5 Fakta Menarik Tentang MEGHAN MARKLE, Bakal Suri Hati PUTERA HARRY! No 3 Tu Paling Tak Sangka

Nama Meghan Markle kini menjadi sebutan ramai khususnya wanita seluruh dunia lantaran berjaya memiliki hati seorang putera raja. Tersarung sudah di jari manisnya cincin pertunangan yang telah direka khas. Perkahwinan antara wanita berusia 35 tahun dan pewaris ketiga takhta diraja Britain ini bakal berlangsung pada 19 Mei 2018.

Siapa sebenarnya Meghan Markle atau nama sebenarnya, Rachel Meghan Markle? Apa istimewanya wanita ini sehingga berjaya mengetuk pintu hati sang putera yang berusia 33 tahun untuk memilihnya sebagai suri di hati? Ternyata usia bukan penghalang buat pasangan ini untuk menggapai bahagia bersama.

AKTIVIS

Meghan Markle mewarisi sikap keprihatinan yang tinggi sebagai seorang aktivis daripada ibunya yang telah membuka mata terhadap isu kemiskinan. Sejak kecil Meghan Markle sering dibawa ibunya ke pelbagai daerah seluruh dunia bagi melihat sendiri realiti kehidupan masyarakat. Pada tahun 2016 Markle menjadi Duta Global untuk World Vision Kanada bagi melaksanakan misi kemanusiaan di Rwanda.

PERNAH BERKAHWIN

Meghan Markle pernah berkahwin dengan seorang penerbit filem, Trevor Engelson. Namun perkahwinan tersebut hanya mampu bertahan selama dua tahun. Maka, perkahwinannya bersama Putera Harry bukanlah yang pertama.

SEORANG PENULIS

Sebelum mengenali Putera Harry, sekitar tahun 2014 Meghan Markle aktif menulis artikel di blog gaya hidup, The Tig berkenaan fesyen, kecantikan, percutian dan kulinari. Namun kini Meghan Markle terpaksa ‘melepaskannya’ dan menulis surat buat para pembaca bagi mengungkapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah menemani perjalanan jurnalistiknya selama tiga tahun.

BERDARAH CAMPURAN EROPAH-AMERIKA

Bapanya berketurunan Belanda-Ireland sementara ibunya berdarah Afrika-Amerika. Ternyata, dalam dirinya mengalir berbagai budaya yang dibawa oleh ibu dan bapanya.

KETURUNAN SASTERAWAN SHAKESPEARE

Selain terkenal sebagai aktres, Meghan Markle juga seorang model, blogger serta aktivis. Meghan Markle juga merupakan keturunan sasterawan Inggeris tersohor iaitu Shakespeare. Ia menggambarkan Meghan Markle umpama ditakdirkan untuk ‘kembali’ kepada akarnya sebagai seorang berketurunan Inggeris asli. AMY MOHD

 

IKLAN
Share