Sebagai seorang wanita menggalas tugas sebagai seorang isteri, ibu dan pekerja atau majikan dalam masa yang sama perlukan pengorbanan yang luar biasa. Wanita memang insan yang begitu istimewa dikurniakan semangat yang kental. Kehadiran Ramadan sedikit sebanyak menguji kesabaran dan keimanan dalam membahagikan antara keperluan dunia dan keperluan akhirat.

7 Tip MUJAHADAH Buat Isteri Yang Ekstra Penat Puasa, Masak & Qiam, CONFIRM Tak Mengeluh
Datuk Ustazah Norhafizah Musa

Memetik Program yang ke udara di ruangan IKIM.Fm dalam slot Tarbiyah Datuk Ustazah Norhafizah Musa berkongsi tajuk Mujahadah Ramadan. Mujahadah ini berlawan dengan kekuatan iman. Menurut Ustazah Norhafizah ketika menyambut Ramadan berbagai-bagai yang dirancang untuk meraih keberkatan Ramadan itu.  Tapi bila saat melaksanakan perancangan tersebut ada satu faktor yang sangat besar yang menjadi punca berjaya atau tidak perancangan tersebut iaitu MUJAHADAH.

IKLAN

7 Tip MUJAHADAH Buat Isteri Yang Ekstra Penat Puasa, Masak & Qiam, CONFIRM Tak Mengeluh

Sejauh mana kekuatan kita untuk melawan dengan hawa nafsu, menegakkan apa yang kita rancang, kita mampu menepis kebiasaan hawa nafsu yang sukakan keseronokan, kesenangan serta bermalas-malas. Kita perlu ubah dalam hari-hari puasa yang masih berbaki agar tidak menjadikan Ramadan ini sebagai rutin yang biasa sahaja.

7 Tip MUJAHADAH Buat Isteri Yang Ekstra Penat Puasa, Masak & Qiam, CONFIRM Tak Mengeluh

Sebagai isteri dan ibu kena masak untuk berbuka masak dan bangun awal pagi untuk sahur pula. Memang penat tapi perlu titipkan elemen MUJAHADAH agar kita mampu melakukannya. Buat benda baik pasti akan timbul perasaan bermalas-malas, penat dan bertangguh. Sebab itu, mari kita menginsafi bahawa Allah SWT sedang menguji kita. Biar untuk 30 hari Ramadan kita letakkan ikhtiar perjuangan untuk melawan, mendidik dan menguruskan hawa nafsu itu dengan baik.

7 Tip MUJAHADAH Buat Isteri Yang Ekstra Penat Puasa, Masak & Qiam, CONFIRM Tak Mengeluh

Allah menguji kita dengan cara yang sangat ihsan dengan kadar keimanan yang ada dalam diri kita. Kita kuatkan iman untuk melawan hawa nafsu ketika Ramadan. Baru beberapa yang berlalu, berapa markah kita? Begitu sukar untuk mendapat markah penuh. Kalau bab kita bersama anak-anak mahu markah yang tertinggi. Tetapi bila bab kita dengan Allah SWT terlalu berkira.

7 Tip MUJAHADAH Buat Isteri Yang Ekstra Penat Puasa, Masak & Qiam, CONFIRM Tak Mengeluh

Ramadan Adalah Bulan Berdoa

Rasulullah SAW bercerita dengan Aisyah. Di malam Ramadan terdapat satu malam yang sangat istimewa iaitu Lailatul Qadar. Kalau kamu mahu bertemu malam ini, perbanyakan amalan kamu, banyak kan doa. Lalu Aisyah bertanya nabi, apa doa terbaik yang boleh minta. Lalu jawab Rasulullah doa yang terbaik adalah “Ya, Allah sesungguhnya Engkau Maha mengampunkan, dan suka mengampunkan dan ampunkanlah aku.”

7 Tip MUJAHADAH Buat Isteri Yang Ekstra Penat Puasa, Masak & Qiam, CONFIRM Tak Mengeluh

IKLAN

Tip Mujahadah Di Bulan Ramadan

  • Jangan lupa beban yang paling dahsyat adalah dosa kita sendiri. Jadilah orang yang berdoa kepada Allah SWT.
  • Kita perlu berkawan dengan orang soleh, kita perlu sokongan daripada orang lain untuk melakukan ibadah.
  • Kalau Ramadan tak boleh terawih dan tidak melakukan amalan sunat yang lain, sangat rugi. Cuba banyak bersedekah ketika Ramadan dan kekalkan seterusnya pada bulan-bulan yang lain.
  • Kita perbanyakkan tidur pada waktu sahur sedang kan Allah SWT sedang menanti di mana hambaKu yang merintih merayu kepada Ku. Memohon keampunan. Kalau tanpa mujahadah memang semua tidak mampu.
  • Nak bangun perlu berlawan dengan perasaan. Lakukan semua hanya kerana Allah SWT. Biar waktu sahur menjadi berharga dengan kita dengan beristighfar.
  • Berlawan dengan hawa nafsu dengan gotong-royong dengan suami dan anak-anak. Minta pertolongan untuk sokongan mereka.
  • Kita harus bangun kan ketika Ramadan dan dengan ihsan Allah SWT. Mari kita raih keberkatan Ramadan. Apa yang Allah SWT beri ini sangat luar biasa.

Cadangan: Kalau kita tak mampu mujahadah gantikan dengan menangis. Tak larat pergi terawih, gantikan dengan menangis. Kena ada rasa takut. Belajar menangis. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

7 Tip MUJAHADAH Buat Isteri Yang Ekstra Penat Puasa, Masak & Qiam, CONFIRM Tak Mengeluh

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI