ticket to your Jannah. Ameen. Love you, Aaron Aziz.”

22 Tahun Bahagia Jadi Isteri & Tulang Belakang Datuk Aaron Aziz, Jiwa Kental Usahawan Berjaya Datin Diyana Halik Cetus Inspirasi! 22 Tahun Bahagia Jadi Isteri & Tulang Belakang Datuk Aaron Aziz, Jiwa Kental Usahawan Berjaya Datin Diyana Halik Cetus Inspirasi!

Dalam temu bual bersama Nona satu ketika dulu, Datin Diyana mendedahkan sebelum mengenali dan berkahwin dengan pelakon filem KL Gangster itu, dia pernah ditugaskan menjaga bahagian mekap dan pakaian para pelakon ketika bertugas dengan sebuah syarikat produksi.

Kini, selain mengendalikan empayar perniagaan sendiri dia juga merupakan pengurus peribadi Datuk Aaron.

Ads

Datin Diyana Halik Urus Karier Suami

“Saya menguruskan karier Aaron sudah lebih 16 tahun semenjak berkahwin dengan beliau. Sebelum kahwin, saya bekerja dalam industri yang sama iaitu sebagai asistant producer. Dalam masa sama saya juga pernah buat mekap dan jaga bahagian wardrobe.

Pekerjaan saya ketika itu lebih kepada kerja di sebalik tabir. Dari situ jugalah saya bertemu Aaron. Selepas dua tahun mengenali satu sama lain, kami membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga dan sejak itu saya menjadi pengurus sepenuh masanya hingga ke hari ini.”

22 Tahun Bahagia Jadi Isteri & Tulang Belakang Datuk Aaron Aziz, Jiwa Kental Usahawan Berjaya Datin Diyana Halik Cetus Inspirasi! 22 Tahun Bahagia Jadi Isteri & Tulang Belakang Datuk Aaron Aziz, Jiwa Kental Usahawan Berjaya Datin Diyana Halik Cetus Inspirasi! 22 Tahun Bahagia Jadi Isteri & Tulang Belakang Datuk Aaron Aziz, Jiwa Kental Usahawan Berjaya Datin Diyana Halik Cetus Inspirasi!

Suri hati Datuk Aaron ini kemudian berkecimpung dalam dunia perniagaan pada tahun 2014. Tahun ini masuk tahun ke-11, label Diyana Halik kekal bertahan di pasaran. Tidak hanya di pasaran Malaysia tetapi juga di negara kelahirannya iaitu Singapura.

Bermula dengan menjual pelbagai jenis tudung seperti selendang, square dan instant, kini Diyana Halik mempunyai rangkaian busana seperti Baju Kebarung, dress, Abaya dan kaftan.

Ads

Terbaharu, Datin Diyana dan Datuk Aaron ‘terbang’ ke Chicago untuk menemani anak lelaki mereka iaitu Danish Anaqi menyambung pengajian di sana. Untung Danish, ada ibu bapa yang penyayang dan prihatin membantu keperluan anak agar selesa belajar di negara asing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diyana Halik (@diyanahalik)

22 Tahun Bahagia Jadi Isteri & Tulang Belakang Datuk Aaron Aziz, Jiwa Kental Usahawan Berjaya Datin Diyana Halik Cetus Inspirasi! 22 Tahun Bahagia Jadi Isteri & Tulang Belakang Datuk Aaron Aziz, Jiwa Kental Usahawan Berjaya Datin Diyana Halik Cetus Inspirasi!

Datin Diyana Halik mendirikan rumah tangga dengan Dato’ Aaron Mustapha Aziz pada 3 Ogos 2003. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki dan dua anak perempuan iaitu Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.

Kalau berjalan jauh di negara orang, sesuai pakai kasut macam ini. Baru selesa hendak bergerak. Klik sini. 

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads