Tsunami COVID-19 benar-benar menguji benteng pertahanan petugas barisan depan kesihatan semenjak kebelakangan ini. Peningkatan kes baharu mencecah 6,075 semalam seolah ‘membenamkan’ lagi harapan mereka yang jelas tiada waktu rehatnya.

Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Pakar Buah Pinggang, Dr Rafidah Abdullah sekali lagi memberi ‘peringatan mesra’ tentang SOP.

IKLAN

Semoga friendly reminder ni dipandang serius sekaligus membantu mengubah landskap statistik COVID-19 yang cukup membimbangkan!

8 Reminder Dr Rafidah Abdullah, Kesal Dengan Mentaliti ‘Sekejap Saja…’ Alasan Abai SOP!
Dr Rafidah Abdullah

 

Saya nampak ramai benar rakyat Malaysia keliru apa sebenarnya jaga SOP. Baiklah, senarai kelakuan di bawah adalah TIDAK mengikut SOP:

(1) Bersalaman. Mana boleh bersalam-salam. Peluk cium lagilah. Ini TIDAK MEMATUHI SOP. Kekalkan penjarakan fizikal > 1 meter.

 

(2) Makan bersama bukan dengan keluarga yang duduk serumah TIDAK MEMATUHI SOP penjarakan fizikal; lagi-lagi kena buka pelitup muka.

Jadi, jangan makan beramai-ramai. Apa salahnya makan seorang diri terutama semasa kerja. Melepak lagilah. Keluar makan ramai-ramai lagilah. Elakkan.

 

(3) Pergi ke mall. Keluar beramai-ramai TIDAK MEMATUHI SOP. Bawak anak-anak kecil lagi. Keluar bila perlu sahaja.

Seorang keluar untuk beli barangan untuk makan atau beli kehidupan asas cukup. Tolonglah jangan salahkan kerajaan buka mall. Mall dibuka bukan untuk anda engkar SOP.

 

(4) Tidak memakai pelitup muka dengan betul sepenuh masa bila keluar rumah termasuk semasa bekerja. Jangan sekali-kali bercakap dengan sesiapa yang tidak memakai pelitup muka. Menapak satu langkah keluar rumah pun kena pakai pelitup muka.

 

(5) Jangan bersama-sama dengan orang lain di kawasan tertutup lebih daripada 15 minit walaupun kesemuanya pakai pelitup muka. Jika perlu sangat nak berada di situasi ini, pakailah faceshield.

 

(6) Ziarah-menziarah TIDAK MEMATUHI SOP. Yang ini saya tengok merata-rata punca kes sekarang. Kita hanya dibenarkan DUDUK DI RUMAH SENDIRI.

Sikap tidak apa inilah yang bermasalah. “Sekejap saja. Lagi pun apa salahnya.” Kalau tidak rasa salah pada diri sendiri, rasalah bersalah kepada masyarakat Malaysia.

 

(7) Sebagai tuan rumah, jangan buka pintu kepada orang lain. Kalau buka, anda salah. Membawang lebih 15 minit dengan jiran tepi pagar pun jangan, walaupun semua pakai pelitup muka.

 

IKLAN

(8) Kalau anda tahu anda kontak rapat atau anda TIDAK MEMATUHI SOP semasa keluar rumah, tinggal seorang diri.

Lawat bilik ke bilik di dalam satu rumah pun tidak boleh. Serupa juga jika anda PUS, iaitu anda ada kontak dengan seorang yang kontak rapat pesakit positif.

Kalau tidak ada bilik berasingan, jauhi keluarga dan jangan makan bersama. Tak perlu jaga hati orang lain.

Beri mereka kesedaran, terangkan apa maksud norma baru. Anda selamat, keluarga anda selamat dan anda mungkin menyelamatkan mereka dan keluarga mereka juga.

 

8 Reminder Dr Rafidah Abdullah, Kesal Dengan Mentaliti ‘Sekejap Saja…’ Alasan Abai SOP!

 

PKP BERDARJAT

IKLAN

Sambil kita tuding-menuding jari antara satu sama lain, ramai yang telah tewas dengan COVID-19. Tidak kurang juga yang sedang bertarung nyawa sekarang; katil hospital sedia ada pun tidak cukup.

Dah kena buka katil sana-sini. Jangan terkejut jika kita sampai tahap India nanti – tahap ketandusan oksigen. Tidak mustahil; jika kita semua berterusan berperangai begini.

Tidak nampak ke posting Ketua Pengarah Kesihatan – betapa kritikal keadaan sekarang? Elok kita semua telus kepada masyarakat.

Apa salahnya kita tunjuk kepada masyarakat medan perang kita? Tidak perlu nak lindung-lindung. Transparensi lebih baik. Baru masyarakat sedar.

Kalau kritikal, cakaplah kritikal. Kalau sudah berhari-hari pesakit di Jabatan Kecemasan – itu kritikal jawabnya.

Perlu diingatkan, ini bukan melambangkan kegagalan sesiapa.

Ini adalah pandemik; inilah perjalanannya. Satu dunia mengalami situasi genting ini.

Kepada ahli politik, VIP, kayangan – tunjuklah contoh yang baik. Kalau salah, mengaku sahaja. Janganlah buat rakyat marhaen marah.

Kepada masyarakat, kita pun sudah nampak – kita sendiri pun banyak buat salah. Rata-rata pesakit COVID-19 menerima kunjungan ziarah-menziarah Aidilfitri.

Yang pentingnya kita bersatu, kita jalan terus. Tidak perlulah jadi defensif; asyik menyalahkan orang lain.

We are in this TOGETHER.

Sumber: Facebook Dr Rafidah Abdullah

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI