Menjadi sebahagian daripada keluarga diraja adalah satu keistimewaan yang luar biasa. Namun begitu, gaya hidup golongan diraja atau kerabat terikat dengan protokol yang harus dipatuhi, bukan hanya perlakuan bahkan dari segi penampilan atau fesyen juga. Ketahui protokol-protokol berfesyen keluarga diraja Britain:

7 Protokol Berfesyen Kerabat Diraja Britain, Kate Middleton Dilarang Memakai Pewarna Kuku?
7 Protokol Berfesyen Kerabat Diraja Britain, Kate Middleton Dilarang Memakai Pewarna Kuku?BEG KEPIT

IKLAN

Helah beg kepit sebenarnya bertujuan menutupi cleavage. Bunyi macam kelakar, tapi itulah yang diterangkan oleh pereka fesyen Anya Hindmarch.

7 Protokol Berfesyen Kerabat Diraja Britain, Kate Middleton Dilarang Memakai Pewarna Kuku?Pereka beg tangan Puteri Diana, Anya Hindmarch, sendiri memanggil rekaan khas Puteri Diana itu sebagai “cleavage bags”, berfungsi untuk melindungi dadanya dari jurugambar.

BUSANA PERKAHWINAN

Pemilihan busana pengantin memerlukan persetujuan Ratu Elizabeth. Ia adalah tradisi yang Ratu perlu luluskan sebelum ditetapkan. Terdahulu, Ratu Elizabeth memberi green light kepada Kate Middleton dalam mengenakan gaun Alexander McQueen pada tahun 2011.

7 Protokol Berfesyen Kerabat Diraja Britain, Kate Middleton Dilarang Memakai Pewarna Kuku?Kini, dia akan memberi persetujuan terhadap gaun yang dipakai oleh bakal puteri Meghan Markle pada perkahwinannya 19 Mei ini.

PEWARNA KUKU

Kuku berwarna tidak dibenarkan sama sekali.

7 Protokol Berfesyen Kerabat Diraja Britain, Kate Middleton Dilarang Memakai Pewarna Kuku?Setiap kali anda melihat Ratu Elizabeth atau Kate Middleton, anda mungkin dapat melihat warna kuku mereka sentiasa neutral, merah jambu atau nude sahaja.

RONA PAKAIAN

IKLAN

Ratu Elizabeth hanya memakai pakaian yang terang-terang sahaja. Bukan sahaja Ratu Elizabeth bahkan Kate Middleton juga mengikuti protokol tersebut juga. Alasannya ialah mereka mahu menonjol dari orang ramai.

7 Protokol Berfesyen Kerabat Diraja Britain, Kate Middleton Dilarang Memakai Pewarna Kuku?Dalam sebuah dokumentari The Queen at 90, Sophie, Countess of Wessex menerangkan bahawa ratu perlu menonjol agar orang ramai dapat melihatnya biarpun dari jauh.

BEG TANGAN

Ratu Elizabeth menggunakan beg tangannya untuk menghantar mesej rahsia. Anda mungkin mendapati bahawa Ratu tidak pernah keluar tanpa beg tangan, dan itu kerana dia menggunakannya untuk menghantar isyarat.

IKLAN

7 Protokol Berfesyen Kerabat Diraja Britain, Kate Middleton Dilarang Memakai Pewarna Kuku?Sebagai contoh, apabila dia mahu meninggalkan majlis makan malam, dia hanya meletakkan begnya di atas meja membolehkan pembantunya mengetahui bahawa majlis akan berakhir dan dia ingin meninggalkan majlis.

SELUAR PENDEK

Putera George hanya memakai seluar pendek. Dilaporkan, pemakaian seluar pendek oleh keluarga diraja, aristokrat dan golongan atasan yang masih kecil dan muda adalah satu tradisi turun temurun di kalangan mereka.

7 Protokol Berfesyen Kerabat Diraja Britain, Kate Middleton Dilarang Memakai Pewarna Kuku?Secara tradisi dengan peraturan yang ditetapkan, seorang budak lelaki golongan bangsawan akan terus memakai seluar pendek sehingga umurnya mencapai 8 tahun.

BUSANA HITAM
Keluarga diraja dikehendaki membawa persalinan hitam setiap kali keluar negara. Dengan cara ini, apabila mereka tiba semula di United Kingdom, mereka terus mengenakan pakaian sewajarnya jika berlakunya kes kematian.

7 Protokol Berfesyen Kerabat Diraja Britain, Kate Middleton Dilarang Memakai Pewarna Kuku?Terdahulu, Ratu Elizabeth berada di Kenya ketika bapanya meninggal dunia pada tahun 1952. Kerana tidak membawa sebarang pakaian hitam, akibatnya dia terpaksa menunggu di dalam pesawat (diberikan sepersalinan hitam) sebelum melangkah keluar.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI