Kasut tumit tinggi dan wanita memang sukar dipisahkan. Selain memberi keyakinan ke dalam diri seorang wanita, ia mampu menyerlahkan penampilan yang lebih tinggi dan tampak bergaya.

Namun, kita juga sering mendengar atau terbaca mengenai keburukan memakai kasut tumit tinggi dalam tempoh jangka masa yang lama. Beberapa faktor perlu diberi perhatian agar anda merasa selasa saat menyarungkan kasut tumit tinggi.

IKLAN

Khas buat yang suka shopping kasut jangan lupa guna kod promo ini untuk dapat diskaun terhebat.

7 Panduan Berguna Memakai Kasut TUMIT TINGGI Tanpa Rasa Sakit

Nona berkongsi beberapa tip memakai kasut tumit tinggi dengan selesa tanpa rasa sakit.

PILIH KETINGGIAN YANG SESUAI

7 Panduan Berguna Memakai Kasut TUMIT TINGGI Tanpa Rasa Sakit

Pilih tumit kasut yang relevan dan wajar yang boleh memudahkan pergerakan anda. Terdapat pelbagai ketebalan dan ketinggian tumit kasut yang boleh anda pilih. Sekiranya anda sudah biasa mengenakan kasut tumit tinggi, tidak salah untuk memilih tumit yang runcing dan setinggi yang anda mahu. Tetapi bagi yang tidak biasa, anda dinasihatkan untuk memilih sepatu yang tidak terlalu tinggi atau memilih sepatu jenis wedges.

REHATKAN KAKI

Adalah baik untuk merehatkan kaki anda sekali-sekala. Tanggalkan kasut tumit, regangkan atau urut kaki anda. Cara ini membenarkan kaki anda bernafas dan mengurangkan geseran kulit kaki yang boleh menyebabkan melecet. Tambahkan kusyen pada tapak kasut tinggi anda supaya tapak kaki tidak sakit.

CARA BERJALAN

7 Panduan Berguna Memakai Kasut TUMIT TINGGI Tanpa Rasa Sakit

Jangan melangkah atau meletakkan tumit dan jari kaki anda di atas tanah dalam masa yang sama. Berjalan dengan cara yang sama sepertimana anda memakai flat shoes. Dengan setiap langkah yang diambil, letakkan tumit anda terlebih dahulu dan kemudian jari kaki anda.

IKLAN

BELI JENAMA DAN KUALITI TERBAIK

Kebiasaannya, sepatu berjenama direka dengan baik dan tidak menyakiti kaki anda berbanding kasut tumit tinggi yang boleh didapati di mana-mana kedai biasa. Sekiranya anda ingin membeli sepatu, belilah sepatu yang berkualiti dengan harga berpatutan. Jangan sesekali membeli kasut yang tidak berkualiti kerana harganya yang murah. Sepatu yang diperbuat daripada plastik akan membuatkan kaki anda cepat berpeluh, melecet dan membengkak.

PILIH MATERIAL YANG SESUAI

7 Panduan Berguna Memakai Kasut TUMIT TINGGI Tanpa Rasa Sakit

Kini terdapat banyak pilihan fabrik sepatu yang boleh anda pilih seperti plastik, jelly shoes, fabrik kulit dan juga fabrik campuran. Pilih sepatu dari fabrik kulit atau sepatu yang tahan lama serta berkualiti. Jika anda inginkan kasut tumit tinggi yang terletak pada kaki, pilih jelly shoes kerana biasanya ia mengikut bentuk kaki.

IKLAN

JANGAN PAKAI KASUT TERLALU LAMA

Sediakan kasut lain sebagai ganti sekiranya anda berasa tidak selesa. Kasut tumit tinggi tidak direka untuk dipakai dalam jangka masa yang terlalu lama. Elakkan memakai lebih daripada empat kali seminggu dan pastikan ada sekurang-kurangnya dua hari di antaranya.

KENALI KASUT ANDA

7 Panduan Berguna Memakai Kasut TUMIT TINGGI Tanpa Rasa Sakit

Sekiranya bahagian badan atau dalam kasut keras, pasangkan pelapik kasut yang lembut untuk mengurangkan geseran yang boleh menyakitkan kaki anda. Pilih kasut yang tumitnya jauh dari bahagian hadapan untuk memberi lebih kestabilan. Letakkan pelindung tapak di dalam kasut anda untuk memberikan lebih cengkaman dan ini boleh mengelakkan anda daripada terjatuh. Fadhli Ismail

Sudah memahami panduan memakai kasut tinggi, jangan terlupa kod promo ini

7 Panduan Berguna Memakai Kasut TUMIT TINGGI Tanpa Rasa Sakit

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI