Puas cari merata-rata butik, tak jumpa-jumpa juga pilihan hati. Jenuhlah macam ini. Raya dah nak dekat, kurang seminggu saja lagi. Tapi baju raya masih belum ada. Kenapa susah sangat hendak dapat baju raya warna Dark Blue?

IKLAN

Hah, memanglah susah hendak cari. Dark Blue antara warna kegemaran raya tahun ini! Sampaikan dalam butik online pun banyak yang dah sold out. Selain rona istimewa ini, ada empat lagi warna yang menjadi rebutan.

  • Dark Blue

Disebabkan warnanya yang tampak klasik dan elegan, ramai gadis yang memilih untuk bergaya pada pagi Raya dengan rona ini. Selain tarikan itu, dark blue juga mudah dipadankan dengan apa juga kombinasi warna untuk tudung, kasut, beg tangan dan sebagainya.

  • Merah Jambu

Rona ini jelas menyerlahkan peribadi wanita yang penuh dengan kelembutan.Lagipun, 9/10 wanita memang suka dengan warna ini kerana nampak cantik di mata mereka. Tapi jangan pula dari hujung rambut ke hujung kaki pakai serba merah jambu.

  • Army Green

Army green atau lebih mesra dikenali sebagai warna tentera. Warnanya yang eksklusif sudah cukup menggambarkan perwatakan si pemakai. Tambahan pula, warna ini menonjolkan aura segar, tegas dan versatil.

IKLAN
  • Kelabu

Tidak terlalu gelap dan tak terlalu lembut. Sebab itu warna kelabu sering menjadi pilihan ramai terutama wanita. Lagipun, ia sesuai hendak dipadankan dengan apa juga warna.

  • Maroon

Menyerlahkan semangat berani dan mudah mencuri perhatian. Sangat sesuai digayakan bagi mereka yang berkulit cerah. Ada juga yang berpendapat palet rona ini menyerlahkan peribadi seksi.

IKLAN

Masih tak tahu di mana hendak beli baju raya? Kunjungi MYDIN hari ini. Di MYDIN, koleksi Mikayla terdapat dalam pelbagai pilihan rekaan baju raya moden dan kontemporari ada dijual sempena lebaran yang bakal tiba. Malah, semua warna pilihan di atas boleh didapati dengan mudah di sini. Jangan risau tentang saiz dan harga sebab MYDIN menawarkan harga berpatutan khusus untuk semua golongan.