3 Kes Pembunuhan Kejam Melibatkan Wanita Berjoging Yang Amat Mengejutkan!

Sejak kebelakangan ini, trend menyertai maraton atau acara larian di kalangan wanita semakin meningkat. Rasa teruja berlari, apatah lagi jika memenangi perlumbaan pasti membakar semangat kita untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Nah, tiada yang negatif tentang hobi ini. Kecuali jika anda berlatih berlari atau berjoging seorang diri.

Tiga kes di bawah merupakan antara kejadian yang menakutkan dan mengancam keselamatan wanita yang gemar berjoging. Jadikan ia satu peringatan agar lebih berhati-hati jika berhasrat mahu bersukan seorang diri!

Kes 1

November lalu, pembunuhan Alexia Daval, 29, dari Timur Perancis meningkatkan ketakutan ramai wanita yang mempunyai hobi serupa. Pekerja bank ini hilang selepas berjoging seorang diri pada pagi Sabtu berdekatan rumahnya di Gray-la-Ville, Dijon. Mayat ditemui pada hari Isnin di sebuah hutan dalam keadaan separuh tubuhnya hangus terbakar.

Kes 2

Mayat seorang eksekutif Google bernama Vanessa Marcotte, 27, ditemui dibunuh dengan kejam berdekatan kediaman ibu bapanya di Princeton, pada Ogos 2016. Vanessa meninggalkan rumah untuk berjoging, sebelum dijumpai dalam keadaan telanjang dan dibakar. Pembunuh Vanessa berjaya diberkas April lalu, sekaligus meredakan ketakutan penduduk bandar itu.

Kes 3

Karina Vetrano, 30, dilaporkan berjoging seorang diri di Taman Spring Creek, New York. Kejadian pada Ogos 2016 itu menyaksikan mangsa dilihat kali terakhir pada jam 5 petang sebelum dia gagal dihubungi oleh keluarga. Selain serangan seksual, siasatan turut mendapati kepala mangsa dihentak dengan batu dan dicekik sampai mati. Mayat dijumpai sendiri oleh bapanya pada pukul 11 malam.

10 Panduan Keselamatan Untuk Pelari Wanita

(1) Tahu laluan joging anda dan maklumkan laluan ini pada seseorang. Nyatakan juga pukul berapa anda dijangka akan sampai.

(2) Jangan mengikut arus. Pastikan anda berjoging mengikut lawan arah trafik lalu lintas.

(3) Bawa sedikit wang tunai dan selitkan di dalam saku, kasut atau stoking.

(4) Bawa kad pengenalan diri atau lesen memandu jika berlaku kecemasan/kemalangan.

(5) Bawa telefon bimbit yang dicas penuh.

(6) Sentiasa alert dengan persekitaran. Elakkan kawasan sesak dan sentiasa buat eye contact dengan pemandu kereta atau orang yang lalu lalang.

(7) Berjoging di kawasan yang selamat atau menjadi tumpuan berjoging. Ini juga memudahkan anda mendapat bantuan jika kaki terseliuh atau berlaku kecederaan.

(8) Jangan berlari di laluan yang sama. Selalu tukar laluan supaya anda tidak menjadi sasaran penjenayah.

(9) Rendahkan bunyi muzik atau jangan dengar muzik langsung. Dengan cara ini anda dapat meneka sebarang kejadian tak diingini dengan lebih cepat.

(10) Pakai sesuatu yang tajam sebagai alat pertahanan diri. Contohnya ikat kunci pada gelang tangan, cincin besi atau sebagainya. Boleh juga bawa pepper sprayNorzalina Mohd Alias

IKLAN
Share