8 Tip Jaga Muka Paling ‘Menjadi’ Di Dunia, Penulis Kecantikan Nona Dedah Rahsia!

Bukan mudah nak dedah rahsia ni. Tapi memandangkan genap 13 tahun penulis kanan, Norzalina Mohd Alias, bertugas di majalah Nona, akhirnya terbongkarlah 8 tip jaga muka yang hebat ini dan berkesan untuk mengekalkan awet muda.

Tarikh 2 Julai 2007 setepatnya, kenangan memulakan kerjaya sebagai kadet wartawan di majalah Nona tiba-tiba menyapa.

Pagi yang bermakna, saya menyertai team editorial Nona sebagai gadis paling muda di kalangan wartawan senior lain. Sejak itu saya mengambil tugas menulis tentang kecantikan dan kesihatan, bidang paling diminati sejak zaman remaja.

Berbekalkan semangat yang tinggi, saya mula menulis dan menulis… Semangat itu masih menyala, membakar dan menghangatkan jiwa sampai sekarang. Dunia wanita bersebati, apa yang relevan dan menarik perhatian, sentiasa menjadi bahan untuk pengisian yang bermanfaat buat pembaca serta followers

Nona.

Pengalaman terbaik saya sebagai penulis kecantikan?

Norzalina Mohd Alias

Ya Allah, jujur terlalu banyak untuk disenaraikan. Tapi saya mula faham bahawa tiada yang betul atau salah tentang amalan seseorang, selagi ia berkesan maka teruskan. Begitu juga produk. Tidak semua serasi dengan satu jenama atau rutin yang sama.

Namun tidak salah mengambil tahu tentang amalan kecantikan orang lain. Membaca pengalaman dan menyelami kebaikan sesuatu perkara adalah minat saya, malah semua wanita amnya. Kita sukakan yang cantik-cantik, mahu menjadi dan tampil cantik dengan cara tersendiri.

Jadi sempena ulang tahun ke-13 perkhidmatan saya dengan majalah kesayangan ramai ni, terasa rajin pula nak membuka kamar peribadi dan berkongsi rahsia penjagaan muka sendiri. Sekadar menitip inspirasi, apa salahnya kan?

Jom klik video di bawah!

8 TIP PALING MENJADI

  1. Setiap hari, sebelah petang, wajib buat double cleansing. Maksudnya lepas tanggalkan mekap, bersihkan muka dengan dua jenis pembersih iaitu dari jenis krim dan buih.
  2. Guna cream cleanser
    please! Tanggalkan mekap tak cukup dengan micellar water semata-mata. Krim ni penting lepas kita gunakan oil-based makeup remover.
  3. Kemudian dengan pembersih jenis foam, sental kulit perlahan-lahan, cukup untuk pastikan sisa mekap atau kotoran hilang.
  4. Pakai toner untuk tutup pori-pori kulit yang terbuka dan prep untuk produk seterusnya.
  5. Pupuk krim mata, without failed! Cara terbaik, gunakan jari tengah dan tepuk-tepuk manja sekitar kulit mata. Jangan sapu ye.
  6. Ambil serum dan tuangkan ke tapak tangan, hangatkan dulu dengan cara menggosok-gosok kedua belah tapak tangan untuk ‘aktifkan’ formulasi serum tu. Kemudian dab ke seluruh muka. Jangan sapu tau.
  7. Work out otot muka atau urut muka sambil-sambil sapu krim siang atau malam. Tolak kulit ‘ke atas’ untuk lifting effect.
  8. Akhir sekali, bagi tumpuan sekali lagi di bahagian mata. Manjakan mata dengan rawatan spa di rumah, pakai masker, tekap timun atau uncang teh untuk rehatkan kulit.

RUTIN INDIVIDU

Sebenarnya, saya memang pengguna setia produk Clarins sejak dulu lagi. Anda mungkin boleh gunakan produk kesukaan lain asalkan ia sesuai dengan jenis kulit masing-masing. Paling penting, tukar-tukar serum ikut keperluan semasa kulit.

Dan untuk menambah keberkesanannya, saya guna peranti canggih seperti FOREO Luna Mini 3 untuk menyental muka dan FOREO Bear untuk work out otot-otot, maklumlah takut pipi kendur!

Satu lagi, rawatan spa mata di rumah EnergEyes menggunakan Nu Skin ageLOC Galvanic Spa tu pun bagus juga. Ini sekadar rutin saya, kalau takde, anda boleh gunakan peranti lain atau urut mengikut teknik yang betul.

Jadi kesimpulannya, seperti yang dikatakan tiada manual khas atau ‘peraturan’ betul atau salah dalam kecantikan. Its always trial and error. Melabur untuk barang kecantikan ni bagi saya tak membazir… Macam makanan, produk-produk ni pun ‘makanan’ untuk kulit juga kan! Semoga bermanfaat.

IKLAN
Share