Malam semalam menyaksikan seorang penembak melepaskan tembakan rambang ke arah kawasan festival muzik yang berlangsung berdekatan kawasan tumpuan orang ramai di Las vegas. Insiden malang ini meyebabkan setakat ini sekurang-kurangnya 59 orang terbunuh dan lebih 527 orang cedera menjadikan insiden ini antara insiden tembakan rambang paling teruk dalam sejarah negara Amerika Syarikat.
Ketika tembakan tersebut berlaku, penyanyi genre country terkenal, Jason Aldean sedang mengadakan persembahan. Sejurus kedengaran bunyi tembakan, penonton yang tercedera dilihat bermandikan darah dan ramai yang lain menjerit menyuruh semua orang tunduk dan berbaring. Lantas muzik dihentikan serta merta.
Ads
Beberapa fakta mengenai kejadian malang ini.
Penembak yang dikenali sebagai Stephen Paddock berusia 64 tahun melancarkan serangan dari tingkat 32 hotel Madalay Bay Resorts dengan memecahkan cermin bilik.
Stephen yang berasal dari Nevada, Amerika Syarikat membunuh diri sebelum pihak berkuasa menyerbu bilik hotel.
Setakat ini penembak tidak dikaitkan dengan mana-mana organisasi pengganas antarabangsa.
Pihak polis menemui lebih 20 senjata tembak berlainan seperti beberapa jenis pistol tangan dan rifles.
Jom saksikan beberapa video yang dirakam oleh mereka yang berada di tempat kejadian.
Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang merupakan karnival pendidikan terbesar di Selangor bakal berlangsung bermula 8 hingga 10 September 2023 bermula pukul 9 pagi hingga 7 petang di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.
Karnival yang mengetengahkan konsep memacu pendidikan generasi digital itu memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar dan guru mengenai pembelajaran luar bilik darjah.
Menurut Pengarah Projek, Meen Tahrin, karnival julung kali yang diadakan itu merupakan Karnival Pendidikan terbesar di negeri Selangor yang pernah dianjurkan.
Tambah beliau, karnival tersebut diadakan dengan kerjasama antara Sinar Harian, Sinar.Bestari; dan juga Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.
“Karnival ini terbuka kepada orang ramai dan masuk adalah percuma. Para pengunjung terutama pelajar sekolah boleh menyertai pelbagai pertandingan yang telah kami aturkan dan mereka akan menyertainya melalui penglibatan sekolah masing-masing.
“Pada masa yang sama, penglibatan pelbagai agensi kerajaan pastinya memberi kelainan dalam karnival pendidikan ini kerana kita dapat melihat dengan lebih dekat peranan masing-masing,” ujarnya yang juga merupakan Editor Eksekutif Gaya Hidup dan Hiburan Sinar Harian.
Tambah Meen, karnival tersebut turut dilihat menjadi platform kepada ibu bapa dan juga masyarakat dalam mengenali lebih dekat dunia pendidikan yang berasaskan digital pada hari ini.
Dalam pada itu, Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang berlangsung selama tiga hari itu bakal menampilkan pelbagai aktiviti menarik kepada para pengunjung.
Antaranya demo Unit Beruniform daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Bomba; Pameran Digital Skil dan Kerjaya serta 60 pempamer yang lain seperti Planetarium Negara, Farm Fresh, AirAsia Academy, Grup Buku Karangkraf, Petrosains, Les’ Copaque dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
Selain itu, turut berlangsung SinarPlus Makan Fest, rumah hantu, uji bakat TV Pusat Sumber Sekolah (TV PSS) serta zoo mini dan kereta kuda yang disediakan kepada orang ramai yang hadir.
Turut diadakan juga 17 pertandingan untuk pelajar sekolah seperti robotik, Sinar Bestari Got Talent, bola keranjang, dikir barat, crossword puzzle dan banyak lagi.
Tidak ketinggalan persembahan silat dan program kids Quran Hour daripada pelajar-pelajar sekolah sekitar negeri Selangor.
Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bakal merasmikan Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Jumaat, 8 September 2023, pukul 3 petang.
“Selain guru dan pelajar, karnival ini juga memberi peluang kepada ibu bapa dan orang ramai Untuk membawa anak mereka sekali gus menyaksikan pelbagai pameran menarik secarapercuma,” katanya.
Rasa bahagia hadir dalam pelbagai bentuk. Walau usia perkahwinan Beto Kusyairy dan isteri sudah mencecah 17 tahun namun rumah tangga mereka kekal bahagia meskipun tanpa kehadiran zuriat.
Tidak meletakkan ‘anak’ sebagai kayu ukur dalam menentu kebahagiaan suami isteri, pasangan romantis ini memilih untuk bahagia dengan cara sendiri.
Sering disebut-sebut sebagai suami penyayang dan setia, bintang filem Mat Kilau ini enggan ‘terlena’ dengan pujian masyarakat.
Sebaliknya, Beto dan suri hati kesayangan iaitu Tisha Shahar selesa menjalani kehidupan sederhana tanpa dibayangi dengan gaya hidup glamor golongan selebriti.
Terbaharu, Beto atau nama penuhnya Nurkusyairy Zakuan menerusi perkongsian di media sosial menitipkan ucapan ringkas namun penuh makna buat isteri tercinta.
“Yang terutama dalam hidupku selain kedua orang tua. Though we don’t celebrate, I pray nothing but the best and will always have your back. Happy 45th birthday love.”
Dalam pada itu, dia turut memohon doa daripada peminat agar mendoakan kesejahteraan Allahyarham kembar Tisha yang dikenali sebagai Nisha.
“Mohon sedekahkan juga Al-Fatihah buat kembarnya, Nisha yang telah kembali kepada pencipta 20 tahun lalu.”
Beto Kusyairy dan Tisha sah bergelar suami isteri pada 1 Februari 2008. Sepanjang perkahwinan, jarang dengar kisah kurang enak mengenai pasangan ini. Bahkan aktor berbakat besar berkenaan sering membawa Tisha menemaninya ke mana saja.
Sejak muncul dalam industri seni, nama Beto jarang terpalit kontroversi melainkan kisah komitmennya yang tinggi dalam setiap karya yang dibintangi. Imej bersih ini menambah rasa hormat peminat terhadap dirinya.
Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Beto terlebih dahulu membina nama sebagai maskot untuk siri televisyen pendidikan kanak-kanak, Along. Lelaki kelahiran Kuala Lumpur ini turut memiliki kelulusan Diploma Perhotelan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Tiada apa yang lebih membahagiakan seorang ibu apabila berpeluang menyaksikan kejayaan anakanda tersayang. Begitulah perasaan yang dinikmati penceramah motivasi terkenal, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa selepas salah seorang cahaya matanya berjaya menghafaz Al-Quran. MashaAllah, tumpang bahagia dan gembira. Pastinya tanpa sokongan dan didikan yang baik daripada ibu bapa, pencapaian membanggakan seperti itu tidak dapat digapai. Tahniah!
Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa sememangnya terkenal sebagai salah seorang individu berpengaruh yang sentiasa menyebarkan aura positif kepada masyarakat. Kelembutan tutur bicara beliau dalam berdakwah meninggalkan kesan mendalam kepada para pendengar. Terbaharu, ibu kepada tujuh anak ini berkongsi rasa bahagia dapat menikmati kemanisan kejayaan puteri kelimanya sempena ulang tahun kelahiran anak gadis tersebut pada awal Januari lalu.
“Umi sangat sangat bahagia melahirkan, membesarkan dan menemanimu selama ini. Hari Nor Iman Sofia menyempurnakan hafazan 30 juzuk adalah antara hari bahagia Umi. Umi masih ingat air mata anak Umi ini. Ketika Umi menasihatkan Nor Iman Sofia di tengah-tengah kegembiraan Nor Iman Sofia, bahawa ini adalah permulaan.
Langkah kita untuk menjadi generasi Al-Quran baru saja berada di gerbang permulaan. Umi akan temani Nor Iman Sofia selagi masih ada hayat dan kemampuan Umi insyaAllah untuk terus menjadi ibu, guru dan sahabat akrabmu dalam journey Al-Quran mu. Umi sentiasa melihat kelebihanmu, bakatmu mengalir dalam ketulusan senyumanmu. Nor Iman Sofia insyaAllah bakal menjadi murabbiyah Ummah. Aameen Ya Rabbala’lamin.”
Cukup tersentuh melihat kasih sayang seorang ibu terhadap anak mereka. Nona percaya, mana-mana ibu sekalipun akan rasa paling bahagia dan gembira apabila anak-anak mereka cemerlang dalam kehidupan.
Yang pasti, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa sendiri mendedahkan kepada Nona bahawa kejayaan beliau hari ini juga adalah kerana sokongan kedua-dua ibu bapanya. Malah merekalah sumber inspirasi beliau selama ini. “Mak abah sentiasa bagi galakan. Dari kecil saya dah dibiasakan menyertai macam-macam pertandingan termasuklah pertandingan bercerita, baca berita, nasyid, syarahan Bahasa Melayu, Inggeris dan Bahasa Arab.
Memang stress masa kecil dulu sebab asyik duduk depan orang ramai. MashaAllah, rupa-rupanya itu latihan dan didikan terbaik untuk saya. Mak abah akan sentiasa bimbing saya untuk berada di hadapan khalayak. Malah mengajar doa untuk tenangkan hati dan tak putus-putus bagi nasihat serta teguran positif.”
Di samping bergelar pakar motivasi dan pendakwah, Ustazah Datuk Dr Norhafizah juga merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Penasihat Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz. Komitmen beliau membangunkan modal insan berkualiti mendapat perhatian banyak pihak.
Tanggal 1 Februari 2018, beliau menerima perkhabaran gembira sekaligus melakar pencapaian membanggakan apabila terpilih menjadi penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. Pengurniaan darjah kebesaran itu membawa gelaran Datuk.
Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa juga bukan sahaja menjadi sumber inspirasi kepada kaum wanita bahkan anak-anaknya turut mengagumi kemampuan ibu mereka. Mana tidaknya, dalam kesibukan mengurus kerjaya penceramah, suami dan tujuh anak… beliau berjaya meraih PhD ketika berusia 43 tahun.
Kredit foto: Instagram Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.