Lewat kebelakangan ini, penularan wabak COVID-19 terutamanya gelombang varian Omicron semakin menjadi-jadi. Kes positif meningkat seperti tsunami. Walau bagaimanapun, majoriti pesakit dilaporkan hanya berdepan gejala ringan dan sembuh selepas tempoh kuarantin di rumah.
IKLAN
Dengan peningkatan mendadak ini, ramai yang tertanya-tanya tentang cara paling sahih untuk mengesan kes positif dengan tepat. Perlu ke buat ujian RT-PCR lagi lepas kit ujian pantas menunjukkan tanda positif?
Sebenarnya keputusan kit ujian pantas (RTK) sahaja sudah memadai untuk mengesan kes positif.
Memetik perkongsian Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di Twitter beliau pada Isnin, ini lima sebab mengapa kita perlu kurangkan kebergantungan terhadap ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) terutama dalam gelombang Omicron.
“Memasuki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April akan datang, kita perlu mengurangkan kebergantungan kepada ujian PCR dan mengutamakan ujian RTK-Antigen dalam menjalani kehidupan seharian.
Di sini saya kongsikan beberapa faktor mengapa ujian RTK-Antigen perlu menjadi rujukan kita sekarang.” Khairy
Kit ujian kendiri COVID-19
IKLAN
1. PCR lebih mahal berbanding kit ujian pantas (RTK) Antigen yang lebih murah dan mudah didapati.
2. Keputusan PCR mengambil masa yang lama, antara 24 jam hingga 48 jam. Keputusan ujian RTK boleh diperolehi dalam tempoh 15 minit.
IKLAN
3. Pakar kesihatan berpendapat RTK sudah memadai untuk mengesan kes positif yang mempunyai tahap kebolehjangkitan yang tinggi.
4. Ada sesetengah Ujian PCR akan terus menunjukkan positif meskipun pesakit sudah pulih kerana mempunyai tahap sensitiviti yang tinggi.
5. Ujian RTK lebih efektif ketika negara mendepani gelombang Omicron bagi mengesan kes positif dengan lebih pantas.
Ujian RTK membolehkan kita mengesan kes positif yang ‘infective’ dengan lebih pantas & mengasingkan diri terutama dalam gelombang Omicron di mana varian ini cepat merebak. RT-PCR boleh digunakan dalam situasi tertentu seperti untuk ke luar negara atau untuk pulang ke Malaysia. pic.twitter.com/6KpLjs3dxW
Tubuh manusia mengandungi air sebanyak 70 peratus, menunjukkan air merupakan salah satu elemen terpenting dalam tubuh. Oleh itu, air perlu diambil dalam kuantiti yang mencukupi agar sistem dalam tubuh mampu bekerja pada tahap optimum dan minda menjadi cergas dan bertenaga. Air perlu diambil pada waktu dan jumlah yang tepat serta konsisten.
Kita sering mendengar nasihat tentang perlu minum dua liter air atau 8 gelas air setiap hari. Benarkah amalan ini boleh dipraktikkan oleh setiap individu? Kajian daripada Institute of Medicine’s Food and Nutrition Board menyatakan bahawa wanita memerlukan 2.6 liter air sehari manakala lelaki pula memerlukan 3.7 liter air setiap hari. Sebenarnya jumlah air ini bukan datangnya daripada air putih semata-mata malah boleh datang daripada sup atau buah-buahan yang mengandungi air.
Waktu Yang Tepat Untuk Minum Air Putih
1. Minum Dua Gelas Air Selepas Bangun Tidur
Seperti yang diketahui tidur di waktu malam membenarkan tubuh berehat dan organ melakukan proses detoksifikasi. Ketika ini tubuh akan mengalami dehidrasi atau kekurangan cecair. Sebaik-baik sahaja bangun daripada tidur adalah waktu terbaik untuk minum air putih. Air putih ini boleh membantu menggiatkan organ dalaman, merangsang metabolisme dan membuang racun di dalam tubuh.
2. Minum Satu Gelas Sebelum Mandi
Kuasa air putih memang tidak perlu disangkal lagi. Sebelum masuk ke bilik air disarankan untuk mengambil segelas air suam kerana jumlah air ini dapat membantu mengembangkan pembuluh darah yang mengakibatkan tekanan darah turun. Kemampuan air putih ini turut mencairkan tingkat natrium dalam tubuh juga turut membantu menurunkan tekanan darah dalam tubuh.
3. Minum Satu Gelas Air 30 Minit Sebelum Makan
Makan bersulamkan air adalah suatu amalan yang patut ditinggalkan. Sebaik-baiknya minum segelas air setengah jam sebelum makan untuk membantu penghadaman. Sementara itu, selepas makan digalakkan untuk minum air semula selepas 30 minit. Air yang terlalu banyak selepas makan boleh merosakkan pencernaan kerana mengganggu sistem semula jadi asid dan hempedu yang diperlukan dalam perut untuk proses penghadaman.
4. Minum Air Ketika Penat
Hampir setiap organ tubuh memerlukan air untuk berfungsi terutamanya otak dan sistem saraf. Memiliki jumlah air yang mencukupi dapat membenarkan otak berfungsi dengan lebih baik. Kekurangan air pada otak bukan sahaja mempengaruhi fungsi otak malah boleh menyebabkan tubuh cepat penat, hilang fokus, sakit kepala, cepat marah dan mempunyai masalah tidur.
5. Minum Air Sebelum Dan Sesudah Bersenam
Keperluan air selepas bersenam tidak perlu disangkal lagi. Tubuh secara automatik akan mencari air putih untuk menghilangkan penat selepas bersenam. Ironinya dalam situasi ini air putih lebih berharga berbanding dengan jus oren atau tembikai. Minum air putih dengan banyak sebelum dan sesudah bersenam juga boleh membantu meningkatkan daya otot tubuh.
6. Minum Satu Gelas Air Sebelum Tidur
Ramai yang tidak suka untuk minum air putih sebelum tidur kerana khuatir perlu bangun malam untuk membuang air kecil. Sebenarnya minum air sebelum tidur adalah tindakan yang baik untuk membuang toksik yang tidak diperlukan dalam tubuh. Minum segelas air putih sebelum tidur juga boleh membantu mengelak serangan angin ahmar dan serangan jantung. Selain itu, minum segelas air putih sebelum tidur juga akan membuat tidur kita terasa lebih nyenyak.
Bertuah Amy Roshaida dikurniakan anak penyayang dan mengenang budi macam Datin Paduka Eina Azman! Mana tidaknya, walau anak bongsu kesayangan sudah berumah tangga dan bergelar ibu tapi tetap tidak lupa pengorbanan ibu.
Malah, sering membawa ratu hatinya itu pergi bercuti. Tidak kira melancong dalam mahupun luar negara, Datin Eina tidak ketinggalan meluangkan masa bercuti dengan ibu.
Bersempena Hari Ibu baru-baru ini, isteri Datuk Paduka Kaiser menitipkan ucapan istimewa buat ibu tersayang, Amy Roshaida.
“Happy mothers’ day to me and my beloved mummy, Amy Roshaida. I feel so blessed to have you as my mother. You are the greatest mum, MIL and grandma that we could ever have asked for.
Thanks for always believing in me and doing so much for all of us. Love you so much mummy.”
Amy Roshaida yang bakal meniti usia 56 tahun pada Ogos nanti merupakan adik kepada penyanyi, Juliza Adlizan. Dia sebelum ini merupakan penyanyi era 1980an dan antara lagu dendangannya ialah Dusta, Aku Tahu dan Aku Tergoda pada tahun 1985.
Patutlah Datin Eina pun boleh menyanyi, warisi bakat ibu!
Kira-kira tiga tahun lalu, Datin Eina mendedahkan, “Mummy adalah segalanya untuk Eina! Semua dah tahu yang saya dibesarkan dalam family yang besar dan memang rapat sangat dengan Mummy.
Eina amat mengagumi Mummy dengan cara dia membesarkan dan mendidik 5 anak-anaknya. Bukan senang tau!
Setiap anak-anak ada perangai yang berbeza, jadi cara nak didik dan bagi teguran pun ada lain caranya. Lagi satu, Mummy memang suka masak, jadi dari situlah saya mula belajar masak. Sampai sekarang, memasak tu dah jadi salah satu passion Eina!”
Menjengah media sosial Amy, dia juga gemar memasak seperti Datin Eina. Pasti sebelum anak tersayang berkahwin, pelbagai petua dan resipi masakan dikongsikan ibu ini kepada aktres jelita berkenaan.
Selain itu, Amy Roshaida di platform Instagram miliknya turut mendedahkan dia juga ialah perawat tradisional.
Semoga ibu dan anak ini sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Serta hubungan akrab mereka menjadi sumber inspirasi kepada pasangan ibu dan anak yang lain.
Pernahkah anda terkejut melihat penyata kad kredit anda pada hujung bulan selepas membeli sesuatu dari kedai dalam talian antarabangsa? Adakah caj keseluruhan yang dikenakan ke atas kad kredit anda kelihatan tidak sama jumlahnya dengan yang anda lihat semasa semakan akhir?
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, membeli-belah secara dalam talian menjadi semakin popular kerana ia membolehkan kita membeli pelbagai barangan dengan hanya beberapa klik pada peranti elektronik kita. Pun begitu, ramai rakyat Malaysia masih terdedah kepada fi tersembunyi dan caj yang tidak adil apabila melakukan pembelian, pelancongan, dan pemindahan dana antarabangsa.
Dalam keadaan inilah pentingnya mempunyai akaun mata wang asing yang boleh membantu menyelaraskan cara anda menghantar, membelanja atau menerima wang.
