16 Syawal pastinya menjadi detik terindah bagi lima keluarga bertuah ini apabila dinobatkan sebagai pemenang Gaya Raya Bersama TOP yang memenangi busana sedondon rekaan eksklusif pereka fesyen ternama, Jovian Mandagie bernilai RM30, 000. Peraduan yang berlangsung selama hampir dua bulan tersebut merupakan kerjasama kali kelima jenama detergen TOP bersama Majalah Nona dalam usaha memeriahkan Aidilfitri pengguna setia TOP dan Nona setiap tahun.
Berlangsung di Bora Ombak Marina Putrajaya semalam… kesemua pemenang kelihatan teruja dan ceria menggayakan persalinan lebaran serba baru masing-masing. Majlis lebih meriah apabila kelima-lima keluarga berjaya menawan pentas ketika memperagakan busana yang dimenangi ilham Jovian Mandagie di hadapan tetamu yang hadir.
Antara mereka yang bertuah ialah keluarga Amira Nadiah Abdullah dari Shah Alam; Muhammad Ridhwan Ahmad Khalil dari Batu Caves; Nur Faizah Hisham dari Subang Jaya; Wasli Farhan dari Rawang dan Murni Azmi dari Puchong.
Menurut Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik), Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li, pengguna meyakini teknologi detergen TOP dari Jepun ini bagi penjagaan kain cucian harian mereka yang turut merangkumi item berat seperti tuala, langsir dan kelengkapan tempat tidur. Malah, TOP juga dipercayai untuk penjagaan pakaian sekeluarga.
Ads
“Kami sentiasa melihat peningkatan ketara jualan sebelum musim perayaan kerana rakyat Malaysia suka mencuci dan menyegarkan semula pakaian mereka sebelum sambutan, malah ia turut digunakan untuk busana rekaan pereka terkemuka.
Dari kiri: Kiffy Razak (Editor Pengurusan Majalah Nona), Dato’ Jovian Mandagie, Ling Ai Ling & Norzalina Mohd Alias (Editor Majalah Nona)
Oleh itu, ini merupakan waktu terbaik bagi kami untuk memberi ganjaran kepada para pelanggan di atas kesetiaan dan sokongan yang diberikan dalam menjadikan TOP sebagai keperluan penting cucian. Para pemenang dan keluarga mereka kelihatan hebat mengenakan koleksi Jovian Mandagie pada hari raya ini,” ujarnya.
Sementara itu bagi Dato’ Jovian Mandagie, kempen Gaya Raya Bersama TOP menjadikan koleksi sedia dipakai beliau lebih mudah digayakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Katanya, “Terlalu ramai individu menjauhi diri daripada mengenakan pakaian pereka fesyen ternama kerana beranggapan ia mahal dan memerlukan jagaan khas tanpa mencuba pakaian tersebut terlebih dahulu.
Ads
https://www.instagram.com/p/By7Pyj7H4iq/
Ads
Sungguhpun demikian, koleksi sedia dipakai kami adalah amat bergaya, diperbuat daripada fabrik berkualiti dengan potongan rapi serta jahitan yang halus. Koleksi ini boleh dipakai lama dan masih mengekalkan bentuk dan keadaan fabrik yang masih elok. Detegen TOP merupakan pilihan ideal untuk digunakan bagi mencuci fabrik-fabrik rekaan ini. Hanya pastikan anda mengikut arahan penjagaan yang disediakan.”
Selain meraikan pemenang, majlis turut diserikan dengan kehadiran 31 kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera sebagai salah satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat TOP dan Majalah Nona. Tidak sekadar memberikan sumbangan duit raya dan jamuan makan… mereka turut menerima sumbangan koleksi baju kurung dan baju Melayu sedia dipakai Jovian Mandagie bernilai RM10, 000.
Pada majlis sama, hadirin juga dimeriahkan dengan persembahan memukau penyanyi berbakat besar Ismail Izzani dan Ernie Zakri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semalam, berlangsungnya majlis pernikahan dan persandingan adik perempuan kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Siti Nursairah Tarudin. Menggunakan khidmat perunding perkahwinan, Villa Busainna dan dekorasi dari Wedding Galore Sdn Bhd, perkahwinan Sairah bersama Mohd Sharidan Johari ini juga diserikan dengan kehadiran ahli keluarga dan beberapa rakan artis terdekat.
Selain tarikan majlis yang serba indah dan meriah, telatah comel anak-anak Sairah turut menarik perhatian. Paling mencuri tumpuan adalah anak sulung Sairah yang kini berusia 7 tahun iaitu Ummi Umairah atau Umai. Anak kecil ini kian menjadi bualan ramai apabila Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut memuat naik gambar bersama Umai yang jelas menunjukkan kemiripan wajah mereka berdua.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza bersama Umai (hujung kanan)Siti Sairah bersama tiga orang anak termasuk Umai
Dua orang lagi anak Sairah ialah Ahmad Daiyan dan Ahmad Aisy. Masing-masing berumur lingkungan 6 dan 4 tahun.
