Undangan Open House Dah Memanggil Tapi Pening Tak Tahu Nak Pakai Tudung

100

Wanita dan tudung berpisah tiada. Apa sahaja berkenaan tudung pasti mendapat perhatian. Suami pula asyik menjeling setiap kali isteri membeli tudung. Tudung yang dah penuh dua almari masih dikatakan tak cukup tudung nak pakai dan tak boleh nak matchy-matchy dengan baju atau bersama suami dan anak-anak.

Kehidupan kita memang pelbagai, begitu juga dalam pemilihan tudung. Ada Muslimah yang selesa dengan tudung yang berjenama tidak kurang juga yang memilih tudung mengikut kemampuan ekonomi rumah tangga. namun, yang paling ketara dalam pemilihan tudung adalah jenis-jenis tudung mengikut keselesaan pemakai. Apakah jenis-jenis tudung yang popular dan menjadi pilihan Muslimah moden kini?

1.Tudung Bawal

Tudung bawal ini dahulu digelar kepada sehelai selendang daripada fabrik kain kasa. Berbentuk segi empat sama dan biasanya akan dipakai dalam bentuk segi tiga. Kini, tudung bawal kembali popular dan lebih dikenali sebagai tudung square tetapi tidak datang dalam fabrik kain kasa semata-mata. Terdapat banyak jenis material yang digunakan sekarang dan disuntik pula dengan motif yang menarik perhatian. Teknik memakai tudung square juga sudah pelbagai mengikut kreativiti masing-masing.

Kredit gambar: Waarna

Kredit tutorial: Ariani

2.Selendang Panjang

Muslimah yang memakai selendang panjang ini biasanya wanita yang kreatif dan sabar. Bak kata orang, campak sana campak sini dah siap. Jika dahulu cara pemakaian selendang panjang menggunakan banyak pin atau jarum peniti, namun perkembangan stail tudung yang lebih santai meminimumkan jumlah jarum dan pin yang digunakan. Sebenarnya pemakaian selendang panjang lebih mudah kerana boleh di bega mengikut bentuk muka masing-masing. Kekurangan wajah juga boleh disembunyikan dengan cara pemakaian selendang panjang yang betul. Orang kata pakai selendang panjang boleh nampak muda, betul ke?

Kredit gambar: aere

Kredit tutorial: Ariani

3.Tudung Instant

Tudung instant ini lahir apabila ramai wanita mengeluh kerana tidak pandai memintal selendang panjang. Melihat trend ketika itu yang rata-rata dipelopori gadis remaja membuat ramai yang ‘iri hati’ dan mahu bergaya dengan selendang panjang juga. Tidak dapat dipastikan siapakah yang mula-mula mereka tudung instant ini telah membuat hati wanita yang mahu memakai gaya selendang panjang berbunga-bunga. Tudung yang sudah siap berjahit dan hanya disarungkan ke muka dan dikemaskan mengikut keselesaan telah menjadi trend. Tetap bergaya namun cara pemakaian yang mudah telah memikat hati semua Muslimah moden.

Kredit gambar: Naelofar

Kredit tutorial: Ariani

4.Tudung Syria

Tudung jenis ini sudah agak sepi dalam gaya pemakaian tudung kini namun tetap mempunyai peminat yang tersendiri. Hanya sarungkan ke wajah dan sudah boleh keluar rumah. Gaya yang sangat ringkas dan kini hanya dipakai terutamanya oleh kanak-kanak. Tudung jenis juga mudah untuk dijaga dan boleh dicampakkan ke dalam mesin basuh.

Kredit gambar: Tudung People

5.Tudung awning

Gaya tudung ini telah menjadi fenomena hebat suatu ketika dahulu. Terdapat pelbagai corak dan tudung bertingkat-tingkat sangat in ketika itu. Tudung gaya ini lebih mudah digayakan kerana hanya perlu menyarung ke wajah. Gaya tudung awning yang keras secara beransur-ansur berubah menjadi lebih nipis dan selesa mengikut bentuk muka. Namun, apabila ramai wanita yang menitikberatkan gaya hidup sihat haya tudung syria telah kembali popular sebagai tudung untuk bersenam. Banyak juga jenama tudung yang telah mengeluarkan tudung untuk wanita bersenam termasuk jenama sukan antarabangsa, Nike!

Kredit gambar: Tudung Nur kasih

 

 

 

 

 

Jangan Lupa Komen