Walau bergelar selebriti popular tapi Zara Zya seorang yang mesra dan ‘humble’. Memang mudah bekerjasama dengan Zara kerana selain menepati masa dan berdisiplin, dia juga berbakat besar.
Pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian Anugerah Skrin ini berani mengembang potensi diri sebagai usahawan.
Di samping meminati dunia seni dan lakonan, Zara juga sebenarnya pandai masak serta suka menghabiskan masa di dapur. Bagi sesetengan orang, masak ni terapi.
Buktinya, Zara selesa menggunakan platform media sosial miliknya untuk menjual pelbagai juadah air tangan. Malah pernah mengusahakan restoran sendiri sebelum ini.
Bagaimana pun restoran Zara Zya Cooks terpaksa ditutup kerana kekangan masa dan penularan Covid-19.
Terbiasa dengan dunia masakan, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin ketika ditemu bual Nona memberitahu, “Bila saya nampak barang-barang basah dekat pasar, saya mesti hendak beli dan balik rumah masak.
Memang masak ni terapi bagi saya. Yang penting bila nak masak jangan waktu kita stres. Mood kena tenang dan confirm makanan yang dimasak nanti sedap.”
Ads
Selain boleh masak lauk-pauk tradisional seperti Masak Lemak, Zara juga mempelajari bidang pastri dan membuat aneka jenis kek hasil mengikuti kelas pastri secara personal bersama Chef Liza Zainol.
Tidak berhenti di situ, Zara berkongsi video pelbagai menu dan resipi masakan air tangannya bersama peminat di Zara Zya Cooks Hq. Antara hidangan yang dikongsikan ialah Ayam Masak Halia, Sweet Sour Potato Sausage, Tom Yam Ikan Kelapa dan Bebola Ayam Enoki.
Bercerita mengenai rejim kecantikan, dia berkata ibu tersayang gemar berkongsi petua kecantikan. “Mama saya rajin kongsi petua tradisi. Jadi saya amalkan apa yang mama ajar.
Ads
Tak perlu susah-susah pun sebab guna barang seperti buah-buahan dan beras saja. Salah satu petua mama ialah kisar buah tomato dan letak yogurt asli.
Meskipun Mira Filzah merupakan selebriti terkenal tanah air dan cukup sebati dengan dunia fesyen namun aktres jelita ini mengakui ibu mentua, Datuk Mastura Yazid lebih pandai bergaya dan berani mencuba pelbagai warna dalam fesyen harian berbanding dirinya.
Ditemui Nona baru-baru ini, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah kelihatan makin cantik berseri-seri. Dia yang terkenal dengan sikap mesra dan tutur kata lemah lembut ketika ditemu bual berkongsi perkembangan terkini yang dilantik sebagai Duta jenama kecantikan Wardah Colorfit.
“Alhamdulillah, Mira dapat bekerjasama dengan Wardah dan ini adalah kali pertama. Saya sangat bangga dan gembira menjadi sebahagian daripada duta Wardah. Ini adalah kali pertama Mira menjadi duta bagi produk kosmetik.
Bila pihak Wardah approach, saya teruja dan happy to be part of it. Saya menerima dengan hati terbuka tanpa berfikir panjang.”
Mengulas soal fesyen dan gaya pilihan, “To be honest, I not really good at styling. I’m very basic person, very minimalist person. Kalau tengok outfit mira jalan keluar pun very basic. Usually top and jeans atau pun top, skirt and tudung. I like baggy jeans and leather jacket. I have a few leathers jacket. Kiranya simple dengan leather jacket ni boleh nampak macam wow!”
Sebagai menantu kepada ahli politik dan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid, Mira turut ditanya mengenai fesyen dan kecantikan yang dikongsinya bersama ibu mentua.
Sambil tertawa, Mira berkata, “Ibu mentua saya, Datuk Mastura dia lagi fesyen daripada saya. For her age, she’s really good at dressing up, makeup. Kalau tengok and follow Instagram dia, dia lagi suka pakai warna-warna yang bright. She’s very confident.
Even macam mira pun takut nak pakai warna ni tapi dia berani. So in terms of fashion, saya rasa dia lebih ke depan daripada saya. To be honest. Tapi ibu ada dia punya own style and look yang dia sukalah.”
Mira Filzah sah bergelar isteri kepada usahawan Wan Emir Astar pada 3 September 2020. Hasil perkongsian hidup selama lima tahun, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Wan Khair Amir pada 10 Mei 2022.
