Ads

6 Tahun Kehilangan ‘Ratu Hati’, Irdina Cekal Sambung Legasi Arwah Ibu & Teruja Bakal Lahir Anak Kembar!

Irdina Bakal Timang Anak Kembar
Irdina Bakal Timang Anak Kembar

Mei lepas genap enam tahun arwah ibu Irdina yang juga pengasas produk kosmetik Dnars ‘pergi’ menghadap ilahi. Walau Allahyarham Faziani Rohban tiada lagi di sisi menemani dan melindungi anak perempuan kesayangan namun semangat kental usahawan tersebut ‘mengalir’ deras dalam diri Irdina Hakim Jasman.

Ternyata, bukan mudah bagi wanita muda ini untuk menggalas tanggungjawab berkenaan. Apatah lagi, jenama Dnars ketika itu merupakan antara label kosmetik ternama hingga menembusi pasaran ke negara jiran.

Pun begitu, ia sedikit pun tidak melunturkan semangat Irdina yang menginjak usia 22 tahun untuk menerajui perniagaan.

Artikel https://www.nona.my/ambil-alih-bisnes-arwah-ibu-waktu-baru-16-tahun-irdina-cekal-bawa-semangat-faziani-rohban-lepas-6-tahun-pemergiannya/

Irdina Bahagia Di Sisi Suami

6 Tahun Kehilangan ‘Ratu Hati’, Irdina Cekal Sambung Legasi Arwah Ibu & Teruja Bakal Lahir Anak Kembar! 6 Tahun Kehilangan ‘Ratu Hati’, Irdina Cekal Sambung Legasi Arwah Ibu & Teruja Bakal Lahir Anak Kembar!

6 Tahun Kehilangan ‘Ratu Hati’, Irdina Cekal Sambung Legasi Arwah Ibu & Teruja Bakal Lahir Anak Kembar!

Selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan yang dikenali sebagai Farez Zuhaily pada 24 April lalu, kini Irdina punya tempat untuk bermanja dan mengadu. Sekaligus menjadi tulang belakang kepadanya untuk terus maju mengemudi empayar perniagaan.

Ads

Kian bahagia melayari alam rumah tangga, rezeki Irdina semakin melimpah ruah apabila dia menerima tawaran untuk berkolaborasi dengan sebuah jenama makanan iaitu Kunyah.

Difahamkan Soft Cookies Edition DnarFaziani X Kunyah dilancarkan dan mula dijual kepada orang ramai pada 21 November lepas.

Kongsinya, “Excited to share dengan uols! Ni pengalaman pertama Dnar collaboration dengan ‘makanan kesukaan’ Dnar. Yang dah lama follow Dnar mesti tahu Dnar penggemar coklat, cheese, cookies & cake!

And one of my fav local brand cookies since 2020 from Kunyah. Wedding hari tu pun iols tempah dalam doorgift tau.”

6 Tahun Kehilangan ‘Ratu Hati’, Irdina Cekal Sambung Legasi Arwah Ibu & Teruja Bakal Lahir Anak Kembar! 6 Tahun Kehilangan ‘Ratu Hati’, Irdina Cekal Sambung Legasi Arwah Ibu & Teruja Bakal Lahir Anak Kembar!

Ads

Irdina Bakal Timang Anak Kembar

Tidak hanya dikurniakan rezeki menerusi perniagaan, Irdina menerima satu lagi perkhabaran gembira apabila dia disahkan hamil anak kembar.

Menerusi perkongsian di media sosial ketika majlis ‘gender reveal’ yang diadakan baru-baru ini, Irdina dan suami mendedahkan mereka bakal timang anak kembar lelaki.

Dia yang tampil dalam persalinan putih kelihatan sedondon dengan suami tercinta dan teruja apabila mengetahui jantina bayi yang ditunggu-tunggu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @irdnar_j

Ads

6 Tahun Kehilangan ‘Ratu Hati’, Irdina Cekal Sambung Legasi Arwah Ibu & Teruja Bakal Lahir Anak Kembar! 6 Tahun Kehilangan ‘Ratu Hati’, Irdina Cekal Sambung Legasi Arwah Ibu & Teruja Bakal Lahir Anak Kembar!

6 Tahun Kehilangan ‘Ratu Hati’, Irdina Cekal Sambung Legasi Arwah Ibu & Teruja Bakal Lahir Anak Kembar! 6 Tahun Kehilangan ‘Ratu Hati’, Irdina Cekal Sambung Legasi Arwah Ibu & Teruja Bakal Lahir Anak Kembar!

Dedahnya, “Yeay lepas ni Mami ada triple bodyguard. And yeah it’s a twin boys!! Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah SWT kurniakan ni Mami and babah love both of you so much.

Terima kasih buat semua yang sentiasa mendoakan Dnar dan adik baby and thanks to babah Farez Zuhaily juga for the surprise, support, masa and for baby shower party!”

Nona mendoakan agar Irdina dan kandungan sentiasa berada dalam keadaan baik dan urusan kelahiran berjalan lancar. Semoga dengan kehadiran anak ini menyerikan lagi rumah tangga Irdina dan Farez.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Datin Anne Ngasri Rai Anniversary Ke-13

“Insan Yang Sangat Baik Budi,” Datin Anne Ngasri Tuju Ucapan Istimewa...

Setiap kali tarikh 21 Disember tiba, pastinya ia menjadi memori indah buat Datin Anne Ngasri. Mana tidaknya, pada tarikh keramat itulah dia sah bergelar isteri kepada ahli politik Dato’ Mohd Sumali Reduan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, selebriti jelita berkenaan tidak ketinggalan menitipkan ucapan istimewa buat suami tercinta.