Di sebalik kegembiraan Datin Aida melalui fasa baru dalam hidupnya hari ini, rupa-rupanya tersimpan sebuah kisah yang lebih mengusik emosi dan tak pernah diberitahunya kepada mana-mana pihak. “Kami dah berkahwin selama 14 tahun dan tak ada anak lagi. Tapi, jujurnya saya dah pernah buat IVF sebanyak 4 kali. Tiga kali mengandung kembar dan terakhir, triplet.”
Selama ni, dia ‘menutup’ kemas rahsia hati. 14 tahun melayari perkahwinan, tak pernah sekali pun Datin Aida Yusof menjaja kisah peribadi. Apatah lagi meraih simpati khalayak meskipun memegang status isteri kepada selebriti popular, Dato’ Adi Putra.
Hanya selepas 9 bulan bercerai, Datin Aida dan Dato’ Adi sepakat untuk kembali rujuk. 18 Januari 2018 menjadi detik manis buat mereka berdua kerana dapat mengikat semula ikatan yang terputus. Betullah orang kata, ‘Kalau dah jodoh takkan ke mana’.
“Insha Allah, next year saya akan cuba lagi sebab saya ada endometriosis dan baru selesai buat pembedahan tahun lepas. Berbulan jugalah saya ditahan di hospital. Alhamdulillah, sekarang tengah tunggu proses untuk sembuh,” dedah Datin Aida yang mengakui hanya sempat merasai nikmat hamil kira-kira tiga bulan.
Ads
“Saya tak rasa IVF tu membebankan walaupun terpaksa ambil injection setiap hari di kiri kanan perut. Sakitnya usah cakaplah. Pun begitu saya tetap tak putus asa sebab saya suka dengan kanak-kanak. Dapat seorang pun cukuplah. Selama 4 kali buat IVF ni suami memang banyak beri semangat. Selagi belum diberikan rezeki, selagi tu kami akan terus mencuba.”
Mengambil semangat dan kekuatan Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang menimang cahaya mata baru-baru ini, Pengarah Urusan syarikat pembinaan Mahligai Perkasa Sdn Bhd ini nyata mahu mengikut jejak langkah Dato’ Sri Siti menjalani rawatan IVF demi mempunyai zuriat sendiri.
Ads
“Dato’ Sri Siti seorang yang sangat-sangat kuat dan kental. Dia berusaha selama 11 tahun untuk dapatkan anak. Sebagai isteri, saya pun teringin ada anak sendiri tapi rezeki belum berpihak kepada saya lagi. Saya percaya kalau tak ada anak, saya tahu itu bukan hak saya. Kena percaya Qada dan Qadar. Allah kata je ‘Kun fa ya kun’ maka waktu itu ada rezeki kita. Mungkin kita tak diberi kelebihan ‘di situ’, tapi Dia beri kita rezeki lain.
Ads
Saya jenis yang reda. Saya tak mahu meletakkan syarat yang saya perlu ada anak. Kalau rezeki anak tak berpihak dengan saya, saya dah pun ada dua orang anak angkat iaitu Az Zahra dan Zara Adelia. Waktu mereka kecil lagi saya dah susukan kedua-duanya. Zahra dan Adelia masing-masing berusia 6 tahun cuma beza sebulan je.
Zahra yang sulung, normal seperti kanak-kanak lain cuma Adelia ni sebenarnya anak OKU. Dia anak istimewa, tak boleh bercakap dan dengar. Kami dapat tahu keistimewaan Adelia ni masa masih bayi lagi bila dia tak tunjukkan sebarang reaksi terkejut dan seumpamanya,” jelas Datin Aida yang merupakan anak sulung daripada 11 adik-beradik.
Apa yang pasti, pendedahan eksklusif ini hanya untuk dijadikan inspirasi… bukan mencipta kontroversi. “Seperti yang saya katakan awal tadi, semua wanita pun mesti nak anak. Tapi biarlah kita reda dulu dengan ketentuan Allah. Perlu ada keredaan dalam diri walaupun telah cuba buat yang terbaik ke arah itu. Moga-moga kita semua akan diberikan zuriat soleh dan solehah.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah NONA ucapkan kepada Aizat Amdan, seorang penyanyi dan komposer terkenal yang menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hati Elyssa Alia Ilias yang selamat diijabkabulkan hari ini.
Kredit foto: Instagram @melodi
Tepat jam 9.17 pagi, penyanyi popular berusia 33, sah bergelar suami kepada pasangannya, dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung di A-Park, di sini, hari ini.
Pasangan tersebut dikatakan sudah bercinta sejak tiga tahun yang lalu. Tahniah! Mereka dinikahkan bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel (B) Illias Moideen disaksikan jurunikah, Ustaz Idrus Mohd Shahlan dengan mas kahwin RM300.
Mungkin semua sudah mengenali siapa Aizat Amdan, namun siapakah gerangan wanita yang berjaya menambat hatinya ini. Sudah pasti bukan calang-calang apatah lagi Aizat sebelum ini melancarkan lagu berjudul Hanya Kita Dua yang dihasilkan dan didedikasikan buat isterinya. Sweetnya!!
NONA sempat menyelidiki dan ini dia beberapa fakta menaik tentang Elyssa Alia Illias yang pasti anda ingin tahu.
Elyssa berumur 34 tahun dan sebelum ini pernah bertugas sebagai kakitangan kerajaan.
Elyssa kini bekerja sepenuh masa sebagai pengurus seni Aizat.
