Berpelajaran tinggi dan merupakan anak seorang doktor, keputusan Bee Ramza untuk menceburi dunia solekan tentu sekali mengejutkan. Namun hari ini, beliau berjaya membuktikan bahawa kerjaya ini menjanjikan pulangan lumayan, malah kini Bee berjaya membuka sebuah studio di Shah Alam.
Nama makeup artist, Robaeha Ramza Ramli atau Bee Ramza, 34 tahun begitu disenangi ramai. Wanita kecil molek asal Kota Bharu, Kelantan itu juga sering menjadi pilihan selebriti terkenal seperti Datin Lisa Surihani, Ain Edruce, Nabila Razali serta ramai lagi.
Bahkan pengantin yang ditata rias Bee juga rata-ratanya menyenangi sentuhan magis yang diberikan sepanjang 12 tahun beliau menceburi bidang solekan ini.
‘Sisram’ merupakan nama gelarannya di media sosial
Bee Ramza sering dijemput memberi ceramah kecantikan
Sentuhan magis Bee Ramza menyerikan hari bersejarah ratu sehari
Terkenal dengan gelaran ‘Sisram’ di media sosial, Bee mengumpul pengikut yang tinggi di Instagram iaitu seramai 195,000. Sementara di Facebook Page Make Up by Bee Ramza mempunyai sekitar 10,000 pengikut.
Ads
Dalam sesi temu bual Nona dengan Bee Ramza melalui aplikasi Instagram Live, topik panas ‘Tak Perlu Fake Untuk Sukses’ juga turut mengupas kisah kejayaan beliau sehingga bergelar usahawan contact lens, lavue.com serta Ramza Studio.
Tonton perkongsian Bee Ramza dan komen beliau tentang content yang bersesuaian sebagai social media influencer…
Ads
TERPELAJAR
Sebagai graduan Pusat Pengajian Sains Kajihayat (Biologi) di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, anak kepada arwah Dr Hj Ramli bin Hj Idris ini mula mendekati dunia solekan selepas aktif menyertai aktiviti kebudayaan dan teater di sana.
Dia dianggap pemecah tradisi kerana menjadi pelajar biologi pertama yang ‘terjebak’ dalam aktiviti seni yang biasanya dimonopoli pelajar jurusan seni.
Ads
“Saya mula menjadi jurusolek sepenuh masa bermula pada tahun 2013 selepas kerja terakhir saya sebagai Make Up Artist di MAC cawangan KLCC selama setahun. Tahun 2021, saya sudah memasuki tahun ke-12 sebagai jurusolek.
Selain makeup artist, Bee Ramza juga usahawan contact lens @lavue.co
Alhamdulillah, keluarga saya menerima dengan baik pilihan kerjaya saya walaupun pada mulanya majoriti menyuruh saya menyambung pelajaran supaya saya tak meneruskan niat menjadi jurusolek.
Pada awalnya saya menjadi jurusolek cuma pada hari minggu dan bekerja sepenuh masa pada hari biasa sehingga saya mengambil keputusan untuk menjadi jurusolek sepenuh masa selepas mendirikan rumah tangga,” akhiri Bee.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita dan bra umpama ‘sahabat baik’ yang tidak dapat dipisahkan. Pakaian dalam wanita ini sebenarnya membantu membentuk payudara. Namun kebanyakan kaum Hawa seringkali salah memilih ukuran bra sehingga boleh mengancam kesihatan.
Murah atau mahal bukanlah persoalan. Apa yang penting keselesaan dan tidak mendatangkan kemudaratan terhadap aset berharga ini. Menurut pakar kesihatan, seorang wanita tidak seharusnya memakai bra dalam tempoh yang agak lama.
TAHU WAKTU TIDAK PERLU MEMAKAI BRA
Anda perlu tahu waktu yang sesuai untuk tidak memakai bra ialah pada waktu tidur. Namun, ada juga wanita yang tidak memakai bra sehingga beberapa jam sebelum atau selepas tidur. Ini adalah baik untuk aliran di bahagian payudara.
GUNAKAN PAKAIAN YANG BETUL
Pakaian yang disarankan ketika anda tidak memakai bra adalah pakaian yang longgar dengan warna yang gelap dan tebal. Elakkan menggunakan pakaian berwarna putih kerana ia boleh menyerlahkan bentuk payudara anda.
URUTAN
Ini perlu untuk anda menjaga aliran darah agar berjalan dengan lancar. Urutan ini juga penting untuk anda yang sering menggunakan bra atau pakaian yang ketat.
PEMERIKSAAN KESIHATAN
Anda boleh melakukan pemeriksaan sendiri ketika tidak memakai bra. Keadaan ini membantu anda untuk mengesan benjolan di bahagian payudara. Jangan takut untuk melakukannya kerana mencegah adalah lebih baik daripada merawatnya.
