“A Proud Sister, I Am!” Berjaya Genggam Master Ramai Teruja Adik Ikut Jejak NAJWA LATIF

Umum mengetahui penyanyi Najwa Latif yang terkenal dengan lagu Cinta Muka Buku baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Hari ini, Najwa Latif turut berkongsi satu lagi berita gembira di mana adiknya juga dilihat turut mengikut jejak langkahnya di mana adiknya berjaya menamatkan pengajiannya.

Najwa Latif yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan kini bergelar pensyarah, menerusi hantaran di Instagramnya menzahirkan rasa bangganya apabila adiknya pula yang dikenali sebagai Jiha atau Irma Abdul Latif apabila berjaya mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang pendidikan matematik dan tekonologi.

Menerusi hantaran tersebut, Najwa sempat menitipkan perasaanya yang berbunyi, “Girl is glowing! Alhamdulillah, Jiha has graduated with a master’s degree in mathematics education with technology and self love! Gitewww. Congratulations Adik. You did a very good job. A proud sister, I am!”

Melihat pada kedua-duanya merupakan lulusan daripada Universiti Malaya (UM), warga maya juga teruja dengan perkongsian Najwa apatah lagi melihat wajah adiknya saling tidak tumpah dengan wajah penyanyi tersebut. Untuk pengetahuan, Najwa Latif menamatkan pengajian Ijazah Sarjana pada 2019 dan kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Penyanyi itu juga merupakan seorang pensyarah Bahasa Inggeris di salah satu universiti terkemuka negara. Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan ucapan tahniah kepada adik Najwa Latif atas kejayaan yang dikecapi kerana pastinya ia tidak mudah. Semoga terus maju jaya buat kedua-duanya.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

IKLAN
Share