Seperti yang kita tahu, rata-rata wanita Indonesia sinonim dengan penjagaan kecantikan semula jadi. Antaranya amalan pemakanan jamu untuk penjagaan luaran serta dalaman.
Yuni Shara bersama adiknya,Krisdayanti yang sama cantik. Macam kembar!
Yuni Shara serta adiknya yang merupakan diva pop Indonesia, Krisdayanti memiliki raut wajah yang cantik dan seakan-akan sama. Tak sekadar cantik, kedua-duanya tak kalah dalam berfesyen!
Apa yang menariknya tentang pelantun lagu ’50 Tahun Lagi’ ini, ialah biarpun usianya baru menginjak 50 tahun pada Jun lalu tetapi Yuni Shara sering tampil elegan dan gemar berkongsi OOTD di Instagram. Bukan saja penampilan, Yuni Shara juga amat menitikberatkan soal kecantikan.
Menurut ibu anak dua ini, semua wanita dilahirkan cantik dan memiliki kecantikan tersendiri.
Ads
Yuni Shara bersama dua anak lelakinya.
Bagi Yuni Shara, faktor kerjaya turut mempengaruhi agar sentiasa menjaga penampilan diri. Salah satu gaya Yuni Shara yang sering menjadi perhatian ialah gaya kasualnya yang ringkas tapi stylish. Contohnya, padanan celana ripped jeans yang menyerlahkan ‘sisi muda’ Yuni Shara.
PETUA DAUN LIDAH BUAYA
Salah satu rahsia awet muda Yuni Shara ialah menjadikan daun lidah buaya sebagai masker. Seperti kita tahu lendir daun lidah buaya mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kulit wajah. Salah satu kebaikannya membantu melambatkan proses penuaan.
Menurutnya, masker daun lidah buaya dapat mencegah kedutan termasuk jerawat jika diamalkan secara konsisten. Selain digunakan sebagai masker, Yuni Shara turut memakan isinya pada setiap pagi yang dicampur bersama madu.
Ads
RAJIN BERSENAM
Satu lagi rahsia wanita jelita ini ialah tak pernah meninggalkan rutin senamannya setiap hari antaranya yoga dan pilates. Namun sejak pernah mengalami kecederaan, Yuni Shara kini hanya melakukan senaman ringan seperti push up, sit up dan plank.
Yuni Shara turut berpesan kepada wanita-wanita di luar sana agar mengubah mindset tentang senaman.
Ads
“Ubah mindset, senaman bukan semata-mata untuk kurus atau awet muda tetapi untuk sihat,” kongsi Yuni Shara atau nama sebenarnya Wahyu Setyaning Budi.
BERFIKIRAN POSITIF
Bagi Yuni Shara, untuk nampak awet muda bukan hanya bergantung kepada amalan petua saja. Berfikiran positif dan saling memberi motivasi juga salah satu rahsianya. Hal yang kecil tetapi besar manfaat dan ganjarannya bukan saja buat followers bahkan dirinya sendiri.
Justeru, Yuni Shara sering berkongsi content yang positif termasuk kata-kata motivasi di Instagramnya.
Kredit Foto: Instagram @yunishara36
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suatu ketika dahulu, berita kematian pelakon legenda Bollywood Sridevi mengejutkan dunia. Manakan tidaknya, kematianya masih diselebungi misteri selepas beliau disahkan mati akibat lemas di dalam tab mandi biliknya hotelnya di Dubai sewaktu menghadiri perkahwinan anak saudaranya di sana.
Sridevi yang maut pada 24 Februari 2018 meninggalkan suaminya, Boney Kapoor dan dua anak perempuan yang sudah meningkat dewasa, iaitu Janhvi Kapoor dan adiknya Khushi Kapoor terus menjadi perhatian lensa media dek kejelitaan mereka yang dikatakan mewarisi paras jelita mendiang pelakon legenda tersebut.
Menjadi buruan paparazzi yang sentiasa mahu merakam gerak geri mereka, lebih-lebih lagi Janhvi yang wajahnya saling tak tumpah dengan ibu tercinta mereka yang suatu ketika dahulu pernah dinobatkan antara wanita paling cantik di dunia. Jadi tak hairanlah Janhvi mengikut jejak langkah ibunya menceburi bidang lakonan.
Mengikuti jejak langkah ibu dan bapanya, Janhvi yang kini berusia 26 tahun tampil menerusi debut pertama berjudul Dhadak bersama Ishaan Khattar pada Julai 2018. Namun kemunculan Jahnvi diragui dan dipersenda memandangkan dia adalah anak kepada pelakon legenda terkenal, seterusnya menyebabkan kehadiranya dalam bidang lakonan dikritik dan dipersoal, walaupun memperoleh Anugerah Zee Cine untuk Penampilan Sulung Wanita Terbaik.
Namun tidak bersandarkan rupa paras menawan semata-mata, Janhvi sememangnya memiliki darah seni yang mengalir dan giat membuktikan dirinya layak berada dalam industri, apatah lagi Janhvi terlebih dahulu mendapatkan kemahiran lakonan di Institut Lee Strasberg Theatre & Film, Los Angeles. Dan selepas itu, Janhvi mula meraih perhatian penerbit dan pengarah filem Bollywood dan ditawarkan beberapa buah naskah habat; antaranya Gunjan Saxena, Dostana 2, dan Mili.
