Siapa kata wanita berkulit sawo matang atau gelap tak boleh tampil cantik dan menawan.
Dengan teknik dan penggunaan alat solekan yang betul, mereka yang memiliki kulit sawo matang atau gelap juga pastinya akan lebih menonjol.
Jom kita kita lihat teknik solekan yang betul dan sempurna buat mereka.
BEDAK ASAS
Agar sukar untuk memilih bedak asas yang tepat dan ramai wanita mengalami kesukaran untuk membuat pilihan. Bagi anda yang memiliki kulit sawo matang atau gelap, disarankan memilih dua jenis bedak asas yang berbeza.
Bedak asas tersebut perlu dicampur agar menjadi satu dan ia akan memberikan hasil warna yang kelihatan lebih natural serta melekat pada kulit anda. Hasilnya, kulit wajah anda akan nampak lebih bersih dan lembut seperti warna kulit asal.
PEMILIHAN BEDAK
Terdapat dua jenis pilihan bedak. Jika anda mempunyai kulit jenis kombinasi atau berminyak disarankan memilih bedak tabur.
Ads
Manakala untuk kulit normal, anda boleh memilih bedak jenis padat. Bagi pemilihan warna bedak pula, sebaiknya gunakan yang agak gelap. Biasanya setelah diaplikasikan ia akan kelihatan lebih terang di kulit.
PEMBAYANG MATA
Penggunaan pembayang mata atau eyeshadow akan mencantikkan lagi gaya solekan mata. Pilih pembayang mata yang mampu membuatkan penampilan anda nampak lebih istimewa. Warna yang sesuai untuk anda yang berkulit sawo matang atau gelap ialah ungu, chopper, biru dan hijau.
Jika mahu untuk kelopak mata bahagian atas pilihlah warna coklat terang. Manakala di lipatan kelopak mata, gunakan warna coklat gelap dan baurkan keluar. Ia akan membuatkan mata anda nampak ‘dalam’ dan tajam.
Ads
BRONZER
Agar lebih menyerlah, sapu blusher dengan menggunakan bronzer. Elak pemilihan warna yang terlalu merah dan pink kerana ia boleh membuatkan wajah anda kelihatan seperti badut.
Warna bronzer akan menjadi shading yang cantik serta akan mengangkat tulang pipi anda. Untuk menyerlahkan lagi tekstur kulit, sapukannya di sepanjang tulang pipi sehingga ia kelihatan rata dan tidak bertompok-tompok di kulit.
UKIRAN KENING
Agar kening anda kelihatan lebih kemas dan natural, elak penggunaan pensel dengan warna hitam kerana ia boleh menciptakan kesan garang.
Ads
Sebaiknya, gabungkan sahaja warna coklat dengan hitam sehingga menggoreskan kening yang natural dan eksotik.
GINCU
Sebaiknya elak warna-warna yang terlalu terang dan pucat. Warna seperti burgundy, merah, coklat dan plum adalah pilihan yang tepat.
Ia mampu membuatkan wajah anda kelihatan lebih manis dan dinamik sebaik saja disapu pada bibir.
Kredit Foto: www.pexels.com
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alhamdulillah, sihat walafiat tengok keadaan terkini Aznah Hamid! Walau sudah meniti usia 60an, wajahnya masih menghiasi drama di kaca televisyen. Meskipun tawaran lakonan yang diterima tidak serancak dulu tapi peminat masih mengingati lakonan pelakon wanita veteran tanah air ini.
Meninjau media sosial Aznah Hamid, ibu kepada pelakon Sheera Iskandar ini masih jelita dalam kelas tersendiri. Terbaharu, seniwati ini menyertai Putra Fest iaitu Jualan Jelajah Artis Malaysia di Kedah.
Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, Aznah aktif mengikuti bazar jualan melibatkan rakan-rakan artis. Antara yang dijual termasuklah produk kecantikan, tudung, snek dan minyak wangi.
Malah, dia juga ceria melayan pelanggan yang hadir ke gerai jualannya untuk membeli barang mahupun beramah mesra.
Kongsinya di media sosial, “Ada orang kata kita sendu. Usia manja-manja nak sendu tang mana tah. Apa pun meriahnya pengunjung semua sporting-sporting best. Malam ni persembahan menarik menanti. Kami last day di sini Mai Mai Mai.”
Biarpun level artis veteran popular namun Aznah Hamid tidak malu berniaga. Yang penting halal dan menjana pendapatan. Apatah lagi dengan usia yang semakin meningkat, dia enggan lagi kejar populariti dan hanya memilih watak bersesuaian dengan dirinya.
Bahkan dia sudah lama minat dan berkecimpung dalam perniagaan terutamanya melibatkan karnival jualan yang turut disertai rakan-rakan artis dan teman seperjuangan.
Aznah Hamid dilaporkan mula karier lakonan seawall usia 12 tahun. Namanya menjadi sebutan ramai kebelakangan ini apabila kejayaan Aznah yang pernah bergandingan dengan hero lagenda Tamil iaitu Rajinikanth menerusi filem Priya pada tahun 1979 bertebaran di media sosial.
Khabarnya filem tersebut turut dibintangi aktres terkenal, Sri Dewi sebagai heroin.
Antara filem lakonan Aznah Hamid ialah Dia Ibuku, Penyamun Tarbus, Wira Angkasa dan Sembilu. Sheera Iskandar merupakan satu-satunya anak Aznah yang mengikut jejak langkah sebagai pelakon.
Figura ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Tengku Iskandar Putra Tengku Long Ahmad pada tahun 1981 ketika berusia 18 tahun namun berpisah selepas lima tahun hidup bersama.
