4 Tip Berkesan Cegah RAMBUT BERUBAN Di Usia Muda!

Rambut beruban sinonim dengan golongan berusia. Rambut akan mula memutih pada usia 30 tahun ke atas. Namun, kini dilema tersebut turut dialami oleh golongan muda yang rata-rata mempunyai uban seawal usia 20 tahun. Apa jua masalah contohnya berkelemumur atau beruban boleh menjejaskan penampilan sekaligus mengurangkan keyakinan diri. Maka, uban bukan lagi menjadi petanda kepada penuaan kerana sesiapa pun boleh mengalaminya atas faktor-faktor tertentu.

Amalkan 4 cara mudah ini bagi mencegah rambut beruban khususnya di usia muda.

MAKANAN BERZAT UNTUK RAMBUT

Kekurangan zat menjadi salah satu punca rambut beruban awal. Amalkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin B12, vitamin B9 dan zink. Sumbernya seperti telur, ikan, bayam, asparagus, sawi, tiram, kerang, badam dan daging.

KAWAL STRES

Selain mempengaruhi kesihatan badan, stres juga boleh menyebabkan rambut gugur dan beruban. Maka, kawal stres anda agar dapat mengurangkan risiko rambut cepat beruban. Luangkan masa dengan bercuti, beriadah, melakukan perkara yang disukai dan konsultasi dengan pakar psikologi bagi mendapatkan cara terbaik bagi mengetahui punca stres.

BERHENTI MEROKOK

Kajian menunjukkan merokok menjadi salah satu punca cepatnya proses penuaan berlaku. Tabiat merokok dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan pigmen pada rambut semakin menghilang. Bagi yang merokok berusahalah untuk berhenti mulai sekarang.

PERIKSA KESIHATAN SECARA RUTIN

Genetik turut menjadi faktor kepada masalah rambut beruban di usia muda. Justeru, pentingnya anda melakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin untuk mengenal pasti penyakit dengan lebih awal agar rawatan yang sesuai boleh dilakukan.

IKLAN
Share