Sama ada anda menggunakannya untuk tujuan peribadi atau perniagaan, akaun mata wang global ini memberikan kebebasan tambahan dan memadamkan sempadan. Di sini dikongsikan beberapa cara bagaimana akaun dan kad mata wang asing boleh membantu memudahkan hidup anda:
1. Berbelanja dalam mata wang tempatan apabila membuat pembelian antarabangsa
Kita semua tahu bahawa rakyat Malaysia memang suka membeli-belah. Apabila pandemik melanda, ramai rakyat negara ini beralih daripada berbelanja di pusat beli-belah kepada kedai dalam talian, sama ada kedai tempatan mahupun antarabangsa. Peralihan ke pembelian dalam talian ini didorong oleh keperluan tetapi ia turut membantu ramai rakyat Malaysia untuk membeli barangan kegemaran mereka dalam suasana selesa dan selamat di rumah sendiri. Bagaimanapun, transaksi begini boleh mengecewakan apabila kita berdepan dengan fi tersembunyi dan kadar tukaran yang tidak menentu. Oleh itu, cara terbaik bagi menangani perkara ini ialah dengan memilih untuk membayar dalam mata wang negara di mana anda membeli – di sinilah akaun mata wang asing anda akan memainkan peranannya. Membayar seperti orang tempatan untuk menjimatkan fi tambahan dan mendapatkan kadar tukaran yang lebih baik!
2.Kawal kewangan anda apabila melancong ke luar negara
Situasi pandemik yang semakin reda mendorong banyak negara untuk membuka sempadan mereka — keputusan yang mengujakan ramai rakyat Malaysia yang mula merancang percutian masing-masing dengan teliti. Oleh itu, jika anda bercadang untuk melancong ke luar negara, mempunyai kad mata wang asing akan membantu anda berbelanja dalam pelbagai mata wang tidak kira di negara manapun anda berada, dengan kadar tukaran yang lebih baik, dan biasanya lebih rendah daripada bank tradisional anda.
Anda tidak perlu risau tentang penipuan kerana anda sentiasa berada dalam keadaan terkawal apabila menggunakan akaun mata wang asing, dengan notifikasi transaksi yang pantas dan boleh membekukan kad anda serta merta. Anda juga dapat berbelanja seperti orang tempatan kerana anda boleh menggunakan kad itu untuk mengeluarkan wang daripada akaun mata wang asing anda di ATM di seluruh dunia.
3.Mendapat bayaran seperti orang tempatan walaupun dari pelanggan luar negara
Bekerja secara bebas adalah antara cara terbaik untuk menyokong gaya hidup yang tidak terikat dengan kerja pejabat yang tradisional. Bagi ramai orang, ia juga adalah peluang untuk bekerja dalam syarikat yang menarik di negara yang berbeza. Ia juga bermakna mempunyai kebebasan untuk merancang hari anda, dan pada masa sama, anda bertanggungjawab mengekalkan aliran kerja yang berterusan. Meluaskan horizon anda kepada kelompok pelanggan serantau atau global boleh membuahkan hasil yang lebih baik dan mungkin pendapatan yang lebih tinggi juga.
Tetapi timbul satu persoalan, bagaimana bayaran yang anda terima? Kebanyakan syarikat berusaha membayar pekerja bebas mereka dalam mata wang tempatan. Jadi, di sinilah terletaknya kepentingan akaun mata wang asing, yang membolehkan anda menerima gaji dan pembayaran invois dalam mata wang tempatan mereka, yang boleh ditukarkan ke mata wang tempatan anda untuk digunakan. Maka tiada lagi fi bank yang tinggi atau kadar tukaran wang yang tidak adil untuk kedua-dua belah pihak!
4.Menguruskan aset luar negara anda dari jauh
Sebaik anda membeli aset di luar negara, anda akan berfikir tentang cara yang paling sesuai untuk membayar utiliti, cukai, dan lain-lain fi mandatori. Untuk mentafsir caj yang tidak pasti dan tersembunyi yang dikenakan apabila melakukan pemindahan wang melalui bank memang boleh membuatkan kita berasa tertekan. Lagi pun, tiada siapa yang mahu membayar lebih daripada sepatutnya, kerana ia hanya akan menyebabkan kerugian wang.
Inilah hakikatnya jika anda membeli aset sebagai pelaburan dan menjadikannya sebagai Airbnb atau ruang acara untuk disewa. Satu pilihan yang bagus untuk menguruskan aset begini ialah dengan memiliki akaun mata wang asing, di mana anda boleh membayar dan menerima bayaran dalam mata wang tempatan, dan kemudian menukarnya ke dalam mata wang yang anda inginkan apabila mendapat kadar tukaran yang baik. Ia mempermudahkan urusan dan memadamkan kerumitan pengurusan aset — selain menjimatkan wang.
Anda juga perlu tahu pentingnya untuk memilih akaun mata wang asing yang membolehkan anda menyimpan sementara, menerima atau menukar pelbagai mata wang berbeza pada kadar yang serendah mungkin. Dengan Wise, anda akan dapat menikmati kadar tukaran pasaran pertengahan untuk pemindahan, penukaran dan banyak lagi tanpa fi tersembunyi.
Ciri lain yang perlu diperhatikan ialah pengesahan keselamatan 3-D, yang memastikan setiap transaksi adalah selamat. Jadi, jika anda mahu menjalankan transaksi antarabangsa dari suasana selesa di rumah anda atau mengelilingi dunia untuk melihatnya sendiri, maka memiliki akaun mata wang asing adalah satu langkah yang bijak.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...