5 Bantuan Kewangan Buat Pejuang Kanser Payudara Buat Rawatan Patut Cuba

Tidak ada seorang wanita pun mahu dijangkiti kanser payudara namun siapa kita nak menolak takdir. Jika sudah tersurat cuba terima dengan tabah namun bukan mengalah.

Era modenisasi kini terdapat banyak rawatan untuk membantu pejuang kanser payudara. Pesakit kanser payudara perlu terus positif meneruskan kehidupan dengan menerima rawatan yang sewajarnya.

Photo by Tara Winstead from Pexels

Di samping itu, sebagai ahli keluarga terdekat, perlu memberi sokongan padu agar pejuang kanser payudara terus berusaha melawan penyakit yang digeruni oleh wanita itu.

Sebagaimana yang diketahui kos untuk melakukan rawatan kanser payudara bukan sedikit dan menelan belanja yang besar. Namun, itu bukan bermakna pejuang kanser perlu mengalah dan duduk berdiam diri.

Photo by Anna Shvets from Pexels
Photo by Anna Shvets from Pexels

Sebenarnya, terdapat banyak bantuan kewangan yang boleh dipohon untuk menyingkirkan virus tersebut. Pilihan sokongan kewangan di Malaysia yang dapat membantu pejuang kanser payudara;

  1. Hospital kerajaan,
  2. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO/SOCSO),
  3. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF),
  4. Insurans,
  5. Program sokongan pesakit seperti EMBRACE.

Kanser payudara merupakan kanser payudara yang diakibatkan oleh sel kanser yang merebak dari payudara ke organ-organ badan lain. Berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Photo by Olya Kobruseva from Pexels

Sempena bulan kesedaran kanser payudara yang disambut setiap bulan Oktober, setiap wanita perlu tahu tanda-tanda kanser payudara agar dapat mengesan dari awal. Membuat pemeriksaan mamogram wajib dilakukan apabila sudah mencapai usia 40 tahun. Paling kurang, lakukan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan selepas menstrual anda.

IKLAN
Share