DUDUK TEGAK
Ketika anda tidak memakai bra pastikan anda berada dalam postur duduk dan berdiri yang biasa anda lakukan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak mengenali pelakon berbakat besar, Fasha Sandha bukan? Yang pasti setiap kali raya Fasha tidak pernah tak tampil anggun bergaya menyambut Aidilfitri. Raya tahun ini juga tidak terkecuali di mana sejak taya pertama lagi, Fasha dah berkongsi gambar dirinya dan keluarga meraikan hari raya dengan persalinan yang cukup indah sekali.
Menurut sumber Utusan, Fasha sudah mempunyai 30 persalinan daripada pelbagai rekaan untuk digayakan sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan itu juga mendedahkan tidak membelanjakan wang sebaliknya kesemua busana tersebut ditaja oleh sebuah jenama tekstil sempena pelantikannya sebagai duta baru-baru ini.
“Setiap hari saya akan pakai satu persalinan. 30 pasang baju itu terdiri daripada pelbagai rekaan seperti baju kurung dan abaya.
“Jenama ini lengkap dengan pelbagai pilihan dan ahli keluarga saya semuanya akan mengenakan koleksi Alfaro,” kata pelakon berusia 39 tahun itu yang juga merupakan isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu.
Fasha tuurt memaklumkan bahawa banyak yang perlu dipertimbangkan sebelum bersetuju menjadi duta kepada mana-mana produk. Fasha turut memaklumkan dia hanya akan menerima tawaran sebagai duta sekiranya keberkesanan terhadap produk berkenaan diyakini.
Ini kerana pelakon drama Dendam Seorang Isteri itu bukan hanya memikirkan bayaran tetapi mengambil kira kesan yang akan dialami oleh setiap pengguna. “Sebab itu selalunya saya jadi duta mesti lebih setahun dengan mana-mana produk. Orang tahu saya bukan jenis menipu dan sekadar ambil duit semata-mata. Kita juga tidak akan dapat keberkatan dengan cara tersebut.
“Jadi duta kita mesti betul-betul gunakan barangan tersebut sebab hendak yakinkan orang lain,” ulasnya lagi.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas persaraan bintang tenis cantik, Maria Sharapova kini pemain tenis wanita yang semakin meningkat naik iaitu Anna Kalinskaya disebut-sebut sebagai pengganti bintang tenis jelita berkenaan. Juga berasal dari Rusia, Anna Kalinskaya yang berusia 25 tahun mencipta sensasi apabila dia berjaya mengalahkan pemain tenis nombor satu dan tiga dunia pada Februari lepas.
Anna Kalinskaya atau nama sebenarnya Anna Nikolayevna Kalinskaya dilahirkan pada 2 Disember 1998 di Moscow, Russia. Selain kemampuan luar biasanya di gelanggang yang menarik perhatian, atlet yang memiliki ketinggian 175 sentimeter ini juga menjadi tumpuan lensa kamera kerana rupa parasnya yang cantik.
Rata-rata peminat sukan elit ini mengagumi kecantikan Anna dan menyifatkan dia sebagai pemain tenis wanita tercantik!
Memetik laporan rasmi di web WTA, Anna kini menduduki ranking ke-18 dunia dan meraih wang kemenangan mencecah USD 3.57 juta!
Dia melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya menewaskan pemain nombor satu dunia iaitu Iga Swiatek dan pemain nombor tiga, Coco Gauff di peringkat separuh akhir dan suku akhir dalam Dubai Duty Free Tennis Championship yang berlangsung di Emiriah Arab Bersatu pada 18 hingga 24 Februari lalu.
Kejayaan itu sekaligus melayakkan Anna ke pentas final namun tewas di tangan pemain Itali, Jasmine Paolini.
Dalam perlawanan Wimbledon yang berlangsung pada 8 Julai lalu, Anna berdepan pemain Ukraine iaitu Elena Rybakina dan berjaya memenangi tiga set pertama namun akhirnya menarik diri selepas mengalami kecederaan.
Menelusuri latar belakang bintang tenis wanita ini, ibu dan bapa Anna merupakan bekas pemain badminton profesional. Ibu Anna ialah warganegara Ukraine.
Dia dilaporkan mula bermain tennis sewaktu berusia lima tahun selepas melihat saudaranya bermain dan sejak itu, dia meminati sukan tersebut dan gemar menyaksikana perlawanan pemain tenis ternama dunia seperti Rafael Nadal.
Dalam pada itu, sisi peribadi Anna Kalinskaya juga menjadi perhatian media apabila dia dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengan pemain tenis nombor dua dunia dari Itali, Jannik Sinner. Bagaimana pun kedua-duanya enggan terlalu mendedahkan hubungan mereka kepada umum.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terus bangkit memperkasakan masyarakat, kerjasama strategik yang termeterai di antara RichWorks dan Astro mampu mewujudkan peluang serta bimbingan terbaik untuk jadi wanita sukses.