Mutakhir ini, banyak kes gangguan perasaan dan tekanan jiwa dilaporkan apabila majoriti rakyat tersepit dengan pelaksanaan PKP. Kes melibatkan kehilangan nyawa juga meningkat tinggi angkara kesan psikologi.

Laporan daripada Talian Bantuan Sokongan Psikososial yang diwujudkan semenjak 25 Mac 2020 mendapati, kebanyakan pengadu amat memerlukan sokongan emosi dan kaunseling.

IKLAN

Hampir 90% pemanggil melaporkan empat isu di bawah iaitu:

Buka Talian Sokongan Psikososial, Ini Inisiatif KKM Bendung Tekanan Jiwa Yang Menjadi-Jadi!
Depresi dialami oleh ramai orang pada ketika ini
  1. Kehilangan punca pekerjaan dan pendapatan.
  2. Hilang tempat bergantung.
  3. Pergaduhan antara ahli keluarga.
  4. Masalah rumah tangga (pertengkaran, perpisahan, penceraian), penderaan (emosi dan fizikal).

 

TALIAN UNTUK DIHUBUNGI

Prihatin tentang keadaan yang menimpa masyarakat apabila Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 terus dikekalkan untuk dua minggu lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia mewujudkan inisiatif berikut bagi membendung gejala tekanan jiwa.

(1) Bekerjasama dengan MERCY Malaysia dalam memberikan perkhidmatan talian bantuan sokongan psikososial.

Talian ini dikendalikan oleh pegawai psikologi kaunseling KKM serta dibantu oleh sukarelawan pegawai psikologi agensi-agensi lain dan NGO.

Nombor penting untuk dihubungi:

  • 03-29359935
  • 014-3223392
  • 011-63996482
  • 011-63994236

 

IKLAN

(2) KKM juga bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan mewujudkan talian bantuan masing-masing iaitu KSK Care (JAKIM) dan Talian KASIH.

 

(3) Manakala di peringkat lapangan seperti hospital dan klinik kesihatan, Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial atau MHPSS (Mental Health Psychosocial Support Service) turut disediakan untuk kumpulan sasar iaitu;

  1. Person Under Surveillance (PUS) di Stesen Kuarantin dan di rumah;
  2. Pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital / PKRC;
  3. Petugas kesihatan yang bertugas dalam menangani pandemik COVID-19 di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah;
  4. Petugas daripada agensi lain yang terlibat dalam mengendalikan pandemik COVID-19;
  5. Ahli keluarga kepada individu yang meninggal akibat COVID-19; dan
  6. Perkhidmatan kepakaran psikiatri oleh para pakar. Mereka juga melaporkan peningkatan jumlah pesakit yang datang mendapatkan konsultasi.

 

IKLAN
Buka Talian Sokongan Psikososial, Ini Inisiatif KKM Bendung Tekanan Jiwa Yang Menjadi-Jadi!
Sebarkan info penting ini!

 

Kesimpulannya, impak psikologi perlu diberi perhatian dalam menghadapi ancaman wabak COVID-19 ini.

Umum mengetahui bahawa perasaan cemas, gemuruh serta sedih ketika menghadapi tekanan adalah sebahagian dari kehidupan terutamanya ketika berhadapan pandemik COVID-19 ini.

Namun keadaan tekanan ini akan menjadi masalah jika ianya berpanjangan atau menjejaskan fungsi harian individu terbabit. Segeralah dapatkan penilaian psikiatri jika ini berlaku.

Perlu diingatkan bahawa kesihatan mental adalah sama pentingnya dengan kesihatan fizikal serta pencegahan pada peringkat awal dapat membantu.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI