Wajah cantik Sophia Albarakbah bukan hanya menjadi perhatian kaum lelaki bahkan golongan wanita juga tertawan dengan pesona bintang yang kian meningkat naik ini.
Meskipun baru empat tahun bergelar anak seni namun kejayaan yang diraih Sophia atau dikenali sebagai Sophia Koshka cukup membanggakan.
Tak hanya bersandarkan kepada rupa paras semata-mata, Sophia berjaya membuktikan kemampuan diri dan bakat sebagai pelakon apabila merangkul anugerah Aktres Filem Popular di Anugerah Bintang Popular 35 pada Julai lepas.
Walau timbul tanggapan negatif segelintir pihak yang mempersoal kemenangan itu namun jelitawan ini nekad memberikan yang terbaik untuk karya seni seterusnya.
Ads
Dia dilaporkan mula aktif dalam dunia seni pada tahun 2019. Sepanjang kariernya, Sophia pernah membintangi filem Mimaland, drama Suamiku Lelaki Pendosa dan Air Mata Allisya.
15 Julai lalu genap 30 tahun usia Sophia. Melihat penampilan dan raut wajah aktres ini memang tak menggambarkan usia sebenar wanita kacukan Melayu, Cina dan Arab berkenaan.
Ads
Memang awet muda orangnya dan kelihatan macam baru menginjak usia awal 20an.
Yang pasti, Sophia juga seorang selebriti yang bijak dan berpendidikan tinggi. Sophia mendapat pendidikan dalam bidang Bioteknologi di Technology Park Malaysia dan merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Dietetik dengan Pemakanan di International Medical University (IMU).
Anak kelahiran Kuala Lumpur ini juga bertuah kerana mewarisi kejelitaan ibu tersayang. Difahamkan, ibu Sophia Albarakbah ialah bekas peserta Ratu Cantik Malaysia 1980.
Setiap kali tibanya 1 Syawal, pasti persiapan baju raya selebriti menjadi sorotan utama buat para peminat. Momen raya dan persiapan raya selebriti tidak lengkap tanpa menjengah ke laman Instagram milik pelakon Rozita Che Wan atau mesra disapa dengan panggilan Che Ta.
Setiap kali lebaran, Che Ta pasti tidak terlepas daripada menjadi tumpuan lensa kamera. Tentunya jumlah persalinan raya yang digayakan wanita yang juga merupakan usahawan berjaya itu juga tidak pernah membosankan untuk dilayari ketika sedang menikmati suasana Hari Raya.
Menurut Che Ta, persiapan raya bagi dirinya dan keluarga tidak banyak berubah dan tradisi bergambar kenangan bersama keluarga menjadi momen indah untuk mereka kenang sepanjang hayat.
Tahun ini, untuk 1 Syawal, Che Ta sekeluarga mengenakan persalinan biru sentuhan pereka fesyen FIZIWOO. Manakala pada hari raya kedua, Che Ta sekeluarga mengenakan pakaian rona ungu rekaan Rizman Ruzaini. Syawqal ketiga pula menyaksikan rekaan Rizman Ruzaini dan Man Kajang menjadi pilihan keluarga ini.
Menurut Che Ta, tidak semua pakaian raya tahun ini merupakan baju yang baharu ditempah memandangkan terdapat baju raya tahun lalu yang masih belum sempat digayakan.
“Tentang persalinan baju raya sama sahaja macam koleksi tahun lepas. Tapi, baju tahun lepas pun banyak lagi yang tak sempat pakai.
“Jadi, kita sambung pakai baju raya tahun lepas. Tetap bergaya sebab raya ini bukan hari-hari. Kita sambut dengan rasa teruja, namun pada masa sama, tetap ingat orang yang memerlukan,” ujar isteri kepada Zain Saidin ini.
Meskipun raya tahun ini disambut dengan penuh kemeriahan bersama keluarga tercinta, Che Ta turut menzahirkan raya sedih kerana tidak berkesempatan menunaikan umrah dalam bulan Ramadan. Untuk rekod, rakan baik dan rakan perniagaan Che Ta, Anas Zahrin menghadiahkan pakej umrah untuk dirinya beberapa bulan lalu tetapi belum berkesempatan mengunjungi bumi Mekah dan Madinah lantaran sibuk menguruskan perniagaan dan urusan-urusan lain yang telah direncanakan.
“Hajat menghabiskan 10 Ramadan terakhir di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah tidak terlaksana. Kalau ikut perancangan awal, nak pergi umrah 10 malam (Ramadan) terakhir tapi tiada rezeki. Sebab tak rancang betul-betul.
“Tapi, tidak mengapa mungkin kita panjangkan niat tersebut untuk hari mendatang. Insya-Allah. Ada rezeki dan kelapangan pada kemudian hari.
Selebriti berusia 52 tahun ini menyambut Aidilfitri di Alor Setar Kedah pada tahun ini. Teruja dapat berkumpul bersama adik-beradik di Aidilfitri, Che Ta turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya buat seluruh umat Islam di seluruh negara.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Orangnya muda, cantik, bercita-cita tinggi dan sangat menghormati orang tua. Mesra menyambut panggilan Nona baru-baru ini, Mas Aliza Ali Bapoo merupakan anak kepada pelakon cantik era 90an, Datin Mas Anizan Mohamed Shahid. Selain mewarisi kejelitaan rupa paras ibunda tersayang, Mas Aliza juga seorang wanita yang penuh dengan sifat ketimuran.
Dia yang kini berkhidmat di sebuah syarikat minyak dan gas turut pernah menceburi bidang seni dengan menjadi pembantu pengarah bagi sebuah syarikat produksi ketika menjayakan satu telemovie. Pun begitu, Mas Aliza belum terdetik mahu mengikut jejak langkah ibunya sebagai pelakon. Sebaliknya, ujar wanita berusia 26 tahun ini dia lebih selesa bekerja di belakang tabir.
Disifatkan seorang yang sukakan cabaran, Mas Aliza sebelum ini pernah melibatkan diri dalam bidang perniagaan namun usaha tersebut terpaksa dihentikan buat sementara waktu ekoran situasi semasa pandemik Covid-19. Jelasnya lagi, jika tiada aral melintang dia akan kembali aktif mengusahakan bisnes pakaian sendiri.
Yang pasti, keadaan wabak Covid-19 bukan sekadar merencatkan perancangan bisnes Mas Aliza bahkan juga sehingga ke hari ini dia sudah dua kali menunda majlis pernikahan di samping jejaka kacak yang juga juruterbang.
Reda menerima takdir, Mas Aliza dalam nada tenang berkata, “Sampai sekarang saya dah tunda majlis sebanyak dua kali. Sepatutnya majlis diadakan 12 Jun tapi itu pun terpaksa postponed disebabkan MCO. Jadi, buat masa ini kedua-dua pihak masih belum putuskan tarikh dan bergantung kepada keadaan dan keputusan kerajaan kelak.”
Bergelar anak kepada selebriti cantik, Mas Aliza turut tidak terlepas dengan pertanyaan mengenai tip kecantikan yang diamalkan selama ini. “Jujurnya, saya tak ada rahsia atau petua tertentu bila melibatkan soal kecantikan. Cuma apa yang paling penting ialah kena jaga kulit dengan sebaiknya.
Macam saya sendiri, kebiasaannya saya akan exfoliate my skin, pakai pencuci muka, penyegar wajah, pelembap, serum dan sunscreen tiap hari. Walau duduk di rumah je, saya tetap pakai sunscreen dan selesa tidak memakai mekap jika hanya duduk rumah. Antara lain, pastikan minum air secukupnya untuk pastikan kulit tak kering atau mengalami dehidrasi.”
Sementara itu, diminta berkongsi penjagaan kesihatan agar kekal ramping… Mas Aliza sambil tertawa membongkar rahsia diri. “Alamak, saya nervous sebenarnya nak jawab soalan ni sebab saya naik berat badan juga kebelakangan ni. Kalau dibandingkan Aliza yang dulu, yang pernah cecah berat badan hampir 90 kg, apa yang saya amalkan ialah dengan buat strict diet dan senaman setiap hari sekurang-kurangnya dua jam.
Bagi pandangan saya, tak ada jalan singkat untuk turunkan berat badan. Saya sendiri amalkan exercise yang konsisten dan tak makan nasi selama dua tahun. Jadi apa yang saya ambil ialah lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan dan juga protein.
Di samping itu, untuk kekalkan berat badan ideal pula saya pergi jogging untuk dua atau tiga kali seminggu, jaga makanan dan elakkan makanan manis. Minuman berkarbonat, makanan berminyak dan berproses juga elakkan.
Saya akui tak mudah sebab bila dah lama stop daripada senaman dan nak dapatkan momentum kembali, kita perlu berusaha lebih lagi serta disiplin. Dengan cara seperti itu selain pemakanan yang seimbang, berat badan boleh dikurangkan,” pesan Mas Aliza mengakhiri bicara.
Kredit foto: Instagram Mas Aliza
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walau bergelar selebriti popular tapi Zara Zya seorang yang mesra dan ‘humble’. Memang mudah bekerjasama dengan Zara kerana selain menepati masa dan berdisiplin, dia juga berbakat besar.
Pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian Anugerah Skrin ini berani mengembang potensi diri sebagai usahawan.
Di samping meminati dunia seni dan lakonan, Zara juga sebenarnya pandai masak serta suka menghabiskan masa di dapur. Bagi sesetengan orang, masak ni terapi.
Buktinya, Zara selesa menggunakan platform media sosial miliknya untuk menjual pelbagai juadah air tangan. Malah pernah mengusahakan restoran sendiri sebelum ini.
Bagaimana pun restoran Zara Zya Cooks terpaksa ditutup kerana kekangan masa dan penularan Covid-19.
Terbiasa dengan dunia masakan, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin ketika ditemu bual Nona memberitahu, “Bila saya nampak barang-barang basah dekat pasar, saya mesti hendak beli dan balik rumah masak.
Memang masak ni terapi bagi saya. Yang penting bila nak masak jangan waktu kita stres. Mood kena tenang dan confirm makanan yang dimasak nanti sedap.”
Selain boleh masak lauk-pauk tradisional seperti Masak Lemak, Zara juga mempelajari bidang pastri dan membuat aneka jenis kek hasil mengikuti kelas pastri secara personal bersama Chef Liza Zainol.
Tidak berhenti di situ, Zara berkongsi video pelbagai menu dan resipi masakan air tangannya bersama peminat di Zara Zya Cooks Hq. Antara hidangan yang dikongsikan ialah Ayam Masak Halia, Sweet Sour Potato Sausage, Tom Yam Ikan Kelapa dan Bebola Ayam Enoki.
Bercerita mengenai rejim kecantikan, dia berkata ibu tersayang gemar berkongsi petua kecantikan. “Mama saya rajin kongsi petua tradisi. Jadi saya amalkan apa yang mama ajar.
Tak perlu susah-susah pun sebab guna barang seperti buah-buahan dan beras saja. Salah satu petua mama ialah kisar buah tomato dan letak yogurt asli.
Bila muka nampak kusam dan badan penat sangat, sapu kisaran tomato dan yogurt ini dekat muka untuk dijadikan sebagai mask.”
Tak hairanlah Zara sentiasa nampak berseri-seri. Bahkan orangnya memang ceria dan ‘murah’ dengan senyuman!