Dia kemudian berkahwin dengan pelakon Sabree Fadzil pada 1988 namun akhirnya berpisah sekitar tahun 1993.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tengah ralit tengok wajah terkini selebriti beraya, ternampak pula foto selebriti cantik Zakiah Anas dan keluarga. Wow, macam tak makan dek usia! Tetap anggun dan memukau seperti dulu. Paling tak sangka, sudah ‘besar panjang’ anak-anak Zakiah Anas ini. Segak dan lawa… iyalah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Memang mewarisi kecantikan ibunda tersayang.
Agak lama tidak mendengar khabar tentang Personaliti TV Popular, Zakiah Anas. Sejak mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar pada 12 Disember 2012 nama Zakiah Anas seakan menyepi dalam dunia penyiaran.
Memandangkan tumpuan utamanya kini lebih kepada keluarga tercinta namun kerinduan Zakiah Anas terhadap dunia pengacaraan masih membara. Apatah lagi, sayang rasanya jika pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang tersebut disia-siakan begitu saja.
Jika dulu wajahnya sering menghiasi program di kaca televisyen, kelibat Zakiah Anas hari ini sering dilihat di majlis-majlis rasmi sebagai pengacara anjuran syarikat swasta dan kerajaan. Bukan hanya manis dengan penampilan sopan dan bertudung, wanita yang sudah melewati usia 50 tahun ini masih kelihatan sihat dan menawan seperti zaman kegemilangannya suatu masa dulu.
Di samping suami tercinta
Berkongsi di IG miliknya, Zakiah bukan hanya aktif mempromosikan produk busana muslimahnya, ‘by Zakiah Anas’ bahkan ibu cantik ini juga gemar berkongsi wajah anak-anaknya yang kini semakin meningkat usia. Anak lelaki sulung, Aiman Muzzammil misalnya sudah berusia 25 tahun sementara anak kedua pula berumur 23 tahun.
Bersama anak sulungAnak kedua Zakiah Anas
Biarpun anak-anak dah besar tapi jelitawan ini tetap mencuri perhatian kerana penampilannya yang kekal awet muda.
Melihat perkembangan terkini Zakiah seolah-olah tiada apa yang berubah melainkan penampilannya yang lebih sopan selepas memutuskan untuk memakai hijab. Ternyata, nampak lebih ayu dan manis dipandang.
Terdetik untuk mengetahui rahsia tubuh langsing seorang ibu dan pengusaha label Anas by Zakiah Anas ini, Nona sempat menjengah laman media sosialnya @zakiah_anas. Sekian lama tidak mengikuti perkembangan Zakiah, rupa-rupanya figura ini gemar melakukan sukan lasak sambil ditemani suami dan rakan-rakan. Oh, patutlah kekal slim!
Disebabkan menggemari aktiviti hiking, Zakiah pernah menawan beberapa puncak seperti di Gunung Keriang, Kedah. Antara rakan-rakan yang berkongsi hobi sama seperti Zakiah termasuk Datin Nor Azlina Redzuan, Che Puan Azrinaz Mazhar Hakim dan Ruhil Shafinaz.
Salute semangat kental Zakiah meskipun usia sudah mencecah 50 tahun!
Kredit: Instagram Zakiah Anas
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, NONA ada melaporkan personaliti media sosial dan pelakon Syifa Melvin sah bergelar isteri kepada pemain pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid di sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya 28 November lepas. Tahniah diucapkan!
Dalam pada itu, selain dari majlis penyatuan kedua-dua pasangan sama cantik sama sama padan ini turut mendapat perhatian adalah busana pengantin yang disarung Syifa pada hari bahagianya. Syifa kelihatan manis dan anggun menyarung persalinan khas hasil sentuhan magis pereka fesyen terkenal AMAZÉ. Untuk pengetahuan, AMAZE pernah mereka busana pengantin buat selebriti tanah air yang lain seperti Adam Lee dan Sweet Qismina serta Syamel dan Ernie Zakrie.
Menerusi perkongsian di Instagram, AMAZÉ berkongsi tentang rekaan gaun moden yang direkanya iitu. Digayakan dengan cape, persalinan yang tampak mewah namun masih mengekalkan ciri sopan dan berlitup itu ini sememangnya menarik perhatian para wanita kerana ia turut diserikan lagi dengan lingkaran permata daripada Swarovski.
“Memukau pandangan dalam rona perang ‘sand’, dalam balutan renda sarat manikam abstrak juga lingkaran permata Swarovski. Layah penuh biasan permata melengkapi gaya mempelai ini,” kongsinya lagi.
Wakil AMAZÉ turut menambah, pihaknya juga amat teruja apabila dapat bekerjasama dengan barisan ‘glam team’ berpengalaman yang bertungkus lumus menjadikan penampilan Syifa pada malam tersebut sangat luar biasa. “Glam team’nya juga bukan biasa-biasa. Rias wajah ala Timur Tengah kombinasi sentuhan @bellahudd dan @iansham, dan begaan hijab berseni oleh @_ekajamaludin.
Terdahulu, dalam majlis berkenaan, Safawi atau nama sebenarnya Muhammad Safawi Rasid juga menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin manakala wang hantaran dirahsiakan. NONA mendoakan semoga ikatan dibina kekal ke Jannah.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penampilan mencerminkan keyakinan diri. Tidak hairanlah ramai wanita tercari-cari rujukan fesyen yang bukan sahaja menarik, malah memberi kesan mantap dan berkelas.
Luna Maya, dengan gayanya...