Elyssa juga pernah bekerja sebagai penyampai radio Rakita dan berkhidmat di HITZ FM, malah pernah mengacarakan program hiburan, Jom Wayang
Elyssa juga pernah mengacara sebuah rancangan TV terbitan HYPP TV bersama Mira Filzah
Menurut profil Linkedin nya, Elyssa merupakan graduan Limkokwing University of Creative Technology dalam jurusan Senibina (Architecture)
Elyssa merupakan pencinta kucing. Jika dilihat di laman sosialnya, dia banyak berkongsi gambar kucing-kucingnya. Salah satu kucing kesayangannya bernama LUNA.
Elyssa juga seorang kaki travel. Ini dapat dilihat menerusi pelbagai hantaran di Instagramnya, @elyssalia.
Apa-apa pun, NONA mendoakan semoga ikatan perkahwinan dan jodoh keduanya berpanjangan sehingga ke jannah. Selamat pengantin baharu!!
Bermula menerusi drama siri Nur Kasih yang pernah mencipta fenomena suatu ketika dahulu, perjalanan anak seni bernama Ummi Naziera ini tak mudah.
Selepas berhempas pulas, memegang watak demi watak akhirnya bakatnya yang tidak sememangnya dapat disangkalkan lagi akhirnya diiktiraf. Selepas 16 tahun bergelumang dalam bidang seni lakonan, akhirnya Ummi Naziera berjaya mengondol anugerah Pelakon Wanita Terbaik semalam menerusi Anugerah Drama Sangat yang berlangsung semalam.
“Sepanjang 16 tahun saya berlakon di industri, ini merupakan kali pertama saya dapat mengenggam trofi anugerah. Syukur, Alhamdulillah,
“Saya rasa manis. Kemenangan ini cukup manis kerana perjalanan saya sebagai seorang pelakon bukan satu perjalanan yang mudah.” ujarnya.
Menurut pemilik ama Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, meski sudah berjaya mendapatkan sebuah anugerah, tidak bermakna dia sudah selesa, malah Ummi masih lagi mahu menimba ilmu dan memperbaiki lakonannya.
“la banyak mengajar saya untuk tidak mengambil mudah akan kerjaya seni saya. Walaupun dah menang, saya tetap masih perlu lakukan yang terbaik bagi kepuasan saya sebagai pelakon.” katanya lagi.
Semalam, Ummi turut berjaya menewaskan beberapa barisan pelakon yang turut tercalon dalam kategori itu seperti Fauziah Ahmad Daud, Fasha Sandha, Nabila Huda, dan juga Siti Saleha.
Tahniah NONA ucapkan kepada Ummi Naziera. Semoga kejayaannya ini terus jadi inspirasi buat semua wanita di luar sana.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehidupan moden yang kompleks kini membuatkan masyarakat mahu menikmati suasana yang nyaman dan teratur. Percaya atau tidak, kini tidak kira wanita mahupun lelaki mula mempraktikkan budaya yang kemas dan teratur. Ramai yang memilih deko rumah berkonsepkan less is more atau minimalis berbanding sarat dengan hiasan dan perabot.
Bercakap tentang deko rumah hendak atau tidak pasti ramai wanita tidak kira berkerjaya atau suri rumah tangga, bujang atau telah berkahwin mempunyai masalah dengan pengstoran baju. Bukan itu sahaja, masalah melipat kain sudah menjadi masalah universal dan ramai sering merungut tentang masalah ini dan sering membayangkan mesin melipat kain untuk membantu mereka. Mungkin pakar saintis sedang berusaha untuk mencipta mesin idaman semua wanita dalam masa yang terdekat. Syukur kalau itu yang terjadi.
Wanita yang bernama Marie Kondo ini telah menjadi bualan penduduk dunia dan namanya kini semakin trending. Mengapa? Kerana wanita ini telah mencari solusi tentang masalah melipat baju. Kehebatan dan kemahiran Marie Kondo melipat baju sehingga mempunyai rancangan sendiri iaitu Tidying Up With Marie Kondo di saluran Netflix yang mula bersiaran pada 1 Januari 2019. Ramai selebriti di barat telah mempraktikkan method yang telah diajar oleh Marie Kondo untuk melipat baju dan pengstoran baju, contohnya Jennifer Garner.
Bukan sahaja berkemahiran melipat baju malah Marie Kondo mempunyai method untuk mengemas rumah, rak atau kabinet yang berselerak. Populariti Marie Kondo bermula dengan bukunya yang membicarakan rumah yang kemas melalui susun atur yang sempurna.
Keempat-empat buku Mari Kondo telah terjual berjuta-juta naskhah di seluruh dunia dan diterjemahkan daripada bahasa Jepun ke beberapa bahasa lain seperti Korea, Cina, Spain, Indonesia, Jerman, Sweeden, Portugis dan Inggeris. Bukunya yang bertajuk The Life-Changing Magic of Tidying Up (2011) telah diterbitkan di lebih 30 buah negara dan merupakan best-seller di Jepun dan Eropah.
Bukan itu sahaja Marie Kondo telah disenaraikan sebagai “100 Most Influential People” untuk tahun 2015. Rupanya memang sejak kecil lagi Marie Kondo ini minat mengemas rumah. Ketika rakan di kelasnya sedang mengikuti pelajaran pendidikan jasmani Marie Kondo lari ke dalam bilik darjahnya untuk menyusun buku-buku yang berselerak di rak buku dalam kelas. Ini lah yang dikatakan hobi menjadi punca pendapatan yang lumayan. Nak cuba juga mengemas cara Marie Kondo ini.
Menyentuh tentang kehidupan peribadinya, Marie Kondo telah berkahwin dengan Takumi Kawahara dan dianugerahkan dua orang cahaya mata. Tahun 2019 ini keluarga kecil ini telah berpindah dan menetap di Los Angeles. Mungkin rezeki Marie Kondo ini mencurah-curah di sana sehingga menyebabkan dirinya membuat keputusan untuk menetap di Los Angeles.
Foto: Instagram @mariekondo
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!