Menelusuri latar belakang Datuk Mastura, allahyarham suaminya iaitu Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad kembali ke rahmatullah pada 5 Mei 2016.
Arwah suaminya ialah bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit (MPOB) meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak.
Datuk Mastura Yazid dan Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar dikurniakan empat anak lelaki iaitu Wan Emir Astar, Wan Imar Izzat, Wan Iskandar dan Wan Muhammad Amar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pertama kali Dato’ Sri Nancy Shukri berkongsi wajah anak kepada umum. Baru-baru ini, anak perempuan kesayangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan tamat pengajian di sebuah universiti swasta dan diraikan dalam majlis konvokesyen.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri Ahli Parlimen Santubong tersebut di media sosial miliknya. Beliau hadir bersama suami di Taylor’s Convocation 2025 pada 23 Februari lalu.
Bukan hanya kejayaan menggenggam ijazah meraih perhatian warga maya. Bahkan wajah cantik dan penampilan anak gadis Dato’ Sri Nancy ini yang tinggi lampai persis seorang peragawati ini turut menjadi bualan.
Menerusi foto yang dimuat naik, Dato’ Sri Nancy Shukri tampil elegan dalam busana rona coklat cair bercorak merah dan bertudung polos warna merah di samping suami tercinta yang segak mengenakan sut hitam dan bertali leher.
Dalam gambar itu juga kelihatan anak kesayangan tersenyum ceria menyarung jubah konvokesyen sambil memegang sejambak bunga dan skrol ijazah.
Dedah Dato’ Sri Nancy, “Alhamdulillah, meraikan konvokesyen anak perempuan saya Bibi Freka yang menerima segulung Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Seni Bina Dalaman hari ini.
You’ve made me immensely proud and I’ll be here every step of the way, always. Congratulations Sayang!”
Difahamkan Bibi Freka merupakan satu-satunya anak perempuan Dato’ Sri Nancy Shukri dan suami, Datuk Kamil Misuari. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 29 September 1985 dan dikurniakan tiga orang anak.
Selain Bibi, dua lagi cahaya mata Dato’ Sri Nancy ialah Faeroz Kamil dan Farouk Kamil.
Pemimpin wanita berusia 64 tahun ini menyandang tugas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sejak 3 Disember 2022. Terdahulu, Dato’ Sri Nancy pernah berkhidmat sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Peningkatan usia akan mempengaruhi perubahan hormon dan menjadikan kulit semakin tidak anjal. Peningkatan usia juga akan menyebabkan kedut mula hinggap di ekor mata, garisan senyum dan dahi. Tetapi, percaya atau tidak penuaan itu boleh diperlambatkan.
11 selebriti ini yang ada di anataranya mula popular sejak tahun 80-an berjaya mengekalkan kejelitaan mereka. Yang paling dicemburui apabila bentuk badan juga tidak banyak berubah. Agak-agaknya apa petua yang mereka amalakan. Bila ditanya ramai yang menjawab petua kecantikan adalah minum air putih dengan banyak dan sentiasa berfikiran positif.
Di antara mereka yang masih kekal cantik adalah;
ERRA FAZIRA, 45 TAHUN
Erra Fazira atau nama penuhnya Fazira binti Wan Chek lahir pada 9 Februari 1974. Merupakan seorang model, pelakon, penyanyi, pengacara dan bekas ratu cantik Malaysia. Erra telah muncul dalam beberapa buah filem terkenal termasuk Gerak Khas The Movie, Janji Diana, KL Menjerit 1 dan Cuci. Menerusi dua buah filem, Soal Hati dan Hingga Hujung Nyawa Erra telah diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia. Di dalam kerjaya muziknya, Erra telah menerbitkan sebanyak 7 album.
DATIN CAMELIA – 45 TAHUN
Datin Camelia atau nama sebenarnya Dayang Nur Camelia Abang Khalid merupakan seorang penyanyi yang pernah aktif. Namun kelibat wanita ini sentiasa mencuri pandangan. Dilahirkan pada 20 Jun 1974 di Kuching, Sarawak. Selain menyanyi, Camelia juga merupakan seorang model dan pengacara TV.
ROZITA CHE WAN – 46 TAHUN
Rozita Che Wan atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar lahir pada 9 Mac 1973. Selain terkenal dengan dunia lakonan, beliau juga merupakan antara selebriti wanita yang cukup panas di media sosial dan sering mendapat perhatian umum. Mendirikan rumah tangga dengan pelakon komedi yang popular dengan sitkom “Oh My English!”, Zain Saidin.
