Sejak kebelakangan ini, trend menyertai maraton atau acara larian di kalangan wanita semakin meningkat. Rasa teruja berlari, apatah lagi jika memenangi perlumbaan pasti membakar semangat kita untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
Nah, tiada yang negatif tentang hobi ini. Kecuali jika anda berlatih berlari atau berjoging seorang diri.
Tiga kes di bawah merupakan antara kejadian yang menakutkan dan mengancam keselamatan wanita yang gemar berjoging. Jadikan ia satu peringatan agar lebih berhati-hati jika berhasrat mahu bersukan seorang diri!
Kes 1
November lalu, pembunuhan Alexia Daval, 29, dari Timur Perancis meningkatkan ketakutan ramai wanita yang mempunyai hobi serupa. Pekerja bank ini hilang selepas berjoging seorang diri pada pagi Sabtu berdekatan rumahnya di Gray-la-Ville, Dijon. Mayat ditemui pada hari Isnin di sebuah hutan dalam keadaan separuh tubuhnya hangus terbakar.
Kes 2
Mayat seorang eksekutif Google bernama Vanessa Marcotte, 27, ditemui dibunuh dengan kejam berdekatan kediaman ibu bapanya di Princeton, pada Ogos 2016. Vanessa meninggalkan rumah untuk berjoging, sebelum dijumpai dalam keadaan telanjang dan dibakar. Pembunuh Vanessa berjaya diberkas April lalu, sekaligus meredakan ketakutan penduduk bandar itu.
Ads
Kes 3
Karina Vetrano, 30, dilaporkan berjoging seorang diri di Taman Spring Creek, New York. Kejadian pada Ogos 2016 itu menyaksikan mangsa dilihat kali terakhir pada jam 5 petang sebelum dia gagal dihubungi oleh keluarga. Selain serangan seksual, siasatan turut mendapati kepala mangsa dihentak dengan batu dan dicekik sampai mati. Mayat dijumpai sendiri oleh bapanya pada pukul 11 malam.
Ads
10 Panduan Keselamatan Untuk Pelari Wanita
(1) Tahu laluan joging anda dan maklumkan laluan ini pada seseorang. Nyatakan juga pukul berapa anda dijangka akan sampai.
(2) Jangan mengikut arus. Pastikan anda berjoging mengikut lawan arah trafik lalu lintas.
(3) Bawa sedikit wang tunai dan selitkan di dalam saku, kasut atau stoking.
Ads
(4) Bawa kad pengenalan diri atau lesen memandu jika berlaku kecemasan/kemalangan.
(5) Bawa telefon bimbit yang dicas penuh.
(6) Sentiasa alert dengan persekitaran. Elakkan kawasan sesak dan sentiasa buat eye contact dengan pemandu kereta atau orang yang lalu lalang.
(7) Berjoging di kawasan yang selamat atau menjadi tumpuan berjoging. Ini juga memudahkan anda mendapat bantuan jika kaki terseliuh atau berlaku kecederaan.
(8) Jangan berlari di laluan yang sama. Selalu tukar laluan supaya anda tidak menjadi sasaran penjenayah.
(9) Rendahkan bunyi muzik atau jangan dengar muzik langsung. Dengan cara ini anda dapat meneka sebarang kejadian tak diingini dengan lebih cepat.
(10) Pakai sesuatu yang tajam sebagai alat pertahanan diri. Contohnya ikat kunci pada gelang tangan, cincin besi atau sebagainya. Boleh juga bawa pepper spray. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebaik sahaja kerajaan memberi kebenaran rentas negeri, ramai yang mengambil peluang tersebut untuk bercuti bersama keluarga. Tidak kira selebriti mahupun orang biasa, semua memanfaatkan masa terluang di samping yang tersayang selepas hampir dua tahun tidak dibenarkan ke melancong dalam dan luar negara disebabkan pandemik Covid-19.
Baru-baru ini, selebriti yang juga usahawan Bubblebee Shuib Sepahtu tidak ketinggalan membawa anak-anak ‘makan angin’ ke Pulau Langkawi. Melalui perkongsian di laman maya, jelas kelihatan wajah bahagia Shuib sekeluarga. Iyalah, dah lama terperap di rumah.
Antara lokasi yang dilawati Shuib dan anak-anak termasuk di Langkawi Skybridge Cable Car. Selain membawa mereka menikmati pelayaran di pulau lagenda tersebut. Meskipun masing-masing teruja namun ada ketika kelihatan sisi muram si anak.
Barangkali mengenangkan arwah ibu tersayang yang tidak lagi bersama mereka untuk percutian kali ini dan seterusnya.
Salah satu momen yang pastinya menyentuh emosi peminat adalah apabila anak ketiga Siti Sarah dan Shuib, Ariq Matin. Dalam video yang dimuat naik di Instagram arwah Siti Sarah itu, kelihatan Matin membawa tudung ibunya bersama. Sehingga kini video berkenaan meraih hampir 400 ribu tontonan.
Malah, kapsyen yang dikongsikan juga mengundang sebak dalam kalangan pengikut arwah Siti Sarah. “Nak berjalan pun bawa tudung ibu. Alahai Ariq Matin anak manja ibu ni, sekarang dah besar dah jadi abang, pandai jaga adik dah. Asyik heret je tudung arwah ibu ni, sepatutnya launch bulan 8 tapi tak berkesempatan.”
Siti Sarah Raisuddin kembali ke rahmatullah pada 9 Ogos lalu selepas bertarung nyawa akibat jangkitan Covid-19. Arwah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada 6 Ogos, arwah selamat melahirkan bayi lelaki yang juga anak keempat diberi nama Ayash Affan.