Mengimbas kembali momen Dato’ Sri Siti Nurhaliza bersama Umai, kanak-kanak perempuan ini juga pernah muncul dalam sebuah program TV bersama ibu saudaranya itu sekitar empat tahun lalu.
Malah, kalau mengikuti Instagram penyanyi nombor satu negara ini pasti anda sedar minat Umai yang gemar berdandan dan pandai menyanyi. Barangkali kerana darah seni yang mengalir dalam dirinya. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Mungkinkah puteri Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang bakal lahir Mac ini ada iras wajah Umai? Sama-sama kita nantikan.
Sumber foto: Instagram @ctdk, @sitisairahtarudin & @zaramizsdnbhd
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengucap panjang bila dapat tahu Lufya berdepan detik menakutkan dengan anak kecilnya baru-baru ini. Syukur ibu dan anak ini semakin sembuh dan selamat daripada menjadi mangsa culik. Selepas dua hari kejadian berlaku, barulah Lufya tampil mendedahkan insiden berkenaan.
Memuat naik gambar bukti yang menunjukkan beberapa kesan luka di wajahnya, pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar ini menerusi media sosial miliknya berkongsi kisah di sebalik kejadian tersebut.
“2 hari lepas Fya diserang oleh seorang lelaki yang nak cuba menculik anak perempuan saya. Masa tu kami berada di playground Kota Damansara ada lebih kurang jam 4-5 petang.
Seorang lelaki Melayu yang bersifat dayus telah memukul Fya menggunakan batang kayu ke kepala, badan serta menyebabkan kecederaan pada wajah dan badan.
Alhamdulillah anak selamat dan Fya pun selamat. I’m a fighter! Terpanggil nak share sesuatu yang penting walaupun kita ni wanita yang lemah, kita kena ada ilmu mempertahankan diri. Ikutkan orang yang menyerang tu lelaki yang agak besar dan kuat.”
Tambah selebriti berusia 37 tahun ini lagi, “Dengan izin Allah juga Fya dapat melawan dan menyelamatkan anak Fya. Syukur alhamdulillah moral of the story is we must always stay alert. Kita tak tahu orang zaman sekarang ni sanggup buat perkara-perkara yang keji.
Manusia makin tiada kemanusiaan. Doakan kesembuhan dan keselamatan kami ya.”
Lufya sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Laana Haura yang kini berusia empat tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak lengkap sambutan hari lahir kanak-kanak tanpa sambutan majlis hari lahir. Bagi meraikan ulang tahun ke 2, Fazura dan suami tersayang Fattah Amin menganjurkan sambutan hari lahir Fatima sebaik sahaja mereka sekeluarga pulang dari bercuti di Pulau Langkawi, Kedah baru-baru ini.
Muat naik terkini pelakon, penyanyi dan usahawan Nur Fazura mengenai sambutan hari lahir puteri tersayang meraih perhatian para peminat.
Mana tidaknya, Fatima diraikan dalam sambutan hari lahir bertemakan safari! Malah menurut Fazura, puteri tersayang memilih sendiri tema tersebut untuk sambutan majlis hari lahirnya itu.
Menurut Fazura, apabila ditanya, Fatima mengatak ‘mahu’ harimau, kuda belang dan zirafah.
Bertepatan dengan permintaan Fatima, maka pasangan selebriti ini memilih tema safari untuk meraikan sambutan hari lahir Fatima pada tahun ini.
Melihat posting video di laman Instagram Fazura, ramai peminat menitipkan ucapan hari lahir serta mendoakan semoga permata hari penyeri kehidupan rumah tangga Fattah Amin dan Fazura ini membesar menjadi anak yang solehah, penyejuk hati mommy dan daddy.
Perancang majlis @eventsbyazzwaa telah bertanggungjawab merealisasikan tema safari buat Fatima di mana segenap ruang ballroom dihiasi dengan mainan berupa haiwan-haiwan yang terdapat di zoo serta gabungan flora dan fauna yang nampak real dan mempersonakan!
Manakala ‘birthday girl’ pula tampil comel mengenakan gaun rona mint green sambil rambutnya diikat kemas. Jika tahun lalu, majlis ulang tahun Fatima bertemakan taman warna warni dan gabungan patung haiwan, belon dan bunga-bungaan, kali ini nampaknya tema berkaitan haiwan masih mendominasi majlis sambutan hari lahir Fatima.
Tidak hairanlah mengapa Fatima begitu menggemari haiwan. Agaknya mainan apa yang paling banyak dimiliki oleh Fatima? Haiwan atau anak patung ya?.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siti Zuraina Majid, pelopor arkeologi negara dan penemu Perak Man, dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Negara 2025. Ketahui perjalanan, pencapaian dan impak luar biasa beliau.