Cantik manis penampilan terkini selebriti media sosial Maryam Younarae atau lebih dikenali sebagai Maryam. Tampil sopan dan anggun berhijab, isteri Ryzal Ibrahim ini makin menjadi perhatian khalayak terutamanya selepas dia nekad berhijrah menutup aurat.

IKLAN

Bukan mudah bagi wanita Korea Selatan ini menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat Melayu. Apatah lagi mengenakan kerudung kepala. Tapi dia berusaha ke arah kebaikan dan menjadi muslimah yang disegani. Tahniah Maryam!

Difahamkan Younarae ialah namanya sebelum peluk Islam. Gadis biasa ini pernah mengusahakan kedai jual kuih walnut bersama ibu dan bertemu Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim iaitu jejaka Melayu yang kini merupakan suaminya.

Maryam dilaporkan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Imam Masjid Itaewon, Seoul pada 11 Julai 2019. Dia kemudian berkahwin dengan Ryzal pada 15 Ogos tahun yang sama.

4 Tahun Peluk Islam, Maryam Tak Anggap Bertudung Paksaan & Selesa 6 Bulan Berhijab!
Kredit Instagram @maryamyunrrr

Sejak mendirikan rumah tangga dengan Ryzal, populariti wanita ini mencanak naik dan sering diundang ke program televisyen. Namanya terus menjadi bualan apabila dia memutuskan untuk berhijab pada Januari lepas.

Kini selepas enam bulan dengan penampilan tersebut, dia terbuka mendedahkan perasaan yang dialami sejak berhijab dan memuat naik foto terbaharu di media sosial.

“Maryam nak cerita ni semua, pada mulanya family dan kawan-kawan Muslim and non Muslim ramai ingat tudung ni adalah satu paksaan (forcing) dan tak boleh bebas berpakaian dah.

IKLAN
4 Tahun Peluk Islam, Maryam Tak Anggap Bertudung Paksaan & Selesa 6 Bulan Berhijab!
Kredit Instagram @maryamyunrrr
4 Tahun Peluk Islam, Maryam Tak Anggap Bertudung Paksaan & Selesa 6 Bulan Berhijab!
Kredit Instagram @maryamyunrrr
4 Tahun Peluk Islam, Maryam Tak Anggap Bertudung Paksaan & Selesa 6 Bulan Berhijab!
Kredit Instagram @maryamyunrrr
4 Tahun Peluk Islam, Maryam Tak Anggap Bertudung Paksaan & Selesa 6 Bulan Berhijab!
Kredit Instagram @maryamyunrrr

Tapi Maryam pun baru je pakai tudung 6 bulan since January. Alhamdulillah ramai kawan-kawan even non Muslim pun slowly nampak dan rasa hijab ni bukan paksaan dan bukannya tak boleh bebas dalam berpakaian.

Bermacam jenis cara kita boleh memakainya. Slowly kita cuba dan alhamdulillah Maryam happy dapat make them and others followers rasa hijab ni bukan paksaan. Maryam Sayang Semua!”

IKLAN
4 Tahun Peluk Islam, Maryam Tak Anggap Bertudung Paksaan & Selesa 6 Bulan Berhijab!
Kredit Instagram @maryamyunrrr
4 Tahun Peluk Islam, Maryam Tak Anggap Bertudung Paksaan & Selesa 6 Bulan Berhijab!
Kredit Instagram @maryamyunrrr
4 Tahun Peluk Islam, Maryam Tak Anggap Bertudung Paksaan & Selesa 6 Bulan Berhijab!
Kredit Instagram @maryamyunrrr
4 Tahun Peluk Islam, Maryam Tak Anggap Bertudung Paksaan & Selesa 6 Bulan Berhijab!
Kredit Instagram @maryamyunrrr
4 Tahun Peluk Islam, Maryam Tak Anggap Bertudung Paksaan & Selesa 6 Bulan Berhijab!
Kredit Instagram @maryamyunrrr

Maryam dan Ryzal yang popular dengan gelaran DurianKimchi dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Nik You Rina Nik Muhammad Ryzal hasil gabungan nama Ryzal dan isteri tercinta.

Rina dilahirkan pada 21 Oktober 2021 dan menjadi pelengkap rumah tangga pasangan selebriti media sosial tersebut.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/dah-15-tahun-kahwin-naz-rahman-bahagia-di-sisi-shahnee-ceria-walau-diuji-sakit/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI