‘Macam baru semalam jumpa, hari ni dia dah tiada’
Bayangkan bagaimana jika kata-kata yang sama kita ucapkan, esok menjadi kata-kata yang diucapkan ke atas kematian kita?
Begitulah rahsianya soal ajal dan maut manusia. Bila saatnya, dimana atau bagaimana cara kematian seseorang adalah bahagian dari amalan mereka di dunia yang dirahsiakan oleh Sang Maha Pencipta.
Sekadar contoh mudah, bayangkan tiba-tiba kita disahkan positif COVID-19 dan harus berpisah terus dengan ahli keluarga. Sekelip mata diisolasi, dan tanpa sempat menulis wasiat, nyawa kita dijemput Ilahi. Apa yang bakal berlaku pada ahli keluarga dan harta-benda yang ditinggalkan?
Boleh jadi juga kita menghidap kanser atau menjadi mangsa kemalangan langgar lari. Sempat ke kita tinggalkan pusaka yang bermanfaat untuk ahli waris selepas dunia ini ditinggalkan? Apa yang dapat kita tinggalkan sebagai legasi kita, amal pahala atau sesuatu yang bermanfaat untuk orang lain?
Jangan sampai kerana hidup tak merancang pusaka, harta itu menjadi puaka kepada ahli waris. Demi masa depan dan keselamatan kewangan anda serta yang tersayang, masih belum terlambat untuk membina legasi seawal hari ini. Boleh cuba ikut 3 cara mudah di bawah sebagai bekalan menuju kampung abadi.
1. Hibahkan Harta
Bagi mengatasi masalah perebutan harta dan berlaku adil kepada pewaris, Islam menetapkan hukum faraid kalau si mati tak sempat meninggalkan wasiat. Ini penting sebab isteri dan anak-anak akan kehilangan hak dan tempat bergantung apabila suami atau bapa mereka meninggal dunia.
Hukum faraid tu pula akan lebih berat ke arah lelaki sebab lelaki diamanahkan untuk menjaga ibu dan saudara perempuan mereka.
Tapi, mungkin ada yang nak membantu orang lain contohnya adik-beradik atau sesiapa saja selepas dia meninggal dunia. Dan disebabkan itu jugalah Islam memperkenalkan pemberian terancang melalui hibah dan infaq.
Jadi golongan manakah yang digalakkan untuk membuat hibah? Antaranya termasuklah pasangan yang tidak mempunyai waris (anak), mempunyai anak perempuan sahaja, individu yang belum berkahwin atau berpoligami, ahli perniagaan mahupun individu yang ingin memberikan hartanya kepada sesiapa sahaja.
Hibah bermaksud pemberian harta secara suka rela dan niat ingin membantu kepada sesiapa yang dikehendaki sewaktu masih hidup, dan tanpa mengharapkan sebarang bentuk balasan. Jenis-jenis harta yang boleh dihibahkan ialah harta alih seperti wang tunai, barang kemas dan harta tak alih seperti rumah, tanah dan seumpamanya.
Hibah ni penting bagi mereka yang tak mempunyai waris faraid lelaki sebagai pendinding. Apabila hibah dah diberikan, maknanya harta tersebut takkan dikira sebagai harta pusaka yang akan diagihkan kepada waris, mengikut hukum faraid. Jadi jika si suami dah menghibahkan sejumlah wang, rumah atau harta lain kepada isteri dan anak-anaknya, maka ia tak boleh direbut sesiapa, apatah lagi dimasukkan dalam pengiraan faraid.
2. Jangan Tinggalkan Hutang
Berusaha untuk tidak membebankan pewaris anda dengan hutang-piutang yang belum dilangsaikan. Apabila seseorang meninggal dunia, segala aset yang dimiliki akan menjadi cagaran membayar hutang, jadi semakin banyak hutang yang ada maka semakin berkuranglah aset anda untuk diwariskan.
Misalnya anda mempunyai wang simpanan sebanyak RM150,000 tetapi masih berhutang pinjaman rumah RM100,000 dengan bank. Apabila meninggal dunia, wang tersebut akan digunakan oleh bank untuk menyelesaikan hutang rumah. Akhirnya keluarga anda hanya menerima RM50,000 sahaja daripada jumlah keseluruhan simpanan.
3. Beramal Untuk Masyarakat
Legasi yang baik bukan sekadar untuk keluarga semata-mata. Hulurkan bantuan semampunya dengan menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik dan selamat untuk didiami. Islam juga amat menggalakkan umatnya untuk bersedekah, jadi jika berkemampuan, apa salahnya jika kita biarkan pahala terus mengalir dengan menyumbang di saluran yang betul seperti kepada badan kebajikan atau NGO yang memerlukan.
