PASHA UNGU & ADELIA WILHELMINA

Melihat kemesraan pasangan selebriti ini terus teringat momen mereka berdua sebelum bergelar suami isteri dalam klip video nyanyian duet mereka, Penghujung Cintaku. Waktu itu, Adelia Wilhelmina belum lagi mengenakan hijab namun kecantikannya jelas terserlah. Kini selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga dan memiliki anak, suri hati Pasha masih kekal menawan. Malah penampilannya lebih sopan sejak memakai tudung.

Pastinya ramai yang turut terpegun dengan kecantikan asli isteri vokalis kumpulan Ungu tersebut. Mana tidaknya, walau sudah dikurniakan empat orang anak namun tetap ramping. Ditambah pula penampilan Adelia yang anggun berhijab… bagai tidak puas mata memandang!

IKLAN

Tampil lebih matang dan sopan, ibu berusia 30 tahun ini dilaporkan membuat keputusan untuk berhijab kira-kira empat tahun lalu. Sejak detik itu, Adelia dilihat selesa menyarung
busana labuh dan bertudung litup setiap kali berhadapan dengan khalayak.

Ibu 4 Anak, Wajah Terkini Isteri PASHA UNGU Yang Anggun & Sopan! Ibu 4 Anak, Wajah Terkini Isteri PASHA UNGU Yang Anggun & Sopan! Ibu 4 Anak, Wajah Terkini Isteri PASHA UNGU Yang Anggun & Sopan!

Ibu 4 Anak, Wajah Terkini Isteri PASHA UNGU Yang Anggun & Sopan!

Pernah berkhidmat sebagai pramugari, Adelia bagaimana pun nekad berhenti daripada kerjaya di awan biru semata-mata mahu memberi sepenuh tumpuan menguruskan keluarga dan anak-anak. Alahai, beruntung Pasha!

Sah bergelar isteri penyanyi lelaki popular Indonesia berkenaan pada tanggal 11 November 2011, usia perkahwinan Adelia dan Pasha yang bakal meniti usia sembilan tahun terus
diulit bahagia. Apatah lagi dengan kehadiran empat cahaya mata comel mereka iaitu Dewa Hikari Zaidan Ibrahim, Sakha Dyandra Sultan Yusuf, Aliyan Akhtar Raja Sulaiman dan Kayla Mutiara Pasha.

Ibu 4 Anak, Wajah Terkini Isteri PASHA UNGU Yang Anggun & Sopan! Ibu 4 Anak, Wajah Terkini Isteri PASHA UNGU Yang Anggun & Sopan! Ibu 4 Anak, Wajah Terkini Isteri PASHA UNGU Yang Anggun & Sopan!Adelia nyata seorang sosok ibu penyayang. Dia tidak hanya mengasuh dan menjaga semua anak-anak dengan baik bahkan dia juga sangat akrab dengan tiga lagi anak Pasha hasil perkahwinan sebelumnya ketika bersama bekas isteri, Okie Agustina.

Pasha yang aktif menceburi bidang politik Indonesia dan sibuk dengan jadual tugas sebagai Wakil Wali Kota Palu dilihat tetap meluangkan masa bersama keluarga. Dek selalu menemani sang suami menghadiri program politik, Adelia juga difahamkan turut terlibat dengan parti politik yang diceburi Pasha.

Ibu 4 Anak, Wajah Terkini Isteri PASHA UNGU Yang Anggun & Sopan!

IKLAN

Ibu 4 Anak, Wajah Terkini Isteri PASHA UNGU Yang Anggun & Sopan!

Hampir sedekad melayari bahtera perkahwinan, Adelia tanpa silu menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan insan bergelar suami yang sangat memahami dan penyayang. Kongsinya, “Mudah-mudahan Allah selalu melindungi pernikahan kita. Tak terasa sudah masuk 9 tahun pernikahan. Cepat sangat waktu berputar.

Terima kasih sayang, jadi suami yang sabar, menerima aku apa adanya, tak bisa masak seperti isteri-isteri lain. Maaf belum bisa jadi isteri yang sempurna dan serba kekurangan.

IKLAN

Ada satu perkara yang tak pernah berubah dari suamiku dari hari pertama bertemu sampai hari ini iaitu perhatian dan kasih sayangnya dalam memperlakukan isterinya.”

 

 

 

Kredit: Instagram Adelia Pasha

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI