Alhamdulillah, tanggal 26 Jun lalu genap 15 tahun usia perkahwinan Naz Rahman dan Sheahnee Iman Lee! Kedua-duanya yang bekerja dalam bidang penyiaran kini lebih bahagia dengan kehadiran tiga cahaya mata tersayang.
Naz atau nama sebenarnya Nazurdin Habibur Rahman atau dikenali sebagai Naz Rahman selamat bernikah dengan bekas penyampai berita NTV7 itu pada tahun 2008 yang juga seorang mualaf.
Memetik kenyataan Naz kepada MH satu ketika dulu, dia mendedahkan amanah dan tanggungjawab yang dipikul apabila membawa seorang mualaf sebagai isteri tercinta cukup besar.
Pada peringkat awal dia menggunakan pendekatan yang agak tegas hingga menyebabkan isteri sering berjauh hati.
“Macam isteri saya, lagi saya keras lagi dia menjauh. Seperti contoh, dia lemah dalam tafsir kerana dia pelat. Mula-mula saya tegas mahu dia menyebut dengan betul namun isteri jadi kecewa dan semakin jauh hati. Saya ubah pendirian dan cuba tidak lemahkan semangat dia.
Bila kita bawa seorang mualaf, cabarannya memang hebat. Orang kata untunglah, tapi tidak sekali-kali senang. Memang susah tapi sangat senang untuk hanyut.
Bila kita bawa orang lain ni, tanggungjawab dua kali ganda. Saya nak bawa pendekatan falsafah berlandaskan sunnah Rasulullah SAW. Bukan senang nak capai kata sepakat.”
Mengimbau perkenalan mereka, pengacara popular ini akui tertarik mahu mengenali Sheahnee apabila wanita berkenaan belajar mengenali Islam.
Naz yang kini berusia 44 tahun menjadi perhatian masyarakat apabila fizikalnya kian menyusut berbanding sebelum ini. Khabarnya figura ini kehilangan lebih 14 kilogram berat badan selepas menjalani pembedahan membuang tumor dalam perut.
Mampu menyarung baju akad nikah 15 tahun lalu, dia bagaimana pun menjelaskan tidak suka menguar-uarkan penyakit yang dialami ini akan berpanjangan dan pilih untuk sentiasa ceria.
Difahamkan Naz sudah melalui 10 pembedahan. “Macam-macam dugaan dalam hidup ini, apa yang jadi ujian dari Allah tetapi macam mana reaksi kita kepada ujian itu yang penting. Saya ada pilihan nak sedih, down, depress, memang patut tapi demi isteri dan anak-anak saya tak mahu.
Saya masih boleh bekerja, saya masih ada nyawa boleh merasa nikmat kehidupan dan saya mashih hendak melihat anak-anak membesar. Jadi saya ambil keputusan untuk positif!”
Hasil perkongsian hidup bersama Sheahnee, mereka mempunyai seorang anak perempuan iaitu Zara Aaliyah dan dua anak lelaki diberi nama Zakry Aiman dan Zayd Aaqil.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/muka-je-ketat-tapi-penyayang-emelda-syukur-adlin-suami-terbaik-bahagia-14-tahun-kahwin/