Ada Apa Dengan PANAMA DANCE? Sampai Artis & Staf Syarikat Pun Terjebak Sama!

Dengar alunan muziknya saja sudah cukup buat semua anggota badan ikut bergoyang sama. Patutlah ramai yang tengah demam ‘Panama Dance’ sekarang. Pantang saja dengar rentak lagu ini, terus mahu menari. Tapi bukan buat tarian mengghairahkan ya, kebanyakan mereka yang suka dengan muzik Panama nyanyian Matteo ini menjadikan runut bunyi berkenaan sebagai hiburan untuk rutin senaman. Khususnya Zumba.

Sebenarnya lagu Panama ini sudah lama dilancarkan iaitu hampir lima tahun yang lalu. Peliknya, baru sekarang popular bukan saja di Malaysia malah di luar negara pun tak kurang hebatnya. Disebabkan fenomena ini, klip video muzik Panama juga mencecah lebih 64 juta tontonan. Sebagai rujukan bersama, Panama merupakan sebuah negara di Amerika Tengah yang kaya dengan pemandangan pantai indah serta kepelbagaian hidupan liarnya.

Mengikut trend semasa, penangan Panama Dance turut berjangkit dalam kalangan artis. Antaranya, Fasha Sandha, Sari Yanti, Wani Hasrita, Achey Bocey, Emma Maembong dan Mawar Rashid. Tidak ketinggalan, ia juga menjadi antara rutin senaman dan santai buat beberapa kakitangan syarikat awam dan swasta termasuk dalam industri perhotelan, perubatan dan sebagainya.

Jadi, buat mereka yang ingin bersenam sambil berhibur secara sederhana bersama teman-teman bolehlah praktik dan belajar step lagu ini sekarang. Yang penting, tubuh badan sihat dan tidak keterlaluan.

 

 

 

IKLAN
Share