
Kulit yang berminyak kadang kala menjadi masalah ketika bersolek. Ia boleh menjejaskan solekan serta mudah luntur. Namun begitu, usah jadikannya sebagai halangan untuk anda tampil berseri.
Ikuti 5 cara berikut.
CUCI MUKA SEHINGGA BERSIH
Perkara pertama sekali perlu anda buat jika kulit berminyak. Cuci muka sebersih-bersihnya sebelum memulakan solekan. Jika kurang bersih kulit akan mudah berjerawat kerana kulit berminyak mudah bertindak balas dengan kotoran yang melekat di wajah. Gunakan pemersih muka yang sesuai agar kulit tidak terlalu kering.
GUNAKAN PRIMER
Menggunakan primer sebagai asas membantu solekan tahan lebih lama. Kawasan berminyak seperti zon T (dahi, hidung dan dagu) tidak kelihatan berkilat. Gunakan produk berasaskan bebas minyak khususnya primer, bedak asas, bedak dan pemerah pipi.
PRIMER KHUSUS UNTUK MATA
Ada yang menggunakan concealer bagi menutup lingkaran hitam bawah mata. Namun disarankan agar menghindari concealer di sekitar kelopak mata. Sebaiknya gunakan primer yang dirancang khas untuk mata agar pembayang mata dapat melekat dengan sempurna dan mampu menyerap minyak di kelopak mata.
KURANGKAN PENGGUNAAN BEDAK TABUR
Jika bedak tabur digunakan secara berlebihan dengan harapan minyak di wajah berkurang itu adalah cara yang salah. Ini kerana ia akan membuatkan pori-pori kulit menghasilkan minyak lebih banyak. Maka, gunakan bedak tabur hanya di sekitar yang berkilat atau berminyak. Gunakan jenis berformula matte translucent yang dapat menghilangkan minyak pada semua warna kulit.
KERTAS MINYAK
Sentiasa sediakan kertas minyak yang dapat menyerap minyak berlebihan di wajah. Tekan perlahan kertas minyak di kawasan berminyak saja, bukan dengan cara menggosok-gosok pada kulit wajah. Lakukan dengan cara yang betul.
‘Happy Go Lucky’ & Anggun Usia 48 Tahun, ERRA FAZIRA Cantik Dalam Kelas Tersendiri!

9 Februari lepas genap 48 tahun usia Erra Fazira. Menghampiri umur 50 tahun namun keanggunan jelitawan ini tetap memikat pandangan peminat sampai sekarang. Mungkin juga kerana personaliti Erra yang suka tersenyum dan happy go lucky hingga jelas terpancar di raut wajah.
Sepanjang bekerjasama dengan selebriti ini, tak dinafikan Erra atau nama penuhnya Fazira Wan Chek seorang yang mesra, ceria dan komited. Pendek kata, berurusan dengan Erra memang sangat menyenangkan!



Di samping sibuk dengan tawaran berlakon dan mengacara, aktres filem Maria Mariana ini tidak lupa untuk menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Ada saja waktu terluang, pasti Erra akan pergi beriadah seperti berbasikal bersama teman-teman dan anak tersayang, Engku Aleesya.
Tak hairanlah dia mampu mengekalkan susuk tubuh langsing dan kekal berstamina. Malah, peminat Erra sendiri mengetahui figura ini seorang wanita yang berjiwa lasak dan aktif bersukan.





Menjengah media sosial Erra, ulang tahun kelahirannya baru-baru ini diraikan bersama kenalan rapat. Antaranya Chef Zam, pelakon Betty Benafe dan Tunku Hanis. Erra menerima kejutan daripada mereka ketika mengadakan sesi jualan koleksi tudung Heyrra by Erra Fazira secara live.
Rambang mata tengok koleksi terbaharu tudung Heyrra. Lebih menarik, setiap rekaan dinamakan sempena tajuk lagu-lagu popular dendangan Erra Fazira seperti Pertemuan, Hanya Di Mata, Ingin Tahu dan Ya atau Tidak.


Sementara itu, mengimbas kembali temu bual Nona bersama Erra ketika dia menjadi penghias cover Nona Oktober 2018, aktres ini mendedahkan jika tidak bergelar selebriti dia mungkin menjadi ahli perniagaan.
“Saya rasa saya akan menjadi seorang businesswoman. Sebab saya suka berniaga. Dari saya kecil lagi saya dah berniaga. Kecil-kecil dulu saya pergi sekolah.. saya berniaga keropok. Sayalah yang menggoreng, cabut sendiri ubi kayu dan segala-galanya saya buat sendiri.”
Disifatkan sebagai seorang wanita yang berdikari, Erra yang kini berstatus ibu tunggal enggan melihat perkara itu sesuatu yang menyukarkan. Sebaliknya, melontarkan kata-kata semangat ini buat semua wanita yang melalui nasib sama seperti dirinya.


“Jangan menghempas diri.. kita kena bangun. Kita tak ada orang lain untuk kita nak bersandar. Jadi, semua sandaran tu hanya kepada kita. Maka bangunlah. Kita ketepikan tanggapan orang lain terhadap kita. Tapi kadang-kadang yang paling sakit itu adalah tanggapan daripada keluarga atau saudara-mara sendiri.
Tapi tak apa, itu semua cliche. Kita buktikan bahawa ibu tunggal boleh membesarkan anak, boleh hidup dengan baik.. boleh didik anak dengan baik. Yang penting, kita balance dunia akhirat.”
69 Tip & Trik Untuk Wajah Putih Berseri, Lepas Ini Bolehlah Mula Simpan Duit Yang Selalu Dibazirkan Tu

