Umum mengetahui penyanyi Najwa Latif yang terkenal dengan lagu Cinta Muka Buku baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Hari ini, Najwa Latif turut berkongsi satu lagi berita gembira di mana adiknya juga dilihat turut mengikut jejak langkahnya di mana adiknya berjaya menamatkan pengajiannya.
Najwa Latif yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan kini bergelar pensyarah, menerusi hantaran di Instagramnya menzahirkan rasa bangganya apabila adiknya pula yang dikenali sebagai Jiha atau Irma Abdul Latif apabila berjaya mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang pendidikan matematik dan tekonologi.
Menerusi hantaran tersebut, Najwa sempat menitipkan perasaanya yang berbunyi, “Girl is glowing! Alhamdulillah, Jiha has graduated with a master’s degree in mathematics education with technology and self love! Gitewww. Congratulations Adik. You did a very good job. A proud sister, I am!”
Melihat pada kedua-duanya merupakan lulusan daripada Universiti Malaya (UM), warga maya juga teruja dengan perkongsian Najwa apatah lagi melihat wajah adiknya saling tidak tumpah dengan wajah penyanyi tersebut. Untuk pengetahuan, Najwa Latif menamatkan pengajian Ijazah Sarjana pada 2019 dan kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).
Ads
Penyanyi itu juga merupakan seorang pensyarah Bahasa Inggeris di salah satu universiti terkemuka negara. Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan ucapan tahniah kepada adik Najwa Latif atas kejayaan yang dikecapi kerana pastinya ia tidak mudah. Semoga terus maju jaya buat kedua-duanya.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna baru saja meraikan anniversary yang ke-5 tahun bersama suami tersayang, Adam Yousof Mohamed Sinclair pada 26 Januari 2023. Sekejap saja masa berlalu, dah setengah dekad.
Yuna berkongsi video pendek lengkap dengan kapsyen yang cukup bermakna di akaun Instagram miliknya memaparkan momen-momen indahnya bersama suami sepanjang lima tahun mereka bergelar suami isteri.
“Half a decade! Love you @adamyousofunny you give me a reason to smile every day. I love doing this thing called life with you! Thank you for always being by my side and believing in me.”
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata para pengikut dan rakan artis seperti Aizat Amdan serta Nourul Depp menitipkan ucapan buat pasangan serasi ini.
Kakak ipar kepada Yuna iaitu Bunga Cinta Lestari tak ketinggalan sambil meluahkan rasa rindu kepada Yuna dan Adam.
“Happy anniversary. I miss you both”
Terdahulu, Yuna dan Adam mendirikan rumahtangga pada 26 Januri 2018 dalam sebuah majlis indah.
Majlis perkahwinan mereka pernah tular disebabkan kemewahan dan keunikan pelamin yang berlatarkan pergunungan di Bentong, Pahang. Ia menjadi inspirasi kepada ramai bakal pengantin yang ingin merealisasikan majlis perkahwinan impian mereka.
Semoga rumahtangga pasangan ini berkekalan sampai syurga.
Kredit Foto: Instagram Yuna
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Shiera Al-Khaired atau Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired kini masih aktif sebagai penyampai radio. Tahun ini, isteri kepada Ijoy Azhari dan ibu anak 5 ini menginjak ke usia 47 tahun.
Pun begitu, dengan gelagatnya yang sentiasa mencuit hati dengan lawak yang bersahaja, Shiera tak nampak seperti berusia lewat 40an. Benarlah orang kata, kalau kita sentiasa ceria dan bahagia secara tak langsung aura awet muda turut terserlah.
“Terus terang, saya memang tak jaga badan sangat. Dulu kalau tak jaga pun berat masih lagi maintain, mungkin terlalu aktif dan sibuk dengan kerja. Sekarang saya perlu makan untuk kekalkan tenaga dan menjadi lebih cergas.
Saya hanya amalkan produk-produk kesihatan dari farmasi. Tapi tak ambil banyak pun sebab saya jenis yang bukan minum air banyak. Jadi kalau ambil apa-apa suplemen saya tak akan makan banyak takut memberi kesan kepada buah pinggang.
Saya ambil satu tablet suplemen saja sehari dan minum oxygenwater. Saya juga amalkan makan sayur setiap hari. Kalau makan nasi selalunya saya tak akan tambah lagi. Saya cuba tak makan berlebihan.”
KAGUM DENGAN IBU MENTUA
Seperti kita tahu hubungan Shiera dan ibu mertuanya, Datin Maria Arshad umpama isi dengan kuku. Beruntungnya Shiera kerana disayangi dan sangat serasi dengan mertuanya yang dipanggil Mama.
“Saya bersyukur kerana dikurniakan ibu mertua yang masih sihat, bertenaga, cantik dan langsing sampai sekarang walaupun usianya dah mencecah 60an. Baginya biar cantik semula jadi, jangan halang proses penuaan yang sememangnya pasti terjadi. Yang penting kena pandai jaga untuk maintain.
Rawatan-rawatan moden macam suntik sana sini Mama memang tak pernah buat dan tak pernah berminat pun. Mama seorang yang sangat disiplin dengan amalan petuanya dan dilakukan bersungguh-sungguh tanpa putus asa.
Kalau berbual tu memang kami tak pernah cakap topik kecantikan. Selalunya lebih kepada hal-hal anak cucu, ‘membawang’ pun ada lah sekali sekala.. Walaupun Mama tak pernah kongsi apa petua yang diamalkan tapi saya dapat lihat melalui perbuatannya.
Shiera merupakan adik kepada Sharifah Nor Azleenda serta kakak kepada Sharifah Sakinah.
Kredit Foto: Instagram Shiera Al-Khaired
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bergelar ibu kepada selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor nyata bukan perkara mudah bagi Datin Noor Kartini Noor Mohamed. Biarpun pada awal pembabitan anak ketiga daripada sembilan beradik itu dalam industri seni menerbitkan perasaan gusar di benaknya namun saban tahun Datin Kartini yang lebih dikenali dengan panggilan Datin Tini sudah mampu menyesuaikan diri dengan tempias dunia glamor Neelofa.
Tidak mahu membezakan cabaran yang dilaluinya sebagai ibu selebriti melebihi dugaan kebanyakan ibu lain, Datin Tini percaya setiap wanita bergelar ibu tidak terlepas dilanda ujian masing-masing. Mendirikan rumah tangga pada usia muda, Datin Tini yang juga isteri kepada Dato’ Abdul Halim Khan tidak pernah serik mempunyai ramai anak.
Selain berdepan persepsi khalayak kerana statusnya sebagai ibu selebriti, dia juga menggalas tanggungjawab besar untuk mendidik sembilan orang anak.
Percaya didikan yang baik bermula dari rumah, wanita berjiwa penyayang yang lahir pada 8 Julai 1966 ini tidak lokek berkongsi rahsia. “Anak-anak perlu dipupuk dengan amalan murni sejak kecil termasuk tentang disiplin. Bab mendisiplinkan anak-anak, saya serahkan kepada ayah mereka. Didikan saya lebih kepada aspek rohani manakala suami pula mendidik dari segi karakter dan fizikal anak-anak.
Suami pun memang seorang yang tegas jadi anak-anak takut kalau tak ikut cakap ayah mereka. Katakan bila cuti sekolah hendak keluar makan dengan kawan-kawan kena beritahu awal sekurang-kurangnya 3 hari sebelum keluar. Kalau esok hendak keluar, malam tadi baru cakap memang tak akan dapat.
Ketepatan masa juga antara yang paling utama dalam mendidik anak. Mungkin sebab sudah lali dengan cara ayah mereka, Neelofa termasuk adik-beradik yang lain terlatih untuk bersiap awal kalau ada perjumpaan atau shooting.
Pada saya, orang yang mahu berjaya kena ada disiplin yang tinggi. Kalau tak ada disiplin dalam diri memang susah hendak maju. Bukan mahu membangga diri tapi hakikatnya saya tak alami kesusahan hendak asuh sembilan anak sebab bila anak sulung sudah tunjuk teladan yang baik, secara automatik adik-adik seterusnya akan ikut cara yang sama,” telus Datin Tini yang mengimpikan anak yang ramai.
Seperti yang diketahui ramai, Neelofa merupakan antara selebriti yang memiliki keputusan akademik cemerlang sepanjang berada di bangku sekolah. Pernah memperoleh keputusan 5A dalam UPSR, 8A semasa PMR dan 10A ketika menerima Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) membuatkan ramai yang cemburu dengan kelebihan gadis berusia 30 tahun itu.
Dia bukan saja dikurniakan raut wajah cantik malah pintar dalam pelajaran.
Mencungkil apakah resipi kejayaan Neelofa hingga meraih keputusan sedemikian, Datin Tini yang memiliki darah keturunan Pakistan-Arab lantas membuka rahsia. “Saya bukanlah ibu yang tetapkan standard tertentu untuk keputusan pelajaran anak-anak. Memang Neelofa anak yang paling pandai dan tak pernah hutang ‘A’ sama seperti Aqief dan Nur Athisha.
Waktu baru umur lima tahun, Neelofa sudah mula buat subjek pelajaran untuk usia lapan tahun. Bila saya tengok cara dia belajar dan minatnya dalam pelajaran, saya sokong dan daftarkan dia ke pusat tuisyen di Kota Bharu. Ketika itu kami tinggal di Pasir Mas. Memang rutin dia setiap hari diisi dengan membaca buku dan buat latihan di rumah.
Pernah masa di MRSM selepas habis peperiksaan PMR, dia telefon saya beritahu susah hati dan menangis sebab takut tak dapat skor A. Sebenarnya saya tak kisah pun kalau dia tak dapat gred A sebab tahu cara dia belajar macam mana.
Cuma perangai Neelofa ini.. dia takut buat saya kecewa. Sampai sekarang bila sudah jadi artis pun dia terbawa-bawa perangai itu.
Sama ada suami atau saya sendiri, kami tak pernah pilih kasih dalam mendidik anak. Semua layanan sama rata saja. Jadi, kalau ada yang tanya apa saya buat untuk anak pandai dalam akademik.. hanya kata-kata perangsang.
Tiada ajaran istimewa pun sebab pada akhirnya nanti kemahuan untuk berjaya itu ada dalam diri sendiri. Tak ada sesiapa yang mampu ubah kalau bukan empunya diri.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Majlis Persandingan Diraja YM Dato' Indera Puteri Munawarah Syammiyah dan Dr. Amin Aznizan berlangsung penuh adat di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, diserikan keberangkatan Raja-Raja Melayu serta istiadat menepung tawar yang penuh bermakna.