Alahai, comelnya tengok dua anak perempuan selebriti ternama ini bergaya sedondon dengan ibu mereka. Mesti jadi tumpuan ramai bila pergi beraya ke rumah sanak-saudara Aidilfitri nanti. Iyalah, dah nampak macam kembar!
Sama seperti Siti Aafiyah… anak aktres jelita, Aaisyah Dhia Rania pun sering menarik perhatian peminat ibu glamor Rozita Che Wan. Lagi-lagi bila kedua-duanya melaram dengan busana sedondon. Cute habis! Bersempena lebaran yang bakal tiba… Gaya Raya Bersama TOP merealisasikan impian anda melaram sakan seperti kembar bersama anak tersayang dengan rekaan busana daripada pereka fesyen terkenal.
Begini caranya!
Macam mimpi jadi nyata kalau dapat pakai busana eksklusif pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie hari raya nanti. Bukan persalinan raya untuk diri sendiri dan pasangan sahaja, anak-anak pun tidak terkecuali bergaya sakan dengan rekaan mewah serba baru ilham Jovian. Yang pasti, baju raya Jovian Mandagie bernilai keseluruhan RM30, 000 menanti anda sekeluarga sempena lebaran tahun ini!
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Gaya Raya Bersama TOP kembali menceriakan Syawal anda. Istimewanya tahun ini, TOP menjalin kolaborasi bersama pereka ternama Jovian Mandagie yang hampir dua dekad bertapak dalam industri fesyen tanah air. Daripada beribu-ribu penyertaan yang diterima setiap tahun… hanya lima keluarga bertuah bakal memenangi koleksi Jovian Mandagie Ready-To-Wear berserta tajaan produk TOP.
Ads
Anda boleh menyertai peraduan ini dengan tiga langkah mudah.
Langkah 1: Beli mana-mana produk TOP dan simpan resit pembelian minimum bernilai RM25
Langkah 2: Ambil gambar anda bersama pasangan atau keluarga dengan berpakaian sedondon.
Ads
Langkah 3: Lengkapkan borang penyertaan, butiran diri, gambar serta resit pembelian secara pos ke alamat:
PERADUAN GAYA RAYA BERSAMA TOP & NONA Nu Ideaktiv Sdn Bhd, No 1 Jalan Renggam 15/5, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Ads
Selain itu, anda juga boleh menghantar penyertaan menerusi Whatsapp dengan melengkapkan Nama Penuh (Space), Alamat (Space), No. Kad Pengenalan (Space), Emel (Space) bersama gambar berpakaian sedondon sekeluarga serta resit pembelian produk TOP ke 019-612 0723.
Atau, upload gambar di Instagram dengan hashtag #GAYARAYABERSAMATOP dan direct message (DM) resit pembelian ke @majalahnona. Pastikan akaun Instagram anda adalah ‘public’. Senang bukan?
SYARAT & MAKLUMAT PENYERTAAN
Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali kakitangan Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Southern Lion, Lam Soon Edible Oil Sdn Bhd dan anak syarikat yang berkenaan
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 Mei 2019
Semua keputusan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan
Pemenang akan dihubungi oleh wakil majalah Nona
Setiap pemenang perlu terlibat di dalam pembikinan buku khas GAYA RAYA TOP & NONA yang akan disiarkan di dalam majalah Nona
Tunggu apa lagi, pilih gambar sedondon terbaik dan beli produk TOP di pasaraya berdekatan hari ini untuk menyertai peraduan lumayan Gaya Raya Bersama TOP. Untuk maklumat lanjut, layari nona.my/gayarayabersamatop2019.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas dua bulan mengikat tali pertunangan, personaliti dan pengacara, Hana Ismail selamat bergelar isteri kepada pendakwah selebriti, Dai’ Syed Iqmal dengan sekali lafaz pada jam 11.43 pagi tadi.
Menerusi majlis pernikahan pasangan yang diadakan di Masjid Ibnu Mas’ud, Ampang itu, pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga wali, Ismail Dahwan dengan lafaz akad dalam bahasa Arab.
Hana atau nama penuhnya Nurulhana Ismail, 36, menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas. Bagaimanapun jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Dalam majlis penyatuan hati tersebut, pasangan mempelai bersetuju tiada sebarang pertukaran dulang hantaran kerana mereka telah berbuat demikian ketika melangsungkan pertunangan pada Oktober lalu.
Majlis pernikahan pasangan ini dihadiri 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, sanak-saudara, kenalan rapat serta pihak media.
Antara rakan selebriti yang hadir ialah Datin Seri Paduka Umie Aida, Sharifah Noorhasleenda dan Irma Hasmie.Pasangan ini bakal diraikan dalam satu majlis resepsi di Shah Alam pada malam ini.
