Baru sebulan menimang cahaya mata ketiga, Datuk Muhammad Azizulhasni Awang terus mendapat khabar gembira apabila dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan pada majlis Anugerah Sukan Negara 2019/2020.
Tambah bermakna, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan hadir ke majlis berkenaan, diiringi Perdana Menteri serta Menteri Belia & Sukan untuk menyampaikan trofi anugerah.
Berusia 34 tahun dan terkenal dengan gelaran ‘The Pocket Rocketman’, bapa kepada Amna Maryam, Amna Khadeeja serta Amna Fateema ini melahirkan rasa kesyukuran dengan penganugerahan tertinggi itu.
Foto: Bernama
Foto: Bernama
Datuk Muhammad Azizulhasni Awang
“Alhamdulillah syukur.
Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di atas penganugerahan yang diberikan dan ianya akan patik jadikan sebagai sumber motivasi buat diri patik untuk terus menggapai kejayaan di masa hadapan.
Ucapan tahniah saya buat Tan Cheong Min dan Suresh Selvatamby di atas penganugerahan Olahragawati dan Olahragawan Paralimpik Kebangsaan. Tahniah juga kepada semua rakan-rakan atlet yang tercalon dan saya berharap anda semua terus gigih berusaha untuk mengharumkan nama Malaysia.” Datuk Azizulhasni
Ads
Azizulhasni diwakili abang, Aswarudin Awang
Datuk Azizulhasni mengatasi empat pencabar lain bagi anugerah berkenaan iaitu atlet bina badan, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah, Khairul Anuar Mohamad (memanah), Tan Chye Chern (tenpin boling) dan Wong Weng Son (wushu).
Lelaki kebanggaan Malaysia yang sedang menetap di Melbourne, Australia itu turut memohon maaf kerana tidak dapat pulang ke tanah air untuk menerima sendiri anugerah tersebut.
“Terima kasih tidak terhingga kepada abang saya, Aswarudin Awang yang telah menjadi wakil kepada pihak saya.” Datuk Azizulhasni
LEGENDA
Ads
Lebih membanggakan, jaguh berbasikal trek negara itu meletakkan namanya sebaris dengan legenda sukan tanah air, Datuk Rashid Sidek dan Datuk Lee Chong Wei.
Beliau sebelum ini sudah tiga kali dipilih sebagai Olahragawan Kebangsaan bermula pada 2009, 2010 dan 2017 dan gelaran keempat berkenaan membolehkan dia menyamai rekod Rashid dan Chong Wei yang turut memenanginya sebanyak empat kali.
Rashid pernah meraih gelaran itu secara hatrik pada 1990, 1991 dan 1992 sebelum kembali memenanginya pada 1996 manakala Chong Wei dinobatkan sebagai pemenang pada 2005, 2008, 2011 dan 2012.
Wira sukan kelahiran Dungun itu membuktikan betapa dia berhak menerima anugerah berkenaan menerusi pencapaian yang dilakarnya sepanjang saingan musim 2019/2020 termasuklah memenangi pingat gangsa dalam acara pecut dan keirin di Kejohanan Basikal Trek Dunia di Berlin, Jerman pada 2020.
Datuk Rashid Sidek dan Datuk Wira Lee Chong Wei
Ads
Datuk Azizulhasni mengharumkan nama negara di Sukan Olimpik Tokyo 2020
Suami kepada Datin Athiah Ilyana Abd Samat itu turut menyampaikan penghargaan kepada ‘tulang belakang’ kejayaannya selama menjadi atlet negara.
“Saya berterima kasih kepada pihak Kerajaan Malaysia khususnya Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, Majlis Olimpik Malaysia, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu atas sokongan jitu buat karier saya.
Setinggi terima kasih buat isteri tercinta dan anak-anak, ibu tersayang dan seluruh ahli keluarga. Tidak dilupai jurulatih John Beasley, seluruh ahli pasukan dan rakan seperjuangan yang sentiasa bersama ketika susah mahupun senang.
Bersama ibu, isteri dan anak-anak
Ucapan terima kasih juga kepada seluruh warga media yang sentiasa bekerja keras dan juga penyokong-penyokong #TeamAzizul yang sentiasa setia bersama dengan perjuangan saya.
Last but not least, pastinya penghargaan tertinggi kepada penaja-penaja yang menjadi tulang belakang kejayaan saya selama ini terutamanya CIMB.” Datuk Azizulhasni
Syabas Datuk Azizulhasni, semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat atlet-atlet muda agar terus meraih lebih banyak kejayaan yang membanggakan negara!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan isteri kesayangan, mantan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Zinin ini, lebih-lebih lagi mereka yang minat dengan dunia masakan. Dah lah cantik, pandai masak pula tu sehingga bergelar cef selebriti. Wanita keturunan Yemen dan Turki ini juga tak lokek berkongsi resipi di laman media sosialnya. Semua sajian yang dikongsi oleh Puan Sri Nisa memang menggoda.
Puan Sri Nisa atau nama sebenarnya Puan Sri Shariffa Nisa Syed Hamid memegang prinsip memasak makanan dengan penuh kasih sayang dan ikhlas kerana ia menghubungkan jiwa sesama manusia selain memberi kepuasan kepada diri sendiri. Memang benar kata Puan Sri Nisa tu, memasak bukan sekadar menyediakan hidangan tetapi mengeratkan hubungan dalam sebuah keluarga.
Puan Sri Nisa pernah mengharumkan nama Malaysia apabila mementaskan keunikan air tangannya di salah satu kota fesyen dunia terkenal dunia iaitu London, England. Pada Minggu Fesyen London 2018 Puan Sri Nisa diberi kesempatan menghidangkan pelbagai masakan Malaysia asli dan unik kepada semua hadirin yang terdiri daripada golongan VVIP di acara fesyen yang berprestij itu.
Walaupun memiliki kehidupan sempurna namun nenek kepada dua orang cucu ini begitu merendah diri dan kerap melakukan kerja amal. Salah satunya, Puan Sri Nisa menghulurkan bantuan menyediakan makanan untuk Frontliners yang bekerja 24 jam mendepani penularan pandemik COVID-19.
Foto: Koleksi Majalah NonaFoto: Koleksi Majalah Nona
Mungkin kekuatan jiwa Puan Sri Nisa hadir kerana mengamalkan amalan yang baik dan dituntut oleh agama. Puan Sri Nisa telah berkongsi tentang amalan yang dilakukannya di laman media sosialnya.
Foto: Instagram @nisabakriofficial_
Wanita cantik ini setiap hari akan berselamat 1000 kali, Istigfar 100 kali dan membaca surah Al-Waqiah serta Al-Mulk setiap malam. Puan Sri Nisa juga akan membaca surah Al-Kahfi 10 ayat awal dan akhir setiap pagi. Mungkin amalan yang dilakukan oleh Puan Sri Nisa boleh dijadikan panduan.
Foto: Instagram @nisabakriofficial_
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemilik nama Sharifah Shawati Syed Mohd, tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industi penyiaran tanah air berikutan perjalanan kariernya sebagai pembaca berita dan personaliti terkenal di beberapa stesen televisyen sejak tahun 90-an cukup memberi impak positif kepada industri media negara sehingga kini.
Bermula bertugas sebagai penyampai berita di RTM dan seterusnya di TV3, ibu kepada dua cahaya mata ini seterusnya diberi peluang mengacarakan program televisyen lain seperti Fesyen, Di Sebalik Tabir dan Wanita Hari Ini.
Biarpun sudah boleh dianggap berjaya dalam pembabitan kerjaya sebagai personaliti televisyen, kini beliau mengorak Langkah pula sebagai seorang usahawan, pakar motivasi dan perunding imej menerusi penubuhan Adamaya Consultancy And Services Sdn Bhd di mana beliau kini memegang jawatan sebagai Pengasas dan Pengarah Ekselutif.
Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini, Sharifah Shawati berkongsi berita di mana salah satu impianya tercapai apabila berjaya meraih gelaran Dr selepas tamat pengajian di peringkat Ijazah profesional Doktor dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan – Doctor of Business Administration (DBA) di European-American University bagi kelas 2022.
Menurutnya finalis pencarian Dewi Remaja 1987/88 ini, idea untuk melanjutkan pengajian ini timbul semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula awal dua tahun lalu dan segala aktiviti perniagaan dihadkan seterusnya lebih banyak meluangkan masa di rumah bersama keluarga. Dengan menulis kepsyem ‘alhamdulillah’, ternyaya kejayaan yang dikecapi Sharifah Shawati cukup membanggakan dan memberikan inspirasi buat wanita-wanita di luar sana.
Tinjauan NONA juga turut mendapati Sharifah Shawati juga sempat menitipkan dan memberikan ucapan sewaktu majlis graduasi tersebut. Katanya, “Satu-satunya had yang anda ada ialah dengan memberitahu diri sendiri sama ada anda mampu atau tidak. Dengan kuasa minda, anda mampu bayangkan dan capai apa yang diingini. Sentiasa berwaspada dengan apa yang anda katakan pada diri sendiri kelak manifestasi anda akan muncul seperti apa yang anda percayai. Milikilah cinta dalam diri anda, kerana cinta adalah kekuatan pencapaian hebat.❤️
Di ruangan komen hantaranya pula, rata-rata ramai peminat dan pengikutnya mengucapkan tahniah atas satu lagi pencapaian wanita hebat ini. Tahniah sekali NONA ucapkan kepada Sharifah Shawati.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wow, terperanjat tengok penampilan terbaru Billa. Nampak lebih slim berbanding waktu dia jadi pelajar Akademi Fantasia 2015 dulu. Bukan sebab ‘makan hati’ ya, tapi khabarnya anak pemuzik kumpulan Wings, Eddie ini memang tengah berusaha turunkan berat badan. Terbaiklah Billa, sampai berjaya turunkan berat lebih 27 kg dalam tempoh lapan bulan.
Kalau bercerita bab kuruskan badan, semua wanita pun teringin hendak dapatkan berat badan ideal. Tapi bila tiba masa berdiet, ada saja alasan. Paling biasa kita dengar, ‘Ala, minggu depanlah baru start diet.’ Sudahnya, masuk ke tahun depan pun masih sama. Lepas tu, merungut asyik cakap badan gemuk. Macam mana pula tu?
Apa yang pasti, tanpa azam yang kuat mesti Billa pun tak mampu realisasikan misi berkenaan. Kalau ikut perkembangan terkini Nurnajmi Nabila Samsaidi di IGnya, memang banyak foto-foto inspirasi gadis berusia 22 tahun ini. Daripada berat 140 kg tahun lepas sampai berat terbarunya 113. 4 kg, semuanya dikongsikan Billa sebagai suntikan inspirasi kepada wanita lain yang punya misi sama sepertinya. Malah, Billa turut berkongsi tip sihat yang diamalkan.
Gambar Billa terkini dan semasa jadi pelajar AF 2015
Minum air kosong 2 liter sehari. No air sejuk.
Makanlah apa je awak nak makan. Tapi kuantiti tu sedikit ya.
Selepas pukul 7pm, NO FOOD ALLOWED. Lepas tu exercise la. 30 minit pun cukup. Kena kuat iman dengan mental.
Sambil menggunakan hashtag #jomsihatsamasama dan #letsgethealthytogether, jelas menggambarkan anak seni ini sangat positif melakukan perubahan terhadap dirinya. Dan melalui posting terbaru, Billa ada berkongsi video pendek yang menunjukkan rutin senaman perut yang menjadi amalannya. Daripada ambil pil pelangsingan yang belum terbukti selamat, lebih baik buat senaman dan kawal pemakanan seperti Billa. Dah tentu-tentu berkesan dan sihat.
Teruskan usaha anda, Billa. Semoga niat murni anak Eddie Wings ini turut memberi inspirasi kepada semua wanita agar mementingkan gaya hidup sihat!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!