3 Tahun Bergelar Isteri TASHA SHILLA Kini Bahagia Bersama Suami & Sepasang Cahaya Mata Comel!

Masha-Allah, tenang dan bahagianya melihat kehidupan terkini pelakon jelita berketurunan Melayu-Jawa, Tasha Shilla.

Sepasang cahaya mata yang sangat comel menjadi pelengkap rumahtangga Tasha dan suami.

Kredit Foto: Instagram Tasha Shilla.
Keluarga bahagia! (Kredit Foto: Instagram Tasha Shilla)

Lihat saja Instagramnya, penuh dengan gambar serta video aktiviti bersama anak-anak dan juga suami.

Setiap perjalanan hidupnya sebagai isteri dan ibu dikongsi di media sosial buat tatapan para peminat serta pengikutnya. Memang terserlah sifat keibuan yang ada pada diri finalis Dewi Remaja 2005/06 ini.

Pada 28 Februari 2023 genaplah usia perkahwinan Tasha dan suaminya, Muhammad Atiq Idris yang ke-3 tahun.

Berikut perkongsian Tasha sempena ulang tahun perkahwinan mereka pada Februari lalu:-

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Raees Zander (2 tahun) dan Nyla Kaadira (1 tahun).

“With a pair of amanah from Allah SWT, we are blessed to take this duty to raise Raees and Nyla as their parents,” tulis Tasha di Instagram.

Tasha Shilla bersama anak sulungnya, Raees Zander. (Kredit Foto: Instagram Tasha Shilla)
Comelnya Nyla Kaadira! Anak ke-2 Tasha Shilla. (Kredit Foto: Instagram Tasha Shilla)

Menyingkap awal perkenalan, Tasha atau penuhnya Natasha Sheila Abdul Razak, 36, mengenali suami hanya dalam tempoh sebulan. Selepas tiga kali berjumpa, mereka memutuskan untuk ke fasa yang lebih serius.

Mereka bertunang pada 23 Februari 2020 dan sah bergelar suami isteri pada 28 Februari 2020. Setelah berkahwin, Tasha mula memperlahankan karier seninya sebagai pelakon kerana mahu memberi perhatian sepenuhnya terhadap rumahtangga.

Pasangan serasi. (Kredit Foto: Instagram Tasha Shilla)

“We only got to know each other in a month.. after the 3rd meet we decided to get married.”

Bagi Tasha, Allah SWT sebaik-baik Perancang. Buktinya, dia kini cukup bahagia menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu yang dianggap amat menakjubkan.

(Kredit Foto: Instagram Tasha Shilla)

“We just put our faith & heart into Allah SWT and believe He is the best of planners. Syukur Alhamdullilah…

“It’s been an amazing journey till now and hope this continues forever till Jannah In shaa Allah.”

(Kredit Foto: Instagram Tasha Shilla)
(Kredit Foto: Instagram Tasha Shilla)

Tasha mengharapkan agar nikmat bahagia bersama suami dan anak-anak kekal sampai ke syurga.

Terdahulu, Tasha Shilla memulakan karier lakonan pada 1999 iaitu sejak usianya 12 tahun. Antara drama lakonannya ialah Spanar Jaya, Tentang Dhia, dan Ratu The Movie.

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

IKLAN
Share