Terdahulu, pasangan itu selamat mengikat tali pertunangan secara tertutup di kediaman keluarga Hana di Johor Bahru, Johor pada Oktober lalu.
Perkenalan pasangan merpati dua sejoli itu berlaku dalam masa singkat apabila Umie Aida bertindak selaku ‘orang tengah’ selepas Syed meluahkan rasa suka terhadap Hana.
(Sumber: Sinar Plus)
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semangat Malaysia Boleh! Bangga melihat baju kebangsaan kita menjadi tatapan dunia apabila pelari maraton negara, Mohd Syahidan Alias mencatat Rekod Dunia Guinness (GWR). Beliau muncul pelari terpantas dengan catatan 2 jam 49 minit 22 saat bagi kategori memakai pakaian tradisional ketika menyertai TCS London Marathon 2023, kelmarin.
Syahidan atau lebih dikenali dengan nama Edan Syah berkongsi kejayaan itu menerusi hantaran di laman media sosial miliknya.
“Misi berjaya. Kami berjaya capai misi untuk catatan masa bawah tiga jam untuk menjadi pemegang rekod dunia Guinness sebagai pelari maraton paling laju (42.2 km) dalam pakaian tradisional melayu (lelaki).” Edan Syah
Pada 2019, Edan Syah turut mengharumkan nama Malaysia apabila mencatatkan rekod dunia ketika Festival Larian Blackmores di Sydney, Australia sebagai pelari maraton paling laju dalam kostum bendera negara dengan catatan masa 2 jam 54 minit.
Dalam hantaran yang sama, Edan turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada jenama baju melayu tempatan, Bulan Bintang yang menajanya sehingga berjaya melakukan rekod dunia berkenaan.
Bulan Bintang Road to London : Make Baju Melayu Great Again
“Doakan kejayaan saya di Kota London. 6 bulan planning for the project, training while juggling my full time study at @msumalaysia and working at @sacrun.coach di tambah pula di bulan Ramadan bukanlah mudah.
I take the challenge dan Terima kasih tak terhingga pada @meripergibulat yang percaya pada impian saya dan team @bulanbintanghq , manager saya @jolenehong dan semua yang bersama2 menyumbangkan hampir RM10,000 untuk charity campaign saya untuk badan kebajikan Team #Livability di UK.
Beraya di perantauan, dan saya akan cuba yang terbaik for the World Record Attempt for the Fastest Full Marathon in Traditional Malay Dress (Male) pada 2 Syawal (Kalau Raya Hari Sabtu).
Let’s make Baju Melayu great again and Dare To Dream!” Edan Syah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa saja yang tak pernah menonton filem Kuch Kuch Hota Hai bukan? NONA percaya semua pembaca kami membesar dengan filem legenda itu yang dibintangi tiga trio terkemuka – Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee dalam kisah cinta tiga segi yang penuh drama tersebut.
Namun tahukah anda, rupa-rupanya Rani Mukerji bukanlah pilihan utama membawakan watak Tina.
Namun menurut sumber INDIAN EXPRESS, dalam sebuah temu bual baru-baru ini, pelakon jelita Raveena Tandon mendedahkan dia dahulu ditawarkan watak dalam filem itu, tetapi terpaksa menolaknya atas sebab yang mungkin tidak difahami oleh pengarah filem tersebut, Karan Johar pada masa itu sehingga menyebabkan perhubungan Raveena dan Karan Johar selaku pengarah filem tersebut dingin sehingga kini.
Jelas Raveena, “Sehingga kini Karan masih tidak memaafkan saya kerana tidak menerima tawaran berlakon dalam Kuch Kuch Hota Hai. Tetapi dia tidak kerana faham ketika itu, Kajol merupakan rakan seangkatan dengan saya. Kami memulakan karier di Bollywood, pada waktu yang sana malah kami berdua sering mengambil peranan utama.
Jadi, saya tidak boleh berlakon dalam Kuch Kuch Hota Hai, di mana saya berada dalam watak yang kecil berbanding Kajol. Semestinya Rani mendapat manfaatnya kerana dia adalah pendatang baru dan lebih sesuai.”
Raveena mula membuat debutnya menerusi filem Pat Thar Ke Phool (1991) yang membolehkan Raveen dicalonkan dan memenangi anugerah Filmfare New Face Of The Year, kemudiannya membintangi beberapa buah filem termasuk Laadla (1994), Dilwale (1994), Mohra (1994), Khiladiyon Ka Khiladi (1996), Ziddi (1997), Bade Miyan Chote Miyan (1998) dan banyak lagi, menjadikan Raveena antara pelakon berbakat besar Bollywood pernah ada.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.