5 Keluarga Bertuah ‘Catwalk’ Di Pentas GAYA RAYA BERSAMA TOP Pakai Busana Sedondon JOVIAN MANDAGIE!

16 Syawal pastinya menjadi detik terindah bagi lima keluarga bertuah ini apabila dinobatkan sebagai pemenang Gaya Raya Bersama TOP yang memenangi busana sedondon rekaan eksklusif pereka fesyen ternama, Jovian Mandagie bernilai RM30, 000. Peraduan yang berlangsung selama hampir dua bulan tersebut merupakan kerjasama kali kelima jenama detergen TOP bersama Majalah Nona dalam usaha memeriahkan Aidilfitri pengguna setia TOP dan Nona setiap tahun.

Berlangsung di Bora Ombak Marina Putrajaya semalam… kesemua pemenang kelihatan teruja dan ceria menggayakan persalinan lebaran serba baru masing-masing. Majlis lebih meriah apabila kelima-lima keluarga berjaya menawan pentas ketika memperagakan busana yang dimenangi ilham Jovian Mandagie di hadapan tetamu yang hadir.

Antara mereka yang bertuah ialah keluarga Amira Nadiah Abdullah dari Shah Alam; Muhammad Ridhwan Ahmad Khalil dari Batu Caves; Nur Faizah Hisham dari Subang Jaya; Wasli Farhan dari Rawang dan Murni Azmi dari Puchong.

Menurut Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik), Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li, pengguna meyakini teknologi detergen TOP dari Jepun ini bagi penjagaan kain cucian harian mereka yang turut merangkumi item berat seperti tuala, langsir dan kelengkapan tempat tidur. Malah, TOP juga dipercayai untuk penjagaan pakaian sekeluarga.

“Kami sentiasa melihat peningkatan ketara jualan sebelum musim perayaan kerana rakyat Malaysia suka mencuci dan menyegarkan semula pakaian mereka sebelum sambutan, malah ia turut digunakan untuk busana rekaan pereka terkemuka.

Dari kiri: Kiffy Razak (Editor Pengurusan Majalah Nona), Dato’ Jovian Mandagie, Ling Ai Ling & Norzalina Mohd Alias (Editor Majalah Nona)

Oleh itu, ini merupakan waktu terbaik bagi kami untuk memberi ganjaran kepada para pelanggan di atas kesetiaan dan sokongan yang diberikan dalam menjadikan TOP sebagai keperluan penting cucian. Para pemenang dan keluarga mereka kelihatan hebat mengenakan koleksi Jovian Mandagie pada hari raya ini,” ujarnya.

Sementara itu bagi Dato’ Jovian Mandagie, kempen Gaya Raya Bersama TOP menjadikan koleksi sedia dipakai beliau lebih mudah digayakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Katanya, “Terlalu ramai individu menjauhi diri daripada mengenakan pakaian pereka fesyen ternama kerana beranggapan ia mahal dan memerlukan jagaan khas tanpa mencuba pakaian tersebut terlebih dahulu.

Sungguhpun demikian, koleksi sedia dipakai kami adalah amat bergaya, diperbuat daripada fabrik berkualiti dengan potongan rapi serta jahitan yang halus. Koleksi ini boleh dipakai lama dan masih mengekalkan bentuk dan keadaan fabrik yang masih elok. Detegen TOP merupakan pilihan ideal untuk digunakan bagi mencuci fabrik-fabrik rekaan ini. Hanya pastikan anda mengikut arahan penjagaan yang disediakan.”

Selain meraikan pemenang, majlis turut diserikan dengan kehadiran 31 kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera sebagai salah satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat TOP dan Majalah Nona. Tidak sekadar memberikan sumbangan duit raya dan jamuan makan… mereka turut menerima sumbangan koleksi baju kurung dan baju Melayu sedia dipakai Jovian Mandagie bernilai RM10, 000.

Pada majlis sama, hadirin juga dimeriahkan dengan persembahan memukau penyanyi berbakat besar Ismail Izzani dan Ernie Zakri.

IKLAN
Share