Zaman remaja berperang dengan jerawat yang tumbuh tenggelam timbul kemudian timbul pula noda hitam di usia 20-an. Wajah yang putih sempurna menjadi idaman semua wanita lebih-lebih lagi wanita yang suka selfie. Jom cuba 69 trik wajah yang segar sempurna ini.
- Bagi menghilangkan kesan parut jerawat cuba rawatan chemical peel untuk tona kulit lebih sekata.
- Jika setiap bulan berperang dengan perubahan hormon cuba kurangkan pengambilan bahan tenusu. Anda akan dapat lihat perubahan di kulit.
- Kesalahan besar yang anda lakukan adalah tidur dengan wajah yang bersolek. Bersih wajah terlebih dahulu sebelum tidur.
- Buah beri kaya dengan antioksida dan vitamin C. Selain itu buah beri mempunyai indeks glisemik yang rendah yang tidak menaikkan kadar gula dalam darah. Gula merangsang jerawat tumbuh dan buah beri dapat mengurang risiko jerawat.
- Senaman penting untuk mendapatkan kulit yang sihat. Bersenam selama 15 minit sehari boleh membantu mengeluarkan toksin dalam tubuh dan kulit yang sihat.
- Guna krim pelindung suria untuk mengelakkan kedut dan noda hitam.
- Bersihkan sebelum dan selepas bersenam bagi mengelakkan pori-pori tersumbat.
- Hidrasi adalah kunci kepada kulit yang sihat dan segar. Dehidrasi menjadi punca kepada jerawat dan mengeluarkan minyak walaupun ia kering. Minum banyak air.
- Jika jerawat muncul cuba hilangkan dengan menggunakan krim penghapus jerawat.
- Buah grapefruit kaya dengan antioksida. Oleh itu produk penjagaan kulit yang berasaskan buah ini boleh membantu memiliki wajah yang putih berseri.
- Bagi mengelakkan jerawat tumbuh bersihkan wajah dengan pembersih yang mengandungi acid salisilik.
- Jika mahu memecahkan jerawat pastikan bersih tangan terlebih dahulu. Jika menggunakan jarum pastikan jarum tersebut telah disteril.
- Minyak daripada rambut akan melekat di sampul bantal setiap kali selepas tidur. Tukar sampul bantal setiap minggu.
- Rosewater boleh membantu kulit yang seimbang dan nyaman.
- Merokok bukan sahaja membuat kulit kusam malah akan mengakibatkan pori-pori tersumbat dan kedut.
- Jika mempunyai kulit bermasalah cuba jangan memegang dengan tangan. Kotoran dan minyak pada tangan akan memburukkan lagi keadaan.
- Lebih baik menggunakan pelembap yang di dalam tiub berbanding dalam bekas. Pelembap yang di dalam bekas terdedah kepada bakteria melalui sentuhan.
- Benzoyl peroxide boleh tahan tiga bulan selepas dibuka. Selepas tempoh tersebut bahan ini tidak aktif.
- Stres akan terpancar di kulit atau wajah. Cuba sapu krim anti penuaan untuk mengelak kulit yang tidak bermaya.
- Jika membuat temu janji untuk rawatan wajah pastikan tidak terdedah kepada cahaya matahari dua atau tiga hari sebelum tarikh tersebut.
- Krim malam sangat berfaedah untuk kulit wajah yang segar selepas bangun tidur.
- Jika jerawat yang serius menyerang terus berjumpa dermatologi untuk mendapatkan nasihat.
- Jika kulit kering pilih rangkaian penjagaan wajah yang berasaskan minyak.
- Sekurang-kurangnya dua minggu sekali sental kulit dengan scrub dan bukan setiap hari. Bagi kulit sensitif guna scrub yang lembut.
- Jika mempunyai kulit yang bermasalah cuba guna rangkaian penjagaan kulit yang berasaskan susu kambing.
- Dikatakan meletak Vaseline di wajah sepanjang malam dapat mengelakkan kedut. Namun, dengan lapisan yang nipis Vaseline boleh melembutkan kulit setiap pagi bangun daripada tidur.
- Makan coklat menjadi punca tumbuh jerawat? Sebenarnya jerawat tumbuh adalah akibat gula di dalam coklat.
- Botox memang telah terbukti boleh membantu masalah kulit berjerawat. Ia membantu pengeluaran sebum dan mengecilkan pori.
- Bersenam boleh mengurangkan stres dan jerawat. Wajib memasukkan senaman dalam rutin harian.
- Elak sebarang produk penjagaan kulit yang mengandungi alkohol. Alkohol membuat kulit lebih kering.
- Jika boleh elak produk penjagaan kulit yang ditambah pewangi. Pewangi akan membuat kulit merah dan reaksi alergi.
- Alasan krim pelindung suria membuat kulit berminyak patut dibuang jauh. Dalam apa juga keadaan pakai krim ini.
- Jika anda suka membuat DIY cuba lembapkan wajah dengan susu. Biarkan seketika kemudian bersihkan. Wajah lebih lembap dan bersih sempurna.
- Krim pelindung suria bukan hanya dipakai ketika ke pantai. Ke pejabat juga perlu memakai krim tabir suria.
- Cara moden untuk meminimumkan dan mengetatkan pori adalah rawatan micro dermabrassion di spa.