DATIN SERI UMIE AIDA – 46 TAHUN
Datin Seri Umie Aida atau nama sebenarnya Umi Khalsum binti Rahmad Ali dilahirkan 18 Januari 1973. Umie Aida ialah adik kepada aktres dan pengarah tersohor Erma Fatima. Seorang lagi adiknya, Betty Rahmad juga pernah menceburi bidang lakonan. Ketika berusia 20 tahun, Umie mengambil anak angkat lelaki bernama mohd Daniel Firdaus (lahir 1993) & Mohd Dzulhelmy (lahir 1994) setahun kemudian.
AMY MASTURA – 48 TAHUN
Amy Mastura Suhaimi, lahir pada 10 Mei 1971. Mula bergiat aktif dalam bidang muzik setelah menjuarai Asia Bagus pada 1993 di Jepun dan seterusnya melancarkan album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album pada 1994 di bawah syarikat rakaman Pony Canyon di mana beliau kekal bersama syarikat rakaman itu sehingga 1999.
DATIN MARIA FARIDA – 49 TAHUN
Datin Maria Farida atau nama sebenarnya Maria Farida Atienza. Datin Maria dilahirkan pada 30 Julai 1970. Masih berlakon sehingga sekarang dan di antara filem lakonannya adalah My Spy, Mamak Cupcake dan Anak Mami Nasi Kandaq. Datin Maria juga sehingga kini menjadi buruan produk kosmetik untuk diperagakan.
ZIANA ZAIN – 51 TAHUN
Ziana Zain atau nama sebenarnya Siti Roziana binti Zain lahir pada 2 Mei 1968. Kini, setelah hampir 20 tahun berlayar di industri seni, keunggulan Ziana di pentas antarabangsa terserlah apabila beliau berjaya meraih gelaran utama Voice of Asia yang diadakan di Kazakhstan pada tahun 1995. Baru sahaja bercerai setalh mendirikan rumah tangga selama 20 tahun.
RAJA EMA – 51 TAHUN
Raja Ema atau nama penuhnya Raja Ema binti Raja Ibrahim lahir pada 26 November 1968. Raja Ema juga merupaka artis pertama Malaysia yang mempunyai klip video iaitu untuk lagu Di Pertemuan Ini. Penggambaran untuk klip lagu tersebut dibuat di beberapa jalan raya di Kuala Lumpur. Dalam umur 16 tahun Raja Ema telah mampu untuk membeli sebuah kereta Mazda hasil jualan album pertama yang melebihi 100,000 unit dan pertunjukkan pentas dan sebagainya.
ELLA – 53 TAHUN
Ella atau nama penuhnya Nor Zila binti Haji Aminuddin dilahirkan pada 31 Julai 1966. Antara konsert yang telah dijayakan oleh Ella ialah Konsert Kotaraya, Konsert Seni Dan Suara dan Konsert Rock Salem. Pada 1990, Ella telah menghasilkan album solo keduanya, Puteri Kota yang telah mengetengahkan dua Single popular iaitu Tiada Tangis Lagi dan Puteri Kota. Dua lagu yang menjadi Single daripada album tersebut telah dijadikan lagu yang dipilih untuk dinyanyikan Ella menerusi filem pertama Ella, Bayangan Maut.
DATUK SHEILA MAJID – 54 TAHUN
Datuk Sheila Majid atau nama sebenarnya Shaheila binti Abdul Majid dilahirkan pada 3 Januari 1965. Muzik merupakan sebahagian daripada kehidupan beliau dan keluarganya ketika semasa membesar. Menyanyi adalah bermula sebagai satu hobi oleh beliau. Mula belajar bermain piano ketika berusia empat tahun dan menyinar bersama bakatnya secara kebetulan iaitu ketika menyanyi di majlis salah seorang rakan ketika berusia 17 tahun.
DATIN MARIA ARSHAD – 61 TAHUN
Datin Maria Arshad atau nama sebenarnya Kamariah Arshad mula popular sebagai pelakon era 80an. Walaupun sudah lama tidak bergiat aktif dalam dunia lakonan tetapi namanya masih menjadi sebutan. Ditambah pula pada usia 61 tahun Datin Maria masih mengekalkan kejelitaannya dan mempunyai bentuk tubuh yang dicemburui oleh setiap wanita.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!