Menurut sumber, Janhvi Kapoor juga sememangnya seorang yang mementingkan kecantikan dan penampilan diri. Melihat pada kondisi kulit wajahnya yang mulus dan bersih, dia sentiasa mahu wajahnya segar dan bernafas, serta mengekalkan kulit yang sihat iaitu dengan mengamalkan diet buah-buahan. Apa sahaja sisa (buah-buahan) yang dimakan ketika sarapan, akan ditukarkan menjadi masker wajah.
Selain kulit, Jahnvi juga sangat ‘particular’ dengan rambutnya. Bagi mengekalkan alunan rambut yang lebat dan bersinar, Jahnvi mengamalkan petua membuat minyak di rumah dengan bahan-bahan seperti bunga kering dan amla. Betullah kata orang, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi bukan!
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, Faezah Elai antara pelakon wanita cantik tanah air. Makin terserlah keanggunan yang dimiliki sejak mengenakan hijab, aktres berbakat besar ini kelihatan awet muda walaupun sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata.
Mula mewarnai industri seni sebagai model sekitar tahun 2006, Faezah atau nama sebenarnya Noor Faezah Md Elai bakal berusia 41 tahun pada 16 Ogos depan.
Pelakon kacukan Punjab-Thailand ini memulakan karier seni selepas menyertai pertandingan Dewi Remaja 2005/2006 yang turut bersama Scha Alyahya, Izreen Azminda, Intan Ladyana.
Faezah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Heykal Hanifah pada September 2011. Hasil perkongsian hidup, pasangan iki dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna.
Sejak berkahwin, tumpuannya lebih kepada anak-anak dan keluarga. Malah menerusi pendedahan sebelum ini kepada media, Faezah mengakui bahawa dia seorang ibu yang tegas dalam mendidik anak-anak dan tidak kisah dilabel ibu garang.
Iyalah, ibu mana tak sayang anak! Pastinya di sebalik sifat garang tersebut, tersimpan segunung rasa sayang terhadap anak yang dikandung.
Kian bahagia melayari rutin sebagai ibu, aktres ini pada 6 Februari lalu menitipkan ucapan istimewa buat puteri sulung sempena ulang tahun kelahiran ke-10, Dealova.
Syukur atas anugerah terindah dan penyeri rumah tangga itu, “To the one who made me a mom. 10 years ago on the 6th February 2013, I gave birth to my first child Dealova Heyrinna Heykal. How time flies.
From the moment I became a mother, my purpose has been to love and protect my baby girl with everything I have.”
Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni, pelbagai drama, telefilem dan filem dibintangi Faezah termasuklah Sutera Maya, Anak Mamak Menantu Mami, KL Zombi dan Tanda Putera.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon jelita Mikha Tambayong yang terkenal menerusi sinetron Aishiteru akhirnya berkongsi khabar gembira sudah bergelar isteri kepada kekasihnya, Deva Mahenra pada Sabtu lalu. Pasangan itu berkahwin dalam sebuah majlis yang diadakan di Bali, Indonesia sabtu lepas.
Menerusi perkongsian dalam Instagram, Mikha memberitahu dia mengayakan gaun pernikahan mendiang ibunya iaitu gaun putih pada hari bersejarah itu. “Hari ini saya berkahwin dengan kawan baik saya dengan memakai baju perkahwinan ibu,” tulisnya pada kapsyen. Pelakon sinetron Aishiteru itu turut memuat naik foto perkahwinan milik ibunya yang sedang memakai gaun putih berkenaan.
Melihat pada penampilannya yang cukup anggun, rupa-rupanya ini tip diet yang diamalkan Mikha untuk mendapatkan tubuh idaman yang diimpi-impikannya.
Tak makan nasi dah 6 tahun
Tahukah anda, diet diamalkan oleh Mikha Tambayong ialah tidak makan nasi. Dan dilakukan secara konsisten selama 6 tahun. Dalam satu temu bual, Mikha Tambayong berkata, dia memang mengurangkan pengambilan karbohidrat berlebihan kalori dalam badannya terkawal. Kebetulan dia juga tidak menggemari nasi. Sebaliknya, lebih banyak makan kentang.
Tidak pada makanan manis
Selain pengambilan karbohidrat berlebihan, Mikha Tambayong juga mengelak dari pengambilan makanan dan minuman manis. Gula memberi kesan buruk kepada tubuhnya. Mikha berkata, jika dia mengambil lebihan gula, badannya terasa lebih berat terutama ketika bersenam. “Saya suka snek coklat, aiskrim dan lain-lain namun saya perlu berhati-hati dari segi pengambilan kuantitinya agar tidak berlebihan.”
Jus sayur dan buah
Enggan mengambil makanan/minuman manis secara berlebihan, Mikha mengakui memperbanyakkan pengambilan protein. Mikha memproses sayur menjadi jus. “Biasanya saya membuat jus sayuran daripada saderi dan bit. Dan kadang-kadang saya minum jus buah. Saya suka mencampurkan sayuran dan buahan, mungkin agak pelik tetapi tidak apa, asalkan ia menyihatkan!
Sumber: fooddetik.com
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memiliki raut wajah persis ‘barbie’ bermata bundar serta pandai memasak dengan gaya bersahaja itulah keistimewaan dimiliki oleh pempengaruh dan Chef viral dari Lubnan, Abir El Saghir...