Jenama fesyen Naelofar, mengekalkan momentum Go Far mereka dengan pelancaran rasmi butik ketujuh mereka di IOI City Mall Fasa 2, Putrajaya baru-baru ini. Butik terbaharu itu dibuka secara rasmi kepada orang ramai mulai 1 September 2022 yang lalu.

IKLAN

Peminat Sanggup Beratur Panjang Demi Neelofa di Perasmian Butik Ke 7 Naelofar!
Keterujaan para peminat jelas terserlah dengan kehadiran Neelofa ke majlis perasmian yang diadakan secara santai itu di mana Neelofa memberi peluang untuk para peminat bergambar dengannya sepanjang majlis pembukaan rasmi tersebut. Para peminat Neelofa sanggup beratur dan sabar menunggu giliran untuk berselfie bersama selebriti kesayangan mereka itu.

Peminat Sanggup Beratur Panjang Demi Neelofa di Perasmian Butik Ke 7 Naelofar!

Peminat Sanggup Beratur Panjang Demi Neelofa di Perasmian Butik Ke 7 Naelofar!
Meraikan pelanggan mereka, pembukaan kedai dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan hadiah percuma daripada permainan dan penyertaan aktiviti, cabutan bertuah, di samping sesi temu mesra eksklusif di mana pengunjung dan peminat dapat bertemu dan berinteraksi bersama pengasas Noor Neelofa Mohd Noor, Datin Noor Kartini, Athisha Khan dan Noor Nabila.

Pelanggan juga kini boleh masuk dan mengukir parap mereka pada beg Naelofar kegemaran mereka dan kotak selendang di kaunter personalisasi pertama dalam butik Naelofar yang menawarkan pemparapan dengan hanya RM10.

Peminat Sanggup Beratur Panjang Demi Neelofa di Perasmian Butik Ke 7 Naelofar!Kedai ketujuh ini menampilkan kesinambungan konsep minima jenama yang boleh dikenali dengan mudah di seluruh kedai sedia ada mereka, mempamerkan tekstur sederhana dalam gandingan kontemporari.

IKLAN

Peminat Sanggup Beratur Panjang Demi Neelofa di Perasmian Butik Ke 7 Naelofar!

Peminat Sanggup Beratur Panjang Demi Neelofa di Perasmian Butik Ke 7 Naelofar!
.Ruang seluas 2,010 kaki persegi dipenuhi dengan produk terbaik Naelofar, koleksi terbaru, bilik persalinan, kaunter personalisasi dan banyak tempat yang sesuai untuk dimuat naik ke Instagram, menawarkan pengalaman membeli-belah yang menarik untuk #NaelofarBabes.
Di Naelofar, untuk dapat melebarkan sayap kami ke seluruh Malaysia adalah satu impian yang ingin dikecapi dan kami sangat gembira dapat membuka cawangan baru kedua kami pada tahun, ” ujar Noor Neelofa, pengasas Naelofar.

IKLAN

Peminat Sanggup Beratur Panjang Demi Neelofa di Perasmian Butik Ke 7 Naelofar!

Peminat Sanggup Beratur Panjang Demi Neelofa di Perasmian Butik Ke 7 Naelofar!
Bulan September ini juga merupakan bulan ulang tahun Naelofar dan pembukaan butik baru dapat membantu menjadi pilihan pertama setiap wanita untuk tampil bergaya dengan sederhana adalah satu permulaan yang baik untuk meraikan tahun ke-8 Naelofar dalam industri di samping membuka lebih banyak cawangan dalam masa akan datang.

Peminat Sanggup Beratur Panjang Demi Neelofa di Perasmian Butik Ke 7 Naelofar!
“Pelbagai aktiviti dan pelancaran menarik yang akan kami lakukan pada masa akan datang untuk meraikan pelanggan dan #NaelofarBabes kami. Kami amat berterima kasih atas sokongan berterusan mereka,” ujar Neelofa mengakhiri perbualan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI