3 Tahun Kahwin, Datuk Latif Romly Kini Bergelar Bapa & Isteri Selamat Bersalin Anak Perempuan!

Datuk Latif Romly dan Datin Nabila kini bergelar ibu bapa! Tiga tahun melayari alam perkahwinan dan menanti-nantikan kehadiran cahaya mata akhirnya impian pasangan romantis ini tertunai dengan kelahiran bayi perempuan pasangan berkenaan pada pertengahan Januari lalu.

Artikel https://www.nona.my/patutlah-makin-berseri-seri-datin-nabila-hamil-anak-sulung-atlet-paralimpik-datuk-latif-bakal-jadi-bapa/

Datuk Latif Romly & Datin Nabila Timang Anak Sulung

Datin Nabila atau nama penuhnya Nurul Nabila Farhana Musaidi memberi ‘hint’ sedang berbadan dua sekitar Oktober 2025 apabila dia memuat naik gambar ketika bercuti bersama Datuk Latif di sebuah pantai peranginan yang jelas menampakkan baby bump!

Lebih menguatkan lagi khabar tersebut apabila dia turut menulis kapsyen ‘Mommy & Daddy’.

Terbaharu, Datuk Abdul Latif Romly berkongsi berita gembira mengenai isteri tercinta yang selamat melahirkan zuriat sulung mereka di media sosial miliknya.

Kongsi atlet paralimpik ini, “Syukur alhamdulillah my wife selamat melahirkan baby girl pada 16/1/2026 jam 11.45 pm di Hospital KPJ Perlis.”

Daripada foto yang dikongsikan tersebut, kelihatan Datin Nabila tersenyum sambil memangku bayi mereka ditemani Datuk Latif Romly di sisi.

Datuk Latif Romly Teruja Jadi Bapa

Dalam pada itu, atlet kelahiran Perlis berkenaan cukup teruja menggalas tanggungjawab seorang bapa dan tidak kekok melayan permata hati kesayangan.

Datuk Latif Romly dan Datin Nabila mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2022. Mereka dikatakan mula berkenalan sejak di bangku sekolah dan berkawan rapat sewaktu Tingkatan 5.

Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini menjadi pelengkap dan penyeri rumah tangga Datuk Latif dan Datin Nabila.

Share
Published by
Suzi