59 Orang TERBUNUH Dalam Insiden Tembakan Rambang di Las Vegas. Keganasan Yang MERUNTUN Hati.

Malam semalam menyaksikan seorang penembak melepaskan tembakan rambang ke arah kawasan festival muzik yang berlangsung  berdekatan kawasan tumpuan orang ramai di Las vegas. Insiden malang ini meyebabkan setakat ini sekurang-kurangnya 59 orang terbunuh dan lebih 527 orang cedera menjadikan insiden ini antara insiden tembakan rambang paling teruk dalam sejarah negara Amerika Syarikat.

Ketika tembakan tersebut berlaku, penyanyi genre country terkenal, Jason Aldean sedang mengadakan persembahan. Sejurus kedengaran bunyi tembakan, penonton yang tercedera dilihat bermandikan darah dan ramai yang lain menjerit menyuruh semua orang tunduk dan berbaring. Lantas muzik dihentikan serta merta.

Beberapa fakta mengenai kejadian malang ini.

  1. Penembak yang dikenali sebagai Stephen Paddock berusia 64 tahun melancarkan serangan dari tingkat 32 hotel Madalay Bay Resorts dengan memecahkan cermin bilik.
  2. Stephen yang berasal dari Nevada, Amerika Syarikat membunuh diri sebelum pihak berkuasa menyerbu bilik hotel.
  3. Setakat ini penembak tidak dikaitkan dengan mana-mana organisasi pengganas antarabangsa.
  4. Pihak polis menemui lebih 20 senjata tembak berlainan seperti beberapa jenis pistol tangan dan rifles.

Jom saksikan beberapa video yang dirakam oleh mereka yang berada di tempat kejadian.

Sumber: ABC News

 

IKLAN
Share