- Wanita yang mempunyai kulit wajah yang pucat boleh menggunakan krim illuminator untuk wajah yang segar.
- Ketika bersiap untuk keluar adalah lebih baik merapi rambut sebelum bersolek. Kepanasan daripada alat pengering rambut boleh mencairkan solekan dan membesarkan pori wajah.
- Jika mempunyai rambut yang tidak dikehendaki di bahagian wajah cuba lembutkan dahulu dengan wap panas baru dicabut dengan tweezer.
- Jangan memegang wajah dengan tangan. Bakteria daripada tangan akan melekat di wajah.
- Masukkan minyak kelapa dalam diet kerana boleh membantu lembutkan kulit.
- Campur minyak kelapa dengan baking soda untuk dijadikan scrub.
- Teh hijau kaya dengan antioksida dan menentang bakteria serta radikal bebas. Minum teh hijau sehari sekali.
- Jika banyak terdedah kepada cahaya matahari guna pelembap wajah dengan SPF.
- Vitamin E boleh membantu menutup kesan luka di wajah.
- Penggunaan produk penjagaan wajah perlu mengikut perubahan cuaca. Jika anda melancong ke negara beriklim sejuk cuba guna krim yang sesuai.
- Wajib bersih wajah sebaik selepas bangun tidur dan sebelum tidur.
- Krim malam boleh membantu memelihara kulit dari dalam. Ini kerana ketika tidur berlaku proses detoksifikasi.
- Cuba melakukan senaman yang boleh merehatkan tubuh seperti yoga untuk mengelak stres.
- Penjagaan wajah yang menggunakan minyak tea tree sangat bagus untuk rawatan jerawat.
- Bersihkan kaca mata dengan pembersih untuk mengelak bakteria melekat di kulit wajah.
- Fringe rambut boleh menggalakkan minyak terperangkap di bahagian dahi. Oleh itu bersih rambut setiap hari jika anda mempunyai fringe.
- Pastikan anda tahu apakah jenis kulit dan cara merawat jenis kulit yang bersesuaian.
- Bersihkan berus solekan setiap dua minggu. Bakteria yang melekat di berus boleh menjadi punca kepada jerawat.
- Jangan berlebih-lebih membersihkan wajah. Cukup dua kali sehari sahaja cuci wajah.
- Elak menggunakan bedak asas yang berasaskan minyak. Minyak akan menyekat pori kulit yang menjadi punca jerawat.
- Rutin penjagaan wajah adalah membersihkan, menyegar dan melembap.
- Cuba elak makanan bergoreng. Lebihan minyak boleh menyuburkan jerawat.
- Elak juga minuman berkarbonat dan lebihkan air dan jus buah.
- Jika terlupa bersyampu pastikan akan mengikat rambut ketika tidur bagi mengelak rambut berminyak terkena wajah.
- Letak ais bagi membantu kulit yang bermasalah seketika.
- Jangan menjaga kulit wajah semata-mata. Kulit yang sihat dan segar merangkumi semua bahagian tubuh.
- Jerawat juga boleh tubuh di bahagian belakang badan. Jadi pastikan baju dan bra dalam keadaan bersih sebelum dipakai.
- Produk yang mengandungi kacang badan boleh membantu melembutkan kulit dan mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata.
- Jika mempunyai kulit wajah yang sensitif cuba beli produk hypoallergenic untuk mengurangkan reaksi alergi.
- Sekali-sekala adalah baik untuk membelai wajah di spa.
- Sebaik-baiknya dapat tidur tujuh jam sehari untuk mendapat kulit yang sihat.
- Telefon bimbit mempunyai lebih bakteria berbanding mangkuk tandas. Oleh itu bersih telefon bimbit atau mungkin lebih baik menggunakan pembesar suara telefon tersebut.
- Gunakan solekan mineral yang mengandungi zinc-oxide untuk menentang jerawat.
- Jika anda seorang yang susah untuk minum air, apa kata letak segelas air di atas meja. Anda pasti dapat menghabiskan air tersebut. Hamizatul Maizan Mohamed
Keyakinan Tanpa Filter, Calit-Calit 3 Item Ini Saja Untuk Solekan Simple Tapi Berseri

Cukup 3 item ini untuk solekan simple tapi berseri di rumah. Calit-calit saja asalkan kulit wajah moist, nampak flawless dan bibir ranum kebasahan.
Lumrah wanita bekerja dari rumah, tetap mahu kelihatan cantik walaupun sekadar tatapan ahli keluarga dan suami tercinta. Tapi tak perlulah bersolek mampan, cukup solekan tipis atau kata orang selfie-ready!
Semak 3 item solekan terbaharu pilihan Majalah Nona ini untuk wajah natural tanpa filter kamera.
UNTUK KULIT

Lembapan kulit merupakan asas solekan. Usapkan serum Vinosource-Hydra ke atas kulit kering agar mekap tahan lebih lama.

Semanis wajah Selena Gomez, oleskan concealer ini untuk menyamarkan mata panda, kemerahan kulit atau jerawat dengan cepat.
UNTUK BIBIR

Bibir lebih ranum dan kemerahan, efek penuh bagaikan senyuman Rihanna. Hangatkan godaan dengan gloss bibir dari ekstrak lada capsicum ini.