Shuib dan Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 2011. Mereka kemudian dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10 tahun, Dzahira Talita Zahra, 8 tahun dan Ariq Matin, 6 tahun.
UwaisTalitaMatin
Hari ini, tudung keluaran arwah di bawah jenama Loveta edisi terhad yang selama ini tertunda akhirnya dilancarkan. Edisi kali ini dinamakan sebagai Kenangan.
“Tudung ini sepatutnya Loveta akan launch pada bulan Ogos 2021 setelah mengambil masa selama setahun menyimpan design ni di atas sebab-sebab tertentu. Disangkan Ogos 2021 ialah bulan terbaik untuk melancarkan design ini, akan tetapi perancangan Tuhan jauh lebih hebat.
Design ni hasil karyanya, warna kegemarannya, pilihan terbaik dari hatinya. Oleh itu terciptalah… Kenangan.”
Semoga Shuib terus tabah menghadapi hari-hari mendatang di samping anak-anak.
Kredit: Instagram Siti Sarah & Shuib Sepahtu
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kesungguhan Datuk Dira Abu Zahar meluangkan masa untuk beramah mesra dengan masyarakat setempat walau pun ketika sibuk wajar diberi pujian. Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Rim di Melaka, pastinya dia perlu peka dengan aktiviti serta masalah yang dihadapi penduduk.
Ternyata, Datuk Dira mengambil serius setiap keluhan dan pelawaan masyakarat di kawasan berkenaan sejak dia memenangi PRU ke-15 yang lalu.
Kalau dulu nama Dira Abu Zahar sinonim dalam industri seni sebagai pelakon dan pengarah. Namun kini pemilik nama Datuk Khaidirah Dato’ Seri Abu Zahar ini makin dikenali selaku ahli politik.
Meskipun tidak lagi mewarnai dunia seni, penampilan Datuk Dira sentiasa menjadi perhatian peminat. Dia juga makin rancak merencana usaha membangunkan kawasan Rim.
24 Ogos lalu bersempena Sambutan Hari Jadi Ke-74 Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Datuk Dira menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran di Seri Negeri, Melaka.
Lengkap berpakaian rasmi, Datuk Dira turut ditemani suami tercinta, Syfik Idzywan Sidek yang berbaju Melayu hitam. Apa yang menarik perhatian ialah kesederhanaan Datuk Dira yang mesra melayan semua orang termasuklah kakitangan di Seri Negeri.
“Sebelum bermulanya sesi 2 Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat TYT, sempat bertegur sapa dengan kakitangan di Seri Negeri yang gigih berkerja pada hari minggu.
Mereka inilah antara sistem sokongan dalam membantu pemimpin kerajaan negeri untuk mentadbir dengan baik. Terima Kasih Kakak & Abang atas semangat anda. Kebetulan pula salah seorangnya menetap di dalam Dun saya.”
Bukan itu saja, ADUN ini juga bergegas menghadiri beberapa majlis perkahwinan. Terbaik YB!
“Usai urusan di Seri Negeri, saya berkesempatan untuk hadir ke Majlis Perkahwinan anak kepada Ir. Hj Kalam Mohd Nor, Jurutera Daerah JKR Jasin di Bukit Baru Ayer Melaka. Selepas itu, saya terus ke Majlis Perkahwinan dua pengantin di Seri Kesang. Tahniah Encik Isam Osman dan Puan Kasmah Wati, dapat dua menantu sekaligus ya.”
Pernah menjadi penghias cover digital Nona tahun lalu, Datuk Dira dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam pada tahun 2020.
Penglibatan Datuk Dira dalam dunia politik nyata mengikut jejak langkah Allahyarham bapanya iaitu Dato’ Seri Abu Zahar Ithnin yang pernah menjadi Ketua Menteri Melaka kelapan.
Datuk Dira mendirikan rumah tangga dengan Syfik Idzywan Sidek pada 21 Jun 2020. Dia kini bahagia menggalas tugas sebagai ibu kepada lima cahaya mata iaitu Tengku Anggun Deandra, Waris Iskandar, dan tiga orang anak suaminya hasil perkahwinan terdahulu.
Khusus buat penggemar jenama dUCk , ini merupakan peluang anda menambahkan koleksi kegemaran anda bukan sahaja dalam bentuk fesyen, malah kini ia bakal menjadi kegilaan dengan kolaborasi bersama Starbucks!
Bermula 27 September 2022 sehingga stok masih ada, dUCk dengan kerjasama Starbucks Malaysia telah hadir dengan koleksi fesyen baharu edisi terhad kepada umum yang dikenali sebagai dUCk + Starbucks Blooming Collection.
“Selepas rumah dan pejabat, Starbucks adalah rumah ketiga saya! Jenama Starbucks telah banyak memberi inspirasi kepada saya dan kolaborasi ini sememangnya amat bermakna buat The dUCk Group,” ujar Datin Vivy Yusof, usahawan dan pengasas bersama The dUCk Group.
Membawakan item-item harian yang dekat dengan pelanggan seperti selendang, beg tote, bekas air dan juga termos, koleksi kerjasama antara dua jenama ini hadir dengan tema warna ungu yang merupakan warna ikonik untuk The dUCk Group.
Manakala dari segi rekaan pula, ia menampilkan ilustrasi yang menggabungkan beberapa jenis bunga seperti bunga raya, orkid, ros dan banyak lagi.
Selain daripada koleksi fesyen, kolaborasi dUCk + Starbucks turut memperkenalkan kad edisi terhad dengan nilai pengaktifan kad minimum RM100 bagi setiap satu kad. Manakala setiap produk yang ditawarkan bermula dari RM95 ke atas. Jadi, jangan lepas peluang memiliki koleksi terhad ini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.