Kalau sebelum ini, ramai yang tertarik dengan cara Che Puan Syamim berkongsi tip untuk hilangkan perut buncit dengan berdiri, berjalan atau duduk selama dua jam selepas makan dan cara mengekalkan tahap kesihatan yang maksimum. Kali ini, beliau juga tidak keberatan untuk berkongsi dengan semua pembaca Majalah Nona rutin penjagaan kulit wajahnya yang sentiasa kelihatan berseri.

Baca: CHE PUAN SYAMIM Berdiri 2 Jam Selepas Makan Elak Perut Buncit

IKLAN

Ada 13 Langkah Jaga Kulit Wajah, CHE PUAN SYAMIM Tuam Muka Dengan Ais Setiap Hari!

Kecantikan kulit wajah amat penting bagi setiap wanita dan begitu juga buat Che Puan Syamim. Jadi, sebagai permulaan hari beliau akan minum satu botol air kosong setiap kali selepas bangun tidur. Ini kerana khasiat air kosong bukan sahaja untuk membersihkan tubuh bahkan ia juga bagus ia juga dapat membantu untuk mengelakkan kulit kering dan berkerut.

Ada 13 Langkah Jaga Kulit Wajah, CHE PUAN SYAMIM Tuam Muka Dengan Ais Setiap Hari!

Ada 13 Langkah Jaga Kulit Wajah, CHE PUAN SYAMIM Tuam Muka Dengan Ais Setiap Hari!

Seterusnya, mungkin ramai tidak tahu dengan khasiat ais yang boleh dipratikkan untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik sama seperti pelakon dan pengacara wanita berbakat ini. Menjadi rutin juga buat Che Puan Syamim untuk menuam muka dengan ais setiap pagi.

Petua menggunakan ais yang diamalkan oleh Che Puan Syamim ini sememangnya membantu mengecilkan liang pori pada wajah, mengurangkan mata sembap, mengurangkan kulit berminyak dan mengembalikan kesegaran wajah. No wonder lah kulit muka Che Puan Syamim ni sentiasa nampak flawless dan fresh!

Selain itu, beliau akan pastikan kulit wajahnya mendapat penjagaan yang sempurna dengan memakai face mask dan skrub muka dua hari sekali. Manakala, cara untuk membersihkan wajah pula beliau mengamalkan triple cleansing & 13 skincare steps setiap malam!

Ada 13 Langkah Jaga Kulit Wajah, CHE PUAN SYAMIM Tuam Muka Dengan Ais Setiap Hari!

1. Buang mekap di wajah

2. Triple Cleansing (menggunakan cleansing tissue, cleansing oil & Foam Cleanser)

3. Menggunakan penyegar (toner)  dalam 30 saat pertama selepas mengeringkan wajah

IKLAN

4. Exfoliate atau menyingkirkan kulit mati 2-3 kali seminggu.

5. Memakai masker muka setiap kali selepas rawatan exfoliating.

6. Esen muka

7. Serum muka

IKLAN

8.Serum mata

9. Masker mata

10. Krim mata

11. Pelembap atau sleeping mask

12. Pelembap bibir

13. Krim pelindung cahaya matahari

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI