Anting-anting merupakan aksesori pelengkap yang penting buat penampilan wanita. Selain menunjang penampilan, anting-anting juga mampu memberikan biasan yang lebih feminin buat gaya anda.
Dengan memakai subang yang sesuai dengan peribadi, personaliti, pakain dan situasi, pastinya penampilan anda bakal menjadi lebih menyerlah. Oleh itu, pastikan anda memilih anting-anting yang tepat dan sempurna. Nona kongsikan 6 jenis anting-anting ini yang boleh dipilih mengikut kesesuaian majlis.
IKLAN
TEARDROPS
Seperti namanya, anting-anting jenis ini kelihatan persis air mata yang jatuh. Ia sesuai buat mereka yang memiliki wajah berbentuk hati. Selain memberikan penampilan yang lebih seimbang, anting-anting ini sering dijadikan pilihan kerana bentuknya yang cantik.
STUD
Jenis anting-anting ini sesuai untuk semua bentuk wajah. Reka bentuknya dianggap paling sederhana jika dibandingkan dengan yang lain. Ia kelihatan ringkas dan minimalis sesuai buat wanita yang inginkan gaya bersahaja.
CLUSTER
Nampak seperti stud, namun ia tampil lebih kompleks dari segi rekaannya. Anting-anting jenis ini mempunyai banyak sulaman batu permata ataupun perincian bagi memberi kesan lebih menawan. Ia memberi satu statement yang lebih nyata buat si pemakai.
IKLAN
HUGGIES
Ia kelihatan seperti Hoop namun saiznya jauh lebih kecil. Ia juga dilengkapi dengan suntikan batu permata yang membiaskan aura glamor serta membuatkan si pemakai tampil lebih feminin. Sesuai buat mereka yang memiliki wajah petak.
IKLAN
DANGLE
Sesuai buat mereka yang mempunyai wajah berbentuk bulat dan hati. Anting-anting jenis ini memberikan impak kontras buat wajah anda dan melahirkan kesan lebih mewah. Juraian dari anting-anting ini juga melahirkan kesan dramatis buat penampilan anda.
CHANDELIER
Chandelier merupakan gabungan dari Stud dan Dangle dan sesuai untuk mereka yang mempunyai wajah hati atau oval. Bentuk anting-anting ini mempunyai juntaian lebih dari dua ke tiga lapis. Anting-anting jenis ini memberikan kesan lebih elegan dan eksklusif buat si pemakai. Kebiasaanya, rekaan anting-anting ini dipenuhi dengan kombinasi batu permata yang membuatkan si pemakai kelihatan cukup berharga. Fadhli Ismail
Aktres senior seperti Helen Mirren, Glenn Close, Angela Basset, Diane Keaton, dan Meryl Streep antara contoh wanita matang dan bergaya.
Nona kongsikan 6 ikon fesyen yang masih aktif bekerja walaupun sudah berusia lebih 60 tahun.
IRIS APFEL (100 Tahun)
Ikon fesyen dunia ini cukup sinonim dengan pakaian berwarna terang bersama padanan aksesori yang berlapis-lapis serta cermin mata bulat bersaiz besar. Usia hampir seabad, Iris Apfel masih sibuk berkarya.
Kredit Foto: IG Iris Apfel
Memulakan karier bersama mendiang suaminya, Carl Apfel, Iris membina perniagaan pembuatan semula tekstil antik dan etnik.
Dia juga bekerja sebagai pereka dalaman.
Kredit Foto: IG Iris Apfel
Selepas bersara daripada perniagaan replika tekstil, Iris menandatangani kontrak sebagai model dengan IMG pada usia 97 tahun. Pada 2018, Iris menjadi manusia tertua yang dijadikan versi anak patung Barbie oleh Mattel!
CARMEN DELL’OREFICE (91 Tahun)
Mula menghiasi halaman Vogue AS pada usia 15 tahun, Carmen Dell’Orefice kini dikenali sebagai model tertua.
Kredit Foto: IG Carmen Dell’orefice
Carmen mempunyai badan yang kurus dengan struktur tulang muka yang tajam membuatkannya kelihatan begitu menawan.
Kredit Foto: IG Carmen Dell’orefice
Setelah memasuki usia matang, rambut putihnya yang lebat menambahkan lagi kecantikan aslinya.
Kredit Foto: IG Carmen Dell’orefice
Hingga kini, Carmen masih menerima tawaran untuk muncul di pentas fesyen dunia seperti Anna Sui, Stephane Rolland, Philip Plein, Mugler, Guo Pei, Sephora dan H&M.
JERRY HALL (66 Tahun)
Jerry Hall telah mencuri perhatian dunia dengan raut wajah yang berani, senyuman yang cantik serta rambut perang yang cantik meleret.
Memiliki darah British, Ireland dan Belanda, Jerry memulakan kariernya pada 1975. Pada 1977, Jerry telah menghiasi muka depan bagi 40 majalah fesyen antarabangsa. Tubuhnya yang tinggi lampai membuatkan dia menjadi antara model termahal ketika itu dengan pendapatan seribu dolar sehari.
Kredit Foto: IG Jerry Hall
Tidak terhad kepada peragaan, Jerry mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan iaitu teater dan filem..
Kecantikannya turut memikat penyanyi lagenda Mick Jagger dan kedua-duanya berkahwin di Bali serta dikurniakan 4 orang anak. Selepas bercerai, Jerry berkahwin semula pada 2016. Kecantikan Jerry diwarisi dua anak perempuannya yang aktif sebagai model iaitu Elizabeth Jagger dan Georgia May Jagger.
FAITH ABDULMAJID (67 Tahun)
Bukan mudah bekerja sebagai model kulit hitam pada era 70-an, namun bagi Iman Abdulmajid takdir membawanya menjadi model kulit majalah Vogue pada 1976.
Selepas itu, pelbagai tawaran kerja sebagai model datang kepadanya.
Kredit Foto: IG Faith Abdulmajid
Terkenal dengan fizikal tinggi lampai, langsing dan leher jinjang, Iman digunakan secara meluas sebagai inspirasi dan model kegemaran pereka dunia untuk persembahan fesyen seperti Yves Saint Laurent, Thierry Mugler, Halston, Versace, Calvin Klein dan Issey Miyake.
Kredit Foto: IG Faith Abdulmajid
Model senior ini adalah isteri kepada penyanyi legenda ikonik David Bowie. Perkahwinan itu kekal sehingga kanser meragut nyawa Bowie pada 2016.
PAT CLEVELAND (72 Tahun)
Dikenali sebagai salah seorang supermodel pertama berketurunan Afrika yang mencuba pentas fesyen dan majalah.
Pat Cleveland terkenal dengan gaya berjalannya yang tersendiri seolah-olah dia sedang menari secara dramatik di atas pentas.
Kredit Foto: IG Pat Cleveland
Mempunyai darah campuran Afrika, Ireland, Scotland, Sweden dan India, Pat memiliki tubuh langsing dengan rambut hitam kerinting.
Kredit Foto: IG Pat Cleveland
Bermula dari rumah fesyen Chloe yang diterajui oleh Karl Lagerfeld, pereka seperti Thierry Mugler, Yves Saint Laurent, Oscar De La Renta dan Valentino sering mempercayai hasil kerja Pat.
Sehingga kini Pat masih aktif sebagai model. Anak perempuannya, Anna Cleveland kini meneroka kerjaya sebagai model dengan ‘DNA’ berjalan seperti ibunya.
CATHERINE LOEWE (68 Tahun)
Sosok wanita berambut putih dengan tulang pipi tajam menonjol ini mencuri perhatian di beberapa pertunjukan fesyen Jean-Paul Gaultier.
Kredit Foto: IG Catherine Loewe
Warga Switzerland ini memulakan kariernya sebagai model pada 2011. Sebelum ini Catherine merupakan seorang peguam dan ahli sejarah seni.
Kredit Foto: IG Catherine Loewe
Kini wajah anggun Catherine masih menghiasi halaman majalah fesyen di Eropah dan turut hadir dalam persembahan terakhir rumah fesyen Jean-Paul Gaultier pada musim bunga 2020.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Setiap tahun, pastinya Anugerah Golden Globes dinanti-nanti dan menjadi tumpuan netizen seluruh dunia. Selain ternanti-nanti siapakah gerangan yang bakal membawa balik trofi berprestij itu, peminat pastinya ingin melihat penampilan selebriti kegemaran mereka di karpet merah. Tahun ini, lebih banyak selebriti yang tampil dengan busana yang sememangnya memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. Jom, lihat senarai selebriti dengan busana terbaik di Anugerah Golden Globes 2019.
1. JULIA ROBERT
Tahun ini, Julia Roberts tampil berbeza dengan mengenakan jumpsuit daripada pereka Stella McCartney. Helaian tersebut memberi kesan yang cukup anggun buat Julia sekaligus membuatkan beliau tampil cukup stunning. Bukan itu sahaja, bintang ‘Pretty Woman’ itu juga kelihatan menyerlah dengan rona rambut yang lebih terang.
2. CHARLIZE THERON
Dres monokrom rekaan Dior dengan perincian key-hole nyata menyerlahkan gaya aktres terkenal ini. Walaupun rekaan ini tampak ringkas, Charlize berjaya membawa dres ini dengan baik dan memberi impak yang cukup luar biasa.
3. LADY GAGA
Setiap tahun, queen of pop ini pasti menjadi tumpuan ramai. Namun kali ini, Gaga mengejutkan orang ramai dengan penampilan beliau yang cukup anggun. Bintang ‘ A Star Is Born’ ini menyarungkan busana Valentino Haute Couture rona lembut yang begitu eksentrik. Jelas sekali, she can pull anything off!
4. CONSTANCE WU
Bintang ‘Crazy Rich Asians’ tampil mempersona dalam balutan gaun rona nude ilham pereka Vera Wang. Gaun yang tampak senada dengan rona kulitnya kelihatan bold dengan kehadiran reben rona oren di bahagian pinggangnya.
5. EMMA STONE
Dres rona nude juga menjadi pilihan aktres Emma Stone. Perincian jemeki dan kristal pada gaun rekaan Louis Vuitton nyata memancarkan pesona menarik Emma.
6. EMILY BLUNT
Emily Blunt menyempurnakan malam tersebut dengan gaun sarat renda daripada pereka Alexander McQueen.
7. NICOLE KIDMAN
Dres rona merah hati berkilauan daripada jenama Michael Kors menjadi pilihan Nicole Kidman. Dres ringkas ini memaksimalkan gayanya dengan clutch rona perak berbentuk bola dari Moynat.
8. IRINA SYAHK
Hadir bersama kekasihnya, actor Bradley Cooper, Irina Syahk memancarkan aura seksinya dengan gaun belah tinggi rekaan Atelier Versace.
9. ROSAMUND PIKE
Gaun Givenchy Haute Couture menjadi pilihan aktres Rosamund Pike. Gaun tersebut hadir dengan perincian cut-out pada bahagian pinggul. Cropped blazer berkilat dipadankan bersama gaun tersebut yang memberi impak cukup glamor.
10. DAKOTA FANNING
Dakota Fanning tampil bak bidadari dalam balutan gaun putih yang cukup ringkas dan minimalis. Polos tanpa sebarang perincian, ia tampak cukup sempurna pada tubuh Dakota. Gorgeous!
Siapa tidak kenal dengan personaliti bernama Scha Alyahya. Setiap pakaian yang dipakai oleh ibu kepada Lara Alana ini pasti menjadi perhatian sehingga mendapat jolokan selebriti wanita paling bergaya di Malaysia.
Pakailah apa sahaja, pasti busana yang disarungkan Scha tampak anggun dan trendy. Dari pakaian biasa hinggalah busana high fashion, pasti Scha dapat menggayakannya dengan baik dan sempurna.
Begitu juga dengan pakaian tradisional yang digayakan oleh beliau seperti baju kurung, kebaya dan lain-lain lagi. Walaupun busana tersebut ringkas dan minimalis, ia tetap tampak sempurna dibadannya.
Tidak dinafikan, Scha memang gemar menggayakan pakaian yang ringkas namun aura yang dibawa dalam setiap pemakaiannya cukup luar biasa. Biasan elegan dan eksklusif pasti terpancar saat beliau menyarungkan busana tersebut. Tak percaya?
Jom lihat 10 gaya terbaik dan super gorgeous Scha Alyahya dalam persalinan klasik dan tradisional!