Sebut sahaja nama Dato’ Ramli MS pasti ramai sudah terbayang wajah seriusnya tatkala menjadi juri dalam sesebuah program hiburan. Berturut-turut menjadi juri tetap bagi program Gegarvaganza, Dato’ Ramli MS atau lebih mesra disapa Tok Ram juga pernah menjadi Pengetua Akademi Fantasia Musim Ke-2 dan Ke-6 selain dikagumi sebagai pemuzik terkemuka tanah air.
Mendirikan rumah tangga bersama penyanyi berbakat Datin Alyah pada Mac 2013, umum mengetahui Dato’ Ramli merupakan penggiat seni yang cukup jarang berkongsi sisi peribadi. Beliau bukan hanya bersikap profesional terhadap kerjaya tetapi juga soal keluarga dan anak-anak.
Pun begitu, sebagai seorang public figure… beliau tidak terlepas daripada tumpuan khalayak. Lebih-lebih lagi mengenai dua orang cahaya matanya yang kini semakin meningkat dewasa. Difahamkan menerusi perkahwinan terdahulu bersama Jennifer Thompson atau lebih dikenali sebagai Kak Jenn, Dato’ Ramli dikurniakan sepasang cahaya mata yang diberi nama Najee Ramli dan Nadiah Ramli.
Kredit Instagram @dato’ ramli ms
Ads
Apa yang pasti, wajah cantik anak perempuan beliau sering mendapat perhatian peminat seni. Mana tidaknya, daripada rupa paras Nadiah jelas terserlah dia mewarisi kecantikan ibu tersayang yang memiliki darah keturunan Cina, Australia dan Irish. Jennifer Thompson merupakan nama besar dalam industri hiburan tanah air di samping memiliki pengalaman dalam bidang tersebut selama 30 tahun.
Ads
Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Memandangkan ibu bapa Nadiah bergerak aktif dalam industri muzik, dia dan abangnya turut mengikut jejak langkah kedua-dua ibu bapa mereka dalam arena sama. Nadiah misalnya kini bertugas di Universal Muzik.
Nadiah bersama ibunya
Meninjau Instagram Nadiah, gadis ini sudah pun melangsungkan pertunangan dengan seorang jurugambar dikenali sebagai Taufiq Nadzri pada Februari lalu. Berita gembira itu dihidu media apabila masing-masing berkongsi gambar berdua di media sosial sambil meletakkan kapsyen simbol cincin.
Ads
Moga ikatan yang terjalin berkekalan hingga ke jenjang pelamin. Tak sabar tunggu majlis perkahwinan Nadiah nanti!
Peningkatan usia akan mempengaruhi perubahan hormon dan menjadikan kulit semakin tidak anjal. Peningkatan usia juga akan menyebabkan kedut mula hinggap di ekor mata, garisan senyum dan dahi. Tetapi, percaya atau tidak penuaan itu boleh diperlambatkan.
11 selebriti ini yang ada di anataranya mula popular sejak tahun 80-an berjaya mengekalkan kejelitaan mereka. Yang paling dicemburui apabila bentuk badan juga tidak banyak berubah. Agak-agaknya apa petua yang mereka amalakan. Bila ditanya ramai yang menjawab petua kecantikan adalah minum air putih dengan banyak dan sentiasa berfikiran positif.
Di antara mereka yang masih kekal cantik adalah;
ERRA FAZIRA, 45 TAHUN
Erra Fazira atau nama penuhnya Fazira binti Wan Chek lahir pada 9 Februari 1974. Merupakan seorang model, pelakon, penyanyi, pengacara dan bekas ratu cantik Malaysia. Erra telah muncul dalam beberapa buah filem terkenal termasuk Gerak Khas The Movie, Janji Diana, KL Menjerit 1 dan Cuci. Menerusi dua buah filem, Soal Hati dan Hingga Hujung Nyawa Erra telah diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia. Di dalam kerjaya muziknya, Erra telah menerbitkan sebanyak 7 album.
DATIN CAMELIA – 45 TAHUN
Datin Camelia atau nama sebenarnya Dayang Nur Camelia Abang Khalid merupakan seorang penyanyi yang pernah aktif. Namun kelibat wanita ini sentiasa mencuri pandangan. Dilahirkan pada 20 Jun 1974 di Kuching, Sarawak. Selain menyanyi, Camelia juga merupakan seorang model dan pengacara TV.
ROZITA CHE WAN – 46 TAHUN
Rozita Che Wan atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar lahir pada 9 Mac 1973. Selain terkenal dengan dunia lakonan, beliau juga merupakan antara selebriti wanita yang cukup panas di media sosial dan sering mendapat perhatian umum. Mendirikan rumah tangga dengan pelakon komedi yang popular dengan sitkom “Oh My English!”, Zain Saidin.
DATIN SERI UMIE AIDA – 46 TAHUN
Datin Seri Umie Aida atau nama sebenarnya Umi Khalsum binti Rahmad Ali dilahirkan 18 Januari 1973. Umie Aida ialah adik kepada aktres dan pengarah tersohor Erma Fatima. Seorang lagi adiknya, Betty Rahmad juga pernah menceburi bidang lakonan. Ketika berusia 20 tahun, Umie mengambil anak angkat lelaki bernama mohd Daniel Firdaus (lahir 1993) & Mohd Dzulhelmy (lahir 1994) setahun kemudian.
AMY MASTURA – 48 TAHUN
Amy Mastura Suhaimi, lahir pada 10 Mei 1971. Mula bergiat aktif dalam bidang muzik setelah menjuarai Asia Bagus pada 1993 di Jepun dan seterusnya melancarkan album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album pada 1994 di bawah syarikat rakaman Pony Canyon di mana beliau kekal bersama syarikat rakaman itu sehingga 1999.
DATIN MARIA FARIDA – 49 TAHUN
Datin Maria Farida atau nama sebenarnya Maria Farida Atienza. Datin Maria dilahirkan pada 30 Julai 1970. Masih berlakon sehingga sekarang dan di antara filem lakonannya adalah My Spy, Mamak Cupcake dan Anak Mami Nasi Kandaq. Datin Maria juga sehingga kini menjadi buruan produk kosmetik untuk diperagakan.
ZIANA ZAIN – 51 TAHUN
Ziana Zain atau nama sebenarnya Siti Roziana binti Zain lahir pada 2 Mei 1968. Kini, setelah hampir 20 tahun berlayar di industri seni, keunggulan Ziana di pentas antarabangsa terserlah apabila beliau berjaya meraih gelaran utama Voice of Asia yang diadakan di Kazakhstan pada tahun 1995. Baru sahaja bercerai setalh mendirikan rumah tangga selama 20 tahun.
RAJA EMA – 51 TAHUN
Raja Ema atau nama penuhnya Raja Ema binti Raja Ibrahim lahir pada 26 November 1968. Raja Ema juga merupaka artis pertama Malaysia yang mempunyai klip video iaitu untuk lagu Di Pertemuan Ini. Penggambaran untuk klip lagu tersebut dibuat di beberapa jalan raya di Kuala Lumpur. Dalam umur 16 tahun Raja Ema telah mampu untuk membeli sebuah kereta Mazda hasil jualan album pertama yang melebihi 100,000 unit dan pertunjukkan pentas dan sebagainya.
ELLA – 53 TAHUN
Ella atau nama penuhnya Nor Zila binti Haji Aminuddin dilahirkan pada 31 Julai 1966. Antara konsert yang telah dijayakan oleh Ella ialah Konsert Kotaraya, Konsert Seni Dan Suara dan Konsert Rock Salem. Pada 1990, Ella telah menghasilkan album solo keduanya, Puteri Kota yang telah mengetengahkan dua Single popular iaitu Tiada Tangis Lagi dan Puteri Kota. Dua lagu yang menjadi Single daripada album tersebut telah dijadikan lagu yang dipilih untuk dinyanyikan Ella menerusi filem pertama Ella, Bayangan Maut.
DATUK SHEILA MAJID – 54 TAHUN
Datuk Sheila Majid atau nama sebenarnya Shaheila binti Abdul Majid dilahirkan pada 3 Januari 1965. Muzik merupakan sebahagian daripada kehidupan beliau dan keluarganya ketika semasa membesar. Menyanyi adalah bermula sebagai satu hobi oleh beliau. Mula belajar bermain piano ketika berusia empat tahun dan menyinar bersama bakatnya secara kebetulan iaitu ketika menyanyi di majlis salah seorang rakan ketika berusia 17 tahun.
DATIN MARIA ARSHAD – 61 TAHUN
Datin Maria Arshad atau nama sebenarnya Kamariah Arshad mula popular sebagai pelakon era 80an. Walaupun sudah lama tidak bergiat aktif dalam dunia lakonan tetapi namanya masih menjadi sebutan. Ditambah pula pada usia 61 tahun Datin Maria masih mengekalkan kejelitaannya dan mempunyai bentuk tubuh yang dicemburui oleh setiap wanita.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semakin hari, semakin berseri-seri wanita kecil molek Anzalna Nasir, lebih-lebih lagi selepas bergelar ibu. Sedari dulu lagi Anzalna adalah antara selebriti yang menjadi tumpuan dek kerana kecantikan semula jadinya. Apa agaknya rahsia yang disimpan Anzalna untuk terus kelihatan menawan biarpun sibuk menguruskan si kecil. Hanya klik untuk dapatkan rahsia rambut cantik Anzalna!
Bagaimana anda menjaga rutin kecantikan, lebih-lebih lagi selepas berkahwin dan mempunyai anak?
Sangat ringkas dan mudah. Saya akan pastikan kulit wajah dicuci dengan menggunakan Loreal Revitalift Essence dan pelembap. Walau sesibuk mana pun, saya akan pentingkan penjagaan kulit muka kerana kulit saya begitu sensitif. Sangat mudah disinggahi jerawat jika tidak dibersihkan.
Adakah anda seorang yang ‘ikut trend’ dalam soal pemilihan produk?
Tidak! Apabila kita tahu kulit wajah kita sensitif, kita akan lebih berhati-hati untuk memilih produk kerana tidak semuanya sesuai dengan kulit wajah. sangat penting untuk kita ‘belajar’ mengenali kulit sendiri kerana dapat memudahkan kita mencari produk apa yang sesuai dengan kulit.
Jika ada tidak mempunyai masa, rutin paling wajib yang akan dilakukan untuk menjaga kulit wajah dan badan?
Rasanya tidak ada alasan untuk kita culas menjaga kecantikan kulit. Sesibuk mana pun jadual harian, saya tetap akan pastikan regimen kecantikan itu berada dalam ketetapannya. Nak tak nak, saya akan cari masa untuk menjaga kulit wajah dan badan. Tambahan pula bila sudah berkahwin, lagi perlu jaga kecantikan. Perlu extra juga!
Apakah ‘me time’ anda?
Peluang untuk ke spa sangatlah mengujakan. Ia merupakan ‘me-time’ terbaik untuk saya kerana suasana di spa yang tenang dan bersih. Rawatannya juga adalah daripada permintaan kita sendiri jadi kita rasa seperti dimanjakan sangat.
Bagaimana anda menjaga kecantikan rambut memandangkan Anzalna antara artis yang memiliki rambut yang sangat cantik.
Rahsia saya adalah dengan penggunaan produk dari Anzel Hair. Hampir enam tahun saya menggunakan produk ini dan jujurnya saya tidak pernah ada masalah rambut. Walaupun selepas melahirkan Edrees, rambut saya masih lebat.
Keguguran rambut itu masalah biasa tetapi tidak banyak dan merisaukan. Biasanya, saya akan semburkan tonik rambut pada kulit kepala dan ramas dengan Marula Oil Anzel Hair. Oh, ini bukanlah rahsia Anzalna lagi!
Apakah masalah kulit paling teruk pernah anda alami? Dan apa yang anda lakukan untuk menyelesaikannya?
Jerawat! Macam-macam produk pernah saya cuba tetapi tidak berkesan. Mungkin kerana saya tidak menjaga kulit dengan betul kot. Dan saya perasan, apabila saya tidak menjaga pemakanan dan mengambil terlalu banyak makanan atau minuman manis, jerawat mulai tumbuh. Jadi solusinya, saya kurangkan pengambilan makanan dan minuman manis.
The best product yang anda paling suka dan mengapa?
Tentulah Loreal Micro Essence kerana ia sangat sesuai dengan kulit saya!
Kredit foto: IG Anzalna Nasir
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Like mother, like daughter! Persis ibu, kecantikan wajah anak perempuan Natasha Hudson, Neesa Helena tawan perhatian.
Meniti hantaran selebriti dan bekas model terkenal, Natasha Hudson, perkongsian ibu hamil ini bersama anak perempuannya raih pujian, sama cantik bagaikan kakak dan adik.
Dalam perkongsian tersebut, Natasha berkongsi gambar bersama anak perempuannya, Neesa Helena yang merupakan anak sulung beliau menerusi perkahwinan terdahulu bersama Datuk Shahrin Zahari.
Pasangan ibu dan anak itu, Natasha Hudson dan Neesa Helena, 16, bergambar secara eksklusif menerusi iklan kecantikan Estee Lauder sempena sambutan Hari Raya.
NEESA HELENA
Menurut Sinar Plus, Neesa Helena merupakan zuriat daripada perkahwinan kedua beliau yang hanya mampu bertahan dua tahun sahaja.
Siapa sangka, kini anak perempuannya itu sudah besar dan semakin cantik. Pastinya mewarisi kejelitaan ibunya itu yang sehingga kini tetap anggun dan awet muda.
Selain Neesa, pelakon berkenaan turut dikurniakan dua lagi cahaya mata perempuan hasil perkahwinannya yang ketiga iaitu Naeema Kalila dan Fatimah.
Untuk rekod, Natasha pernah berkahwin dan bercerai sebanyak empat kali. Perkahwinan pertamanya bersama Mohd. Faiz Mohd. Raih pada 2006 hanya bertahan selama empat bulan.
Diikuti perkahwinan kedua dengan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 hanya bertahan selama dua tahun. Namun, menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Neesa Helena.
Natasha kemudiannya berkahwin dengan penyanyi hip hop Khalid Kamal atau Carleed Khaza 15 April 2012. Menerusi perkahwinan bersama Carleed, Natasha dikurniakan dua cahaya mata, Naeema Khaleela dan Faatimah. Pasangan ini bercerai pada 2018.
Natasha berkahwin kali keempat dengan seorang ahli perniagaan asal Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor pada 7 Disember 2018, namun bercerai pada Oktober 2019.
Terkini, Natasha sedang sarat hamil hasil perkahwinan bersama Muhammad Harits Jasmin atau lebih mesra disapa Jay Jasmin.
Biarpun sudah melewati usia 4o-an, namun Natasha tetap kelihatan jelita bagai tak diusik masa.
Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 41, kini aktif dengan hobi barunya iaitu aktiviti luncur air. Dalam tempoh kehamilan, wanita jelita ini masih aktif meluncur malah sering memuat naik aktiviti sukan tersebut di media sosial.