Bersifat pemurah bukan sikap orang kaya semata-mata, tapi aspirasi yang boleh dilakukan oleh sesiapa pun. Jika boleh, infaqkan sebahagian harta anda kepada golongan yang lebih memerlukan tetapi harus diingatkan terutamanya kepada ketua keluarga, sebaik-baik infaq adalah apabila nafkah kepada anak isteri sudah dilunaskan terlebih dahulu.
Bagi membina legasi yang baik, mula-mula sekali anda harus menyediakan tapak asas yang kukuh. Menyertai pelan Takaful adalah salah satu cara termudah untuk mencapai tujuan ini, lebih-lebih lagi ketika berdepan situasi-situasi yang tidak terjangka seperti kematian atau kemalangan yang mengakibatkan hilang upaya secara menyeluruh.
Ketiga-tiga cara tersebut sebenarnya boleh disempurnakan dan dikecapi melalui pelan takaful keluarga A-Life Legasi daripada AIA PUBLIC Takaful yang dapat membantu memastikan masa depan orang tersayang dilindungi melalui pengurusan legasi yang baik.
A-Life Legasi adalah pelan patuh syariah yang bukan sahaja dapat melindungi dan mempertingkatkan simpanan malah memberi peluang kepada pelanggan untuk menyumbang kepada komuniti dengan berkongsi legasi yang dibina. Secara asasnya pelan ini memberi perlindungan terhadap kematian akibat kemalangan atau kematian semasa mengerjakan Haji atau Umrah termasuk Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK).
Hibahkan sehingga 6 kali ganda jumlah dilindungi kepada yang tersayang
Istimewanya pelan ini adalah ia juga bertindak sebagai salah satu kaedah pengurusan harta buat pelanggan di mana ia menawarkan nilai perlindungan yang tinggi dengan jumlah perlindungan minimum sebanyak RM350,000 dan membayar sehingga 600% daripada jumlah yang dilindungi dalam bentuk hibah kepada orang yang tersayang.
Pelanggan juga boleh mendapatkan perlindungan sehingga RM4 juta tanpa perlu menjalani sebarang pemeriksaan kesihatan. Fungsi hibah melalui pelan takaful ini jugalah yang menjadi legasi yang boleh diwarisi terutamanya oleh pasangan dan anak-anak, supaya masa depan mereka juga lebih terjamin.
Terima ganjaran setiap 2 tahun
Antara ciri unik pelan ini adalah Akaun Legasi yang dapat membantu meningkatkan simpanan dengan memberikan ganjaran berterusan apabila pelanggan mengamalkan tabiat pengurusan kewangan yang baik dan apabila mencapai sesuatu peringkat kehidupan yang penting.
Sebagai contoh jika pelanggan membuat caruman dalam tempoh yang ditetapkan, sejumlah amaun akan dikreditkan ke dalam Akaun Legasi setiap dua (2) tahun, pada tahun ke-20 dan pada tempoh matang sijil. Di samping itu, sekiranya pelanggan berkahwin, menimang cahaya mata, bersara atau mencapai peringkat kehidupan lain, sehingga 50% daripada jumlah Akaun Legasi yang terkumpul akan dibayar kepada mereka. Siapa nak tambah duit dalam akaun kita, ye tak?
Infaqkan faedah takaful kepada badan amal
Bukan setakat itu sahaja, apa yang membezakan A-Life Legasi daripada pelan lain di pasaran adalah unsur amal rider (faedah tambahan) A-Plus Infaq yang pertama seumpamanya. A-Plus Infaq direka sebagai sebahagian daripada ciri produk yang memberikan kemudahan kepada para pelanggan untuk mengagihkan legasi mereka tanpa perlu mendapatkan bantuan pihak luar.
Dalam erti kata lain, pelanggan disediakan saluran untuk menderma kepada badan amal pilihan mereka dengan lebih mudah melalui kaedah yang lebih mampan walaupun mereka sudah tiada.
Ini bermakna, jika berlaku kematian, amaun perlindungan rider akan disalurkan kepada badan amal pilihan atau boleh memilih untuk menginfaqkan jumlah tersebut kepada rakan amal rider berkenaan iaitu Mercy Malaysia atau Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).
Bertindak dari awal mampu membawa perubahan besar untuk masa depan keluarga anda. Rancang kewangan sebijak mungkin dan hibahkan harta untuk orang tersayang. Apa yang penting, kita perlu usaha dulu baru tawakal. Kalau bukan kita yang jaga keluarga, siapa lagi, kan?
Pelan A-Life Legasi tersedia untuk individu yang berumur antara 14 hari dan 70 tahun yang turut menawarkan pelbagai terma perlindungan dan caruman yang bersesuaian dengan keperluan anda.
Untuk maklumat lanjut mengenai A-Life Legasi dan A-Plus Infaq serta penyelesaian dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh AIA PUBLIC Takaful, sila